Wanita Perlu Lakukan Pembinaan Tsaqafah untuk Mengubah Masyarakat
Oleh: Syamsiyah Jamil
Mantan Edupreneur Pendidikan Awal Kanak-kanak, Puan Siti Zaidah Mohammad mengutarakan bahawa wanita sebagai agen perubahan masyarakat perlu melakukan pembinaan tsaqafah untuk mengubah pemikiran acuan Barat kepada Islam.
“Kita nak mengubah acuan pemikiran daripada acuan Barat kepada Islam. Yang pertama adalah kita perlu lakukan tasqif ataupun pembinaan tsaqafah,” jawabnya dalam Talkshow ‘Be An Amazing Ummah’ di Putrajaya pada Sabtu (4/7/2026).
Menurutnya, untuk melakukan perubahan tersebut, Muslimah perlu melakukan dua perkara. Pertama adalah memahami agama.
“Apakah bentuk perubahan atau pun acuan yang perlu kita lakukan sebagai Muslimah ini tadi adalah yang pertama kita perlu belajar bukan sekadar tahu tapi kita kena faham,” ujarnya.
Beliau memandang bahawa kefahaman agama itu bukan sekadar tahu, hafal dan lulus dalam peperiksaan tanpa benar-benar faham.
“Kita sepatutnya belajar, tahu dan faham dan kemudian kita amalkan. Sebab kita nakkan al-Quran itu bukan sekadar untuk dibaca dan dihafaz sahaja tapi untuk dijadikan panduan hidup kita. Sebab kita nakkan Islam tu sebagai mabda’ kita,” tegasnya.
Selain itu, beliau menerangkan perkara kedua yang perlu dilakukan oleh Muslimah ialah membina aqliyah Islamiyah.
“Sebagai Muslimah yang amazing, kita perlu meletakkan akidah Islam sebagai mata ataupun kanta lekap kita, sebagai cermin mata kita. Maksudnya kita kena tengok apa sahaja yang berlaku depan mata kita dengan kanta Islam,” ucapnya.
Sambungnya, “Kita tak boleh tengok dengan kanta lain. Apa yang kita nak buat selepas ini, apa yang kita fikirkan selepas ini, semuanya berlandaskan kepada iman kita kepada Allah SWT dan juga hukum syarak. Sebab setiap apa yang kita lakukan mestilah berlandaskan kepada hukum syarak.”
Beliau kemudian menerangkan, Muslimah perlu kembali kepada fungsi utama sebagai seorang iaitu ummu wa rabbatul bait (ibu dan pengurus rumah tangga).
“Jadi seorang wanita ini fungsi pertama dia adalah dia menjadi madrasah pertama, the first school of our children. Anak-anak adalah anak didik kita yang pertama. Anak-anak menjadikan kita ini sekolah mereka yang pertama,” terangnya.
Beliau memperlihatkan bahawa Muslimah adalah arkitek pemikiran generasi.
“Kita di rumah atau pun sebagai ibu bukan sekadar menjadi pengasuh, bukan sekadar menjaga tapi kita mendidik anak-anak sebab kita adalah arkitek pemikiran generasi,” jelasnya.
Lanjutnya, “Kita yang meletakkan pemikiran yang ada dekat anak kita. Kita perlu meletakkan apa yang anak itu perlu fikirkan. Perlu meletakkan bahawa Islam itu adalah agama mereka, landasan kehidupan mereka dan hukum syarak itu adalah tanggungjawab yang mereka perlu laksanakan.”
Tidak cukup dengan itu, beliau menjelaskan bahawa institusi keluarga mesti dibina atas dasar akidah dan perasaan cinta sahaja tidak cukup.
“Jadi ini (cinta) tidak mengikat pasangan tersebut untuk menjadi pasangan suami isteri atau pun institusi keluarga yang utuh. Sebabnya ikatan yang sahih dan kuat dalam masyarakat itu yang mengikat kita antara individu-individunya tadi adalah ikatan akidah Islam dan juga tanggungjawab syarak,” tegasnya.
Akhir sekali, beliau mengatakan bahawa suami isteri perlu bersama-sama mencari redha Allah SWT.
“Suami isteri berkongsi arah tuju yang sama iaitu mencari redha Allah, rumahtangga itu insyaAllah tidak akan mudah goyah walau pun menghadapi pelbagai dugaan sama ada ekonomi mahupun dari segi emosi,” simpulnya.
#TsaqafahIslam #AmazingUmmah #MuslimahIdeal

