Site icon MuslimahHTM News

Dr Fika Komara: Zionis Adalah Gerakan Politik, Bukan Teologis

Dr Fika Komara: Zionis Adalah Gerakan Politik, Bukan Teologis

 

Oleh: Rahmah

 

Pengarah Institut Muslimah Negarawan (IMuNe), Dr Fika Komara menyatakan bahawa Zionis adalah gerakan politik, bukan teologis.

 

“Kita perlu membezakan bahawa Zionis itu adalah gerakan politik, bukan teologis. Jadi, perbincangannya hari ini bukan lagi di level teologis yang memang yang kita tahu itu juga salah satu yang mewarnai wacana perang salib yang sudah berabad-abad sebelumnya terjadi,” ujarnya dalam saluran Youtube Live Muslimah Insight ‘Tebing Barat Membara, New Gaza Semakin Nyata’ (Ahad), 9/8/2026.

 

Beliau menjelaskan bahawa doktrin keagamaan Zionisme telah wujud sejak sekian lama dalam tradisi Yahudi, manakala Zionisme sebagai sebuah ideologi politik berkembang kemudian, khususnya pada abad ke-19.

 

Menurutnya, perubahan daripada doktrin teologis kepada ideologi mencakupi doktrin tanah yang dijanjikan, diideologisasi dan dimanfaatkan Inggeris serta Amerika untuk membenarkan penjajahan ke atas Baitul Maqdis.

 

“Saya sebutkan contohnya di sini, contoh doktrin teologis mereka yang diideologisasi oleh kapitalis adalah `tanah yang dijanjikan Israel’. Ini kemudian diideologisasikan oleh British dan Amerika untuk mereka akhirnya membenarkan mereka (Zionis) menduduki tanah Baitul Maqdis,” ungkapnya.

 

Beliau turut menerangkan bagaimana doktrin Zionisme disesuaikan dengan keadaan semasa untuk menguasai tanah, ekonomi dan politik, termasuk melalui kekuatan dan strategi ketenteraan.

 

“Zionisme ini selalu melakukan reproduksi dan berusaha selalu relevan dengan zaman dan doktrin mereka adalah menguasai tanah dan ekonomi. Tentu hujungnya juga dengan ketenteraan. Kenapa sekarang penguasa terbelenggu dengan Board of Peace? Pasti ada, pasti mereka juga ada strategi di situ,” terangnya.

 

Beliau juga mengungkapkan bahawa setiap jenama produk yang diusahakan jaringan Zionisme mempunyai nilai yang dapat dilihat melalui kempen dan narasi mereka. Tambahnya, masyarakat perlu memahami nilai tersebut serta meningkatkan kesedaran tentang ideologi Islam bagi memahami bagaimana doktrin Zionisme telah berkembang dan dikaitkan dengan kepentingan kapitalisme.

 

“Dari kempen dan narasi mereka. Di sinilah diperlukan kedalaman berpikir dan kesedaran ideologi Islam kerana doktrin-doktrin teologis zionis ini telah menjelma terideologisasi bahkan terkapitalisasi,” katanya.

 

Beliau mencontohkan keadaan yang berlaku di Malaysia dengan merujuk kepada konsep network state yang diperkenalkan oleh tokoh teknologi Silicon Valley. Menurutnya, konsep tersebut diinspirasikan daripada pembentukan negara Yahudi.

 

“Seperti contoh soal network state. Ternyata Balaji Srinivasan itu, tokoh teknologis Silicon Valley yang mendirikan network School di Forest City Malaysia itu, menulis sebuah buku Network State, negara jaringan,” jelasnya.

 

Beliau melanjutkan dengan sebuah persoalan. “Kenapa dia menulis itu? Padahal dia orang India keturunan India. Orang Amerika, keturunan India yang bekerja di Silicon Valley. Dia terinspirasi dengan negara Yahudi. Kerana dahulu Yahudi itu diaspora yang tersebar. Kemudian sekarang dengan tanah yang terjanjikan mereka ada di situ dan dia meniru dan mengembangkannya,” terangnya.

 

Beliau menekankan perlunya pendidikan untuk meningkatkan taraf pemikiran umat dalam memahami kedudukan Palestin.

 

Pada masa yang sama, beliau berpandangan bahawa walau pun pengaruh Amerika semakin menurun daripada sudut geopolitik, jaringan Zionisme masih berusaha mengekalkan pengaruhnya.

 

“Harus ada pendidikan kerana ini cabaran yang memerlukan meningkatnya taraf berpikir dan di sisi lain secara geopolitik ini menunjukkan Amerika sebenarnya menurun secara kenegaraannya tetapi jaringan-jaringan Zionis ini tetap berusaha mendapatkan tempatnya”, akhirinya.

 

Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=rxz7yL6Mznk&t=2125s

 

#FreePalestine #ArmiestoAqsa #ArmiestoGaza #StopTrumpNewGaza #BahayaZionisme

Exit mobile version