Site icon MuslimahHTM News

Aktivisme untuk Palestin Mesti Merangkul Visi Perubahan yang Jelas

Aktivisme untuk Palestin Mesti Merangkul Visi Perubahan yang Jelas

 

Berita:

 

Pada 6 Ogos, UNICEF melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 300 kanak-kanak telah dibunuh di Gaza oleh entiti Yahudi dalam tempoh 300 hari sejak apa yang disebut sebagai “Gencatan Senjata Israel-Hamas” yang berkuat kuasa pada Oktober 2025. Pada 1 Ogos, Kementerian Kesihatan Gaza menyatakan bahawa Julai merupakan bulan paling berdarah di Gaza sejak bermulanya gencatan senjata tersebut, dengan 152 orang terbunuh, termasuk 21 kanak-kanak dan 14 wanita, menjadikan jumlah yang terbunuh sejak Oktober 2025 melebihi 1,200 orang dan lebih 4,000 cedera akibat tindakan penjajahan. Jumlah keseluruhan korban di Gaza sejak Oktober 2023 telah melebihi 73,300 orang, termasuk lebih 21,000 kanak-kanak, dengan lebih 174,000 orang cedera. UNICEF turut menegaskan bahawa keluarga-keluarga kini terkurung di hanya satu pertiga daripada wilayah Gaza, akibat tentera Zionis menduduki kawasan selebihnya. Mereka berlindung di antara bangunan yang musnah, runtuhan dan sampah yang belum dibersihkan, manakala kanak-kanak Gaza terus berdepan kekurangan zat makanan yang akut, penyakit, air yang tidak selamat serta sistem sanitasi yang rosak.

 

Komentar:

 

Semua ini berlaku ketika entiti Yahudi mengenakan kepungan ketenteraan ke atas pelbagai kawasan di Tebing Barat, dengan meningkatkan serbuan dan penangkapan di kampung-kampung serta bandar-bandar, di samping mengganas dan menyerang penduduknya. Keganasan terhadap rakyat Palestin di kawasan tersebut oleh para peneroka Yahudi turut meningkat, dengan lebih 1,380 insiden berkaitan peneroka sejak awal tahun 2026, iaitu secara purata 6.6 insiden sehari, menurut Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA). Seramai 77 orang Palestin, termasuk 18 kanak-kanak, telah syahid sejak awal tahun ini. Rumah, masjid, harta benda dan tanaman telah dibakar, tanah pertanian dirampas, dan semakin banyak pos penempatan haram didirikan. Perobohan dan keganasan peneroka telah menyebabkan secara purata 17 orang kehilangan tempat tinggal setiap hari pada tahun ini di Tebing Barat, dengan 341 operasi perobohan dilakukan oleh tentera Zionis di kawasan tersebut sepanjang separuh pertama tahun 2026, memusnahkan 740 struktur dan menjejaskan 923 penduduk. OCHA turut menegaskan bahawa lebih 80 buah sekolah Palestin di seluruh Tebing Barat kini berdepan arahan perobohan atau perintah berkaitan. Dan pada bulan Julai, lebih 4,200 orang “Israel” menyerbu perkarangan Al-Aqsa dan melakukan ritual serta sembahyang Talmud mereka.

 

Jutaan orang telah menyertai protes di pelbagai negara di seluruh dunia, menyeru agar genosid dihentikan. Terdapat juga seruan global untuk memboikot produk daripada entiti Zionis dan perniagaan yang menyokongnya, di samping tekanan antarabangsa terhadap syarikat-syarikat dan kerajaan untuk menghentikan perdagangan serta bekalan senjata kepada penjajahan tersebut bagi melemahkannya dari sudut ekonomi dan ketenteraan. Ini berlaku seiring dengan tuntutan agar Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), PBB dan negara-negara di seluruh dunia mengambil tindakan yang lebih tegas terhadap entiti Zionis untuk menghentikan pembantaian, menamatkan layanan apartheid terhadap rakyat Palestin serta menghentikan perampasan lebih banyak tanah mereka. Namun begitu, pembunuhan, pencacatan, keganasan, penangkapan sewenang-wenangnya, penyeksaan, kebuluran, penderitaan dan penghinaan terhadap rakyat Palestin terus berlaku, bahkan semakin meningkat.

 

`Palestin Merdeka’ tidak akan pernah terwujud melalui sebarang penyelesaian dua negara, gencatan senjata atau perjanjian damai. Genosid dan penjajahan juga tidak akan berakhir melalui boikot global, ICC atau PBB. Satu-satunya cara untuk menyingkirkan penjajahan ketenteraan adalah melalui pengerahan tentera-tentera umat Islam di bawah sebuah negara kuat yang seumpamanya, yang berdiri atas dasar Islam dan keadilan, berjuang demi Islam dan keadilan, serta menjadi penjaga dan perisai bagi kaum Muslimin dan agama mereka. Negara tersebut ialah Khilafah yang berdasarkan manhaj kenabian, kerana Nabi (saw) bersabda:

 

«إِنَّمَا الْإِمَامُ جُنَّةٌ يُقَاتَلُ مِنْ وَرَائِهِ وَيُتَّقَى بِهِ»

“Sesungguhnya Imam (Khalifah) itu adalah perisai; kaum Muslimin berperang di belakangnya dan berlindung dengannya.”

 

Ditulis untuk Pejabat Media Pusat Hizb ut Tahrir oleh

Asma Siddiq

Anggota Pejabat Media Pusat Hizb ut Tahrir

 

#FreePalestine #ArmiestoAqsa #ArmiestoGaza #WeNeedKhilafah

Exit mobile version