Site icon MuslimahHTM News

Tetap Berdakwah, Jangan Kalah oleh Penghinaan, Istiqamahlah dengan Keimanan

Tetap Berdakwah, Jangan Kalah oleh Penghinaan, Istiqamahlah dengan Keimanan

 

Oleh: Nabila Zidane

 

Ada masa ketika berdakwah terasa seperti lari maraton, tetapi garis penamatnya tidak kelihatan. Sudah menulis panjang, yang datang malah komentar, “Otak kamu kena dicuci!”

Sudah bercakap dengan dalil, dibalas, “Primitif!” Sudah menjelaskan dengan santun, tetap saja dilabel fanatik. Ya sudah, santai saja.

 

Sebab kita berdakwah bukan kerana yakin semua orang akan menerima. Kita berdakwah kerana ingin menjalankan kewajipan dan kerana mencintai sesama manusia.

 

Kita tidak ingin melihat manusia hidup tanpa arah, keluarga kehilangan pegangan, anak-anak tumbuh tanpa batas halal-haram, sementara kebebasan dijadikan alasan untuk membenarkan apa saja.

 

Cendekiawan Muslim Ustaz Ismail Yusanto pernah menyampaikan nasihat yang mendalam, “Kekuatan hanya sebab, bukan penentu kejayaan dakwah. Penentu itu ada di tangan Allah SWT. melalui pertolongan-Nya (nashrullah).”

 

Kalimat ini penting untuk siapa pun yang sedang lelah berdakwah. Kita tetap wajib menyusun strategi. Perlu belajar. Perlu mempunyai ilmu. Perlu memperbaiki cara bercakap. Perlu menyampaikan dengan hujah yang kuat dan akhlak yang baik.

 

Tetapi jangan pernah mengira hasil sepenuhnya berada di tangan kita.

 

Kita menyampaikan, Allah yang membukakan hati.

Kita menanam, Allah yang menumbuhkan.

Kita mengetuk pintu, Allah yang menentukan bila pintu itu terbuka.

 

Bukankah Rasulullah SAW sendiri tidak dapat memberikan hidayah kepada orang yang baginda cintai?

 

Allah Swt berfirman,

“Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam) tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya…” (TMQ Al-Qashash: 56)

 

Maka jangan ukur kejayaan dakwah hanya dari jumlah like, komentar, atau orang yang langsung berubah setelah membaca tulisan kita.

 

Kalau ukuran kita adalah pujian manusia, satu penghinaan saja boleh membuat kita berhenti.

Kalau ukuran kita adalah viral, kita akan mudah kecewa ketika jangkauan turun. Tetapi kalau ukuran kita adalah redha Allah, kita akan belajar istiqamah walaupun tidak selalu dipuji.

 

Syaikh Taqiyuddin an-Nabhani menekankan pentingnya pengemban dakwah memiliki kesungguhan dalam menjalankan kewajipan dakwah dan menjadikan aktivitinya berorientasi kepada Allah.

 

Ertinya, dakwah bukan panggung untuk mencari tepuk tangan, melainkan jalan perjuangan yang memerlukan kesabaran, ilmu, keberanian dan keikhlasan dan dakwah sejatinya adalah bentuk cinta.

 

Sahabat, kalau melihat orang berjalan menuju jurang, tidak mungkin kita mengatakan, “Terserah kamu, itu pilihan hidupmu.” (sambil tutup mata, tutup telinga)

Kalau kita mampu mengingatkan, maka kita ingatkan.

Bukan kerana merasa paling suci. Bukan kerana merasa sudah sempurna. Tetapi kerana kita ingin sama-sama selamat.

 

Kita mengingatkan tentang bahaya dadah kerana tidak ingin generasi rosak.

Kita mengingatkan tentang arak kerana tidak ingin akal dan kehidupan hancur.

Kita mengingatkan tentang bahaya seks bebas kerana tidak ingin kehormatan manusia direndahkan.

Kita mengingatkan tentang berbagai pelanggaran nilai moral kerana kita percaya manusia memerlukan had. Sebab kemajuan teknologi tidak automatik membuat manusia semakin mulia.

 

Manusia boleh menciptakan kecerdasan buatan, tetapi tetap boleh kehilangan kawalan atas hawa nafsunya. Boleh membangun bangunan setinggi langit, tetapi belum tentu mampu membangun keluarga yang sihat. Boleh bercakap tentang kebebasan, tetapi terjebak dalam dadah, perjudian, arak, eksploitasi seksual dan berbagai kerosakan sosial.

 

Jadi jangan buru-buru menganggap semakin jauh daripada agama bermakna semakin maju.

Teknologi boleh maju.

Ilmu pengetahuan perlu berkembang. Tetapi manusia tetap memerlukan petunjuk dari Penciptanya.

 

Sebab kecerdasan menjawab cabaran zaman, sementara wahyu memberikan arah tentang dari mana berasal, untuk apa dan ke mana hidup sesudah mati.

Kerana itu, ketika kita dihina kena `cuci otak’, `primitif’, `tukang mimpi’. Ya sudah, tinggal minum kopi saja dulu.

 

#MuhasabahDaie #DakwahDenganCinta #IstiqamahDalamDakwah #RedhaAllah #IslamSebagaiPetunjuk

 

Exit mobile version