Site icon MuslimahHTM News

Lajnah Muballighah MHTM Mengajak Muslimat Menjadi Sebaik-baik Umat

[Aktiviti] 24 Ogos 2026 (Isnin) – Talkshow “Being an Amazing Ummah Today” di bawakan khas ke Perak

Lajnah Muballighah Muslimah HTM telah mengadakan talkshow “Being an Amazing Ummah Today” bersama sahabat Muslimah di Perak. Alhamdulillah, program ini mendapat sambutan yang baik dengan kehadiran hampir 50 orang peserta Muslimah setempat.

Para ahli panel mengajak peserta memahami makna menjadi “sebaik-baik umat”, sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah Ali ‘Imran ayat 110, iaitu umat yang menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah SWT.

Peserta turut diajak bermuhasabah sejauh mana peranan tersebut telah dilaksanakan, khususnya ketika umat hari ini berhadapan dengan pelbagai kerosakan kehidupan serta kezaliman yang menimpa umat Islam. Tanggungjawab amar makruf nahi mungkar perlu dilaksanakan bukan sahaja pada peringkat individu dan keluarga, malah dalam masyarakat. Institusi negara juga berperanan menerapkan sistem pemerintahan Islam demi menjamin kesejahteraan umat secara menyeluruh.

Semoga program ini menyuburkan kesedaran untuk menjadi “Amazing Ummah” yang bukan sekadar baik secara peribadi, tetapi sentiasa berusaha menaati dan melaksanakan perintah Allah SWT dalam seluruh aspek kehidupan.

Wallahu a‘lam.

Exit mobile version