Site icon MuslimahHTM News

Allah Menolong Para Penolong Agama-Nya (I’dâd al-Quwwah)

Allah Menolong Para Penolong Agama-Nya (I’dâd al-Quwwah)

 

Oleh: Ustaz Irfan Abu Naveed, M.Pd.I; (Penyelidik Balaghah al- Quran & Hadis Nabawiyyah)

 

Pertolongan Allah (nashrulLâh) adalah perkara yang senantiasa dinantikan oleh hamba-hamba-Nya yang beriman. Oleh sebab itu relevan jika Allah senantiasa mempertautkan pertolongan-Nya dengan keimanan kepada-Nya. Dalam banyak ayat-Nya yang menyeru orang-orang beriman untuk menolong agama-Nya. Allah SWT berfirman:

 

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُونُوٓاْ أَنصَارَ ٱللَّهِ كَمَا قَالَ عِيسَى ٱبۡنُ مَرۡيَمَ لِلۡحَوَارِيِّ‍ۧنَ مَنۡ أَنصَارِيٓ إِلَى ٱللَّهِۖ قَالَ ٱلۡحَوَارِيُّونَ نَحۡنُ أَنصَارُ ٱللَّهِۖ فَ‍َٔامَنَت طَّآئِفَةٞ مِّنۢ بَنِيٓ إِسۡرَٰٓءِيلَ وَكَفَرَت طَّآئِفَةٞۖ فَأَيَّدۡنَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ عَلَىٰ عَدُوِّهِمۡ فَأَصۡبَحُواْ ظَٰهِرِينَ  ١٤

“Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (agama) Allah sebagaimana (pengikut-pengikutnya) Nabi Isa ibni Maryam (ketika dia) berkata kepada pengikut-pengikutnya itu: “Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalanan) kepada Allah (dengan menegakkan agama-Nya)?” Mereka menjawab: “Kamilah pembela-pembela (agama) Allah!” (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka segolongan daripada kaum Bani Israil beriman, dan segolongan lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka jadilah mereka orang-orang yang menang.” [TMQ ash-Saff (61): 14]

 

Allah SWT juga berfirman:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن تَنصُرُواْ ٱللَّهَ يَنصُرۡكُمۡ وَيُثَبِّتۡ أَقۡدَامَكُمۡ  ٧

“Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.” [TMQ Muhammad (47): 7]

 

Allah SWT menyeru orang-orang yang beriman agar menjadi para penolong agama-Nya. Seruan dalam ayat-ayat ini ditujukan kepada jamaah orang yang beriman. Ini mengisyaratkan pentingnya menolong agama-Nya secara berjamaah. Istimewanya, Allah menisbatkan pertolongan makhluk kepada Diri-Nya secara kiasan. Ini menunjukkan keutamaan menolong agama-Nya, dengan menghilangkan lafaz Dîn di depan lafaz Allah (al-majâz bi al-îjâz), seakan-akan menolong Allah itu sendiri. Sedangkan hakikatnya manusia yang memerlukan pertolongan Allah. Bahkan Allah adalah sebaik-baik Penolong.

 

Imam Abu Ja’far an-Nahhas (w. 338 H) dalam I’râb al-Qur’ân (IV/119) menjelaskan bahawa ungkapan “menolong Allah” merupakan kiasan (majâz). Yang disebut nama Allah. Akan tetapi, maksudnya adalah menolong Rasul-Nya, Dîn-Nya, syariah-Nya dan kelompok pembela Dîn-Nya (hizbulLâh). Ini ditegaskan oleh Imam ar-Razi dalam Mafâtîh al-Ghaib (VIII/42). Syeikh Ibn al-’Utsaimin (w. 1421 H) dalam Syarh Riyâdh al-Shâlihîn (III/616) menjelaskan:

 

Makna menolong Allah adalah menolong Dîn-Nya. Hal ini kerana sesungguhnya Allah dengan Diri-Nya tidak memerlukan pertolongan apapun. Allah Maha Berkecukupan daripada selain Diri-Nya. Jadi, yang dimaksudkan dengan pertolongan di sini adalah menolong Dîn Allah, dengan menjaga agama dan mempertahankannya serta tegas menentang pelanggaran, dan sebagainya yang menjadi sebab pertolongan atas syariah-Nya.

 

Al-‘Allamah Syeikh Ali ash-Shabuni dalam Shafwat al-Tafâsîr (hlm. 375) mentafsirkan:

«أَيْ اُنْصُرُوْا دِيْنَ اللهِ وَأَعْلُوْا مَنَارَهُ»

Maksudnya: “Tolonglah agama Allah dan tinggikan syiar-Nya!”

 

Dengan demikian menolong agama Allah direalisasikan dengan cara mengimani, mempelajari dan mengamalkan agama-Nya sepenuhnya dalam kehidupan; juga mendakwahkan, menjunjung tinggi syiar-syiarnya dan menjaga agama-Nya daripada pelbagai usaha penyimpangan . Inilah amalan menolong agama Allah yang dicontohkan oleh generasi salafunaa ash-shâlih, Rasulullah SAW dan para Sahabatnya.

