Selagi Kapitalisme Masih Ada, Zionisme Terus Berkembang
Oleh: Rahmah
Pengarah Institut Muslimah Negarawan (IMuNe), Dr Fika Komara menilai bahawa Zionisme akan terus berkembang selagi kapitalisme masih menjadi sistem yang menyokong pelbagai kepentingan politik dan ekonomi.
“Selagi kapitalisme masih ada, Zionisme akan terus berkembang,” ujarnya dalam saluran YouTube Live Muslimah Insight ‘Tebing Barat Membara, New Gaza Semakin Nyata’ (Ahad), 9/8/2026.
Menurutnya, persoalan Zionisme bukan sahaja berkaitan dengan bangsa atau kaum semata-mata, tetapi telah berkembang menjadi persoalan ideologi. “Ini sebenarnya bukan soal ras, bangsa semata-mata, tetapi ini menjadi persoalan ideologi,” tegasnya.
Beliau menjelaskan tentang keadaan Tebing Barat yang semakin membimbangkan. Menurut Dr. Fika, kewujudan pelbagai projek politik dan ekonomi di wilayah Palestin tidak dapat dipisahkan daripada kepentingan yang lebih luas terhadap penguasaan wilayah umat Islam tersebut. Tambahnya, kepentingan tersebut berjalan seiring dengan tindakan kekerasan yang berterusan terhadap warga Palestin.
Beliau mengungkapkan bahwa kekerasan bukan sahaja dilakukan melalui operasi pihak berkuasa Israel, tetapi turut melibatkan kelompok pemukim yang melakukan kekacauan dan serangan terhadap warga Palestin. “Mereka ini didatangkan, diimport, bukan settler yang asal,” jelasnya.
Menurutnya, kelompok tersebut kemudiannya menindas dan menzalimi warga Palestin di kawasan penempatan. “Mereka melakukan vandalisme dan kekerasan untuk mengusir penduduk Muslim yang sebenarnya sudah sejak dahulu menduduki wilayah tersebut,” jelasnya.
Beliau mengatakan strategi tersebut merangkumi konflik horizontal melalui tindakan kelompok pemukim untuk menekan dan mengusir warga Palestin, yang kemudiannya disertai tindakan pihak berkuasa Israel dari peringkat atas.
“Konflik horizontal yang diwujudkan sepanjang 2026 untuk mengusir, kemudian ditambah dengan serangan topdown yang vertikal daripada rejim Zionis sendiri,” ujarnya.
Menurut beliau lagi, strategi dan pola tersebut berjalan seiring dengan pembangunan penempatan dan dasar penguasaan wilayah. “Bererti ada lapisan-lapisan strategi yang disiapkan, tidak hanya satu,” katanya.
Dr Fika juga menyatakan berkurangnya pemberitaan mengenai Palestin tidak bermakna penindasan telah berhenti. Menurutnya, umat Islam tetap perlu memantau perkembangan di Gaza dan Tebing Barat meski pun isu tersebut tidak lagi mendominasi ruang umum.
“Meskipun kita tidak menerima berita-berita langsung seperti yang terjadi sampai akhirnya harus ada sidang PBB dulu, kita tetap harus peka,” pesannya.
Beliau menilai selagi sistem yang dianggap menyokong perkembangan Zionisme masih bertahan, ancaman terhadap Palestin akan terus berlangsung.
“Selagi habitatnya masih ada, maka Zionis itu akan terus berkembang sebagai `anak nakal’ yang terus bermaharajalela,” akhirinya.
Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=rxz7yL6Mznk&t=2125s
#TrumpNewGaza #BahayaKapitalisme #FreePalestine #ArmiestoGaza