 

Seseorang mampu menolong agama-Nya jika dia memahami agama-Nya. Kerana itu penolong agama-Nya wajib membekalkan diri dengan pemikiran Islam yang murni, yang bebas daripada kotoran (fikrah mustanîrah), diseimbangkan dengan kesedaran politik (al-wa’y al-siyasi). Dengan itu dia dapat mengenal pasti pelbagai celah yang boleh merosakkan umat Islam dan akar masalahnya, serta mampu menghadirkan penyelesaian Islam ke atasnya. Demikian sebagaimana karakter generasi teladan umat ini, Rasulullah SAW dan para sahabatnya. Meneladani mereka adalah keberuntungan. Imam al-Alusi (w. 1270 H) dalam Rûh al-Ma’âni (I/92) menuturkan:

 

﴿إِنْ لَمْ تَكُوْنُوْا مِنْهُمْ فَتَشَبَّهُوْا * إِنَّ التَّشَبَّهَ بِالكِرَامِ فَلاَحٌ﴾

”Walaupun kamu belum seperti mereka, serupailah. Sesungguhnya menyerupai orang-orang yang mulia merupakan keberuntungan.”

 

Pertolongan Allah bagi Para Penolong Agama-Nya

 

Pertolongan Allah bagi para penolong agama-Nya dijanjikan dalam firman-Nya:

فَأَيَّدۡنَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ عَلَىٰ عَدُوِّهِمۡ فَأَصۡبَحُواْ ظَٰهِرِينَ  ١٤

“Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka jadilah mereka orang-orang yang menang.” [TMQ ash-Saff (61): 14]

 

Syeikh Ali ash-Shabuni dalam Shafwat al-Tafâsîr (hlm. 375) mentafsirkan: Maknanya, “Kami menguatkan orang-orang beriman atas musuh-musuh mereka yang kafir sehingga orang-orang beriman menang atas mereka dengan hujjah dan bukti kebenaran. Allah juga berfirman:

 

يَنصُرۡكُمۡ وَيُثَبِّتۡ أَقۡدَامَكُمۡ  ٧
“…nescaya Allah membela kamu dan meneguhkan kedudukanmu.” [TMQ Muhammad (47): 7]

 

Syeikh Ibn al-‘Utsaimin menjelaskan bahawa Allah melipatgandakan ganjaran perbuatan menolong DinullâhPertama: Ganjaran yanshurkum (Allah menolong kamu), iaitu Allah akan menolong kamu atas mereka yang memusuhi. Kedua: Ganjaran yutsabbit aqdâmakaum (Allah meneguhkan kedudukan kamu), iaitu Allah meneguhkan kamu di atas agama-Nya.

 

Janji Allah ini menguatkan rasa, menggambarkan ganjaran dianugerahkan keteguhan, iaitu teguh dalam membela Islam, serta teguh dalam menghadapi pelbagai tentangan, sebagaimana yang dialami oleh para nabi dan rasul as. Menariknya, dalam surah as-Saff (61): 14, Allah kemudian menyerupakan (tasybîh) perintah ini sebagaimana perkataan Rasul-Nya, Isa bin Maryam as., “Siapa­kah yang akan menjadi para penolongku (berdakwah) kepada Allah?” Kemudian disambut dengan jawapan positif kaum Hawariyyun“Kami adalah para penolong (agama) Allah.”

 

Di antara bentuk pertolongan Allah adalah tegaknya kekuasaan Islam (Ad-Dawlah al-Islâmiyyah) yang menjadi penyokong bagi tegaknya agama-Nya:

 

وَقُل رَّبِّ أَدۡخِلۡنِي مُدۡخَلَ صِدۡقٖ وَأَخۡرِجۡنِي مُخۡرَجَ صِدۡقٖ وَٱجۡعَل لِّي مِن لَّدُنكَ سُلۡطَٰنٗا نَّصِيرٗا  ٨٠

“Dan katakanlah (Muhammad): “Ya Tuhanku! Masukkanlah aku ke tempat masuk yang benar, dan keluarkan (pula) aku ke tempat keluar yang benar dan berikanlah kepadaku daripada sisi-Mu kekuasaan yang dapat menolongku.” [TMQ al-Isrâ’ (17): 80]

 

Syeikh Ali ash-Shabuni dalam Shafwat at-Tafâsîr (hlm. 172) menukilkan: Al-Hasan dan adh-Dhahhak berkata: Yang dimaksudkan adalah masuknya baginda ke Madinah al-Munawwarah dan keluarnya baginda dari Mekah al-Mukarramah ketika kaum musyrik bersekongkol untuk membunuh baginda setelah mereka tidak mampu lagi menahan dakwah baginda. “Berilah aku daripada sisi-Mu kekuasaan yang menolong.” Maknanya, Berilah aku kekuatan dan hujjah yang dengan itu Engkau menolong aku atas musuh-musuhku dan memenangkan agama-Mu melalui tanganku.” Allah pun mengabulkan doa baginda: memenangkan baginda atas musuh-musuhnya, meninggikan agama-Nya di atas seluruh agama lain, serta menampakkan cahaya kebenaran dan sinarnya.

 

Ketika pertolongan itu tiba, maka tiada makhluk-Nya yang mampu menghalangnya:

إِن يَنصُرۡكُمُ ٱللَّهُ فَلَا غَالِبَ لَكُمۡۖ وَإِن يَخۡذُلۡكُمۡ فَمَن ذَا ٱلَّذِي يَنصُرُكُم مِّنۢ بَعۡدِهِۦۗ وَعَلَى ٱللَّهِ فَلۡيَتَوَكَّلِ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ  ١٦٠

“Jika Allah menolong kamu, maka tidak ada yang akan dapat mengalahkanmu; tetapi jika Allah membiarkanmu (tidak memberi pertolongan), maka siapakah yang dapat menolongmu setelah itu? Kerana itu, hendaklah kepada Allah sahaja hendaknya orang-orang mukmin bertawakal.” [TMQ Ali Imran (3): 160]  

 

WalLâhu a’lam. 

 

#pertolonganAllah #menolongagama #kekuasaanIslam

Exit mobile version