Site icon MuslimahHTM News

Krisis Gen Z Bermula Apabila Material Menjadi Tujuan Hidup

Krisis Gen Z Bermula Apabila Material Menjadi Tujuan Hidup

 

Oleh: Aliya AA

 

Aktivis Muslimah HTM, Norhafizah Abdul Rahman ketika menjelaskan punca krisis tujuan hidup dalam kalangan Gen Z menyatakan ia timbul apabila pendidikan, kerjaya, gaji, harta dan gaya hidup yang sepatutnya menjadi alat kehidupan berubah menjadi tujuan hidup serta ukuran kejayaan dan kebahagiaan.

 

“Dari kecil lagi kita dah disuruh untuk belajar rajin-rajin untuk apa? Supaya dapat kerja bagus, supaya dapat gaji yang tinggi, boleh beli rumah, boleh ada kereta, boleh ada gaya hidup yang baik. So semua tu akhirnya dirumuskan dalam satu perkataan iaitu bahagia. Belajar, kerjaya, gaji, harta, lifestyle, itulah bahagia, itulah goal-nya. Masalahnya bila ia berubah dari alat kehidupan menjadi tujuan hidup, dekat situ yang masalahnya,” tegasnya dalam program atas talian Open Circle Muslimah bertajuk Kemelut Gen Z dan Solusi Islam pada 6/9/2026 (Ahad).

 

Norhafizah berkata permasalahan Gen Z tidak hanya melibatkan tekanan ekonomi, tetapi turut merangkumi budaya yang membentuk keinginan serta cara fikir yang menentukan makna kebahagiaan, sekaligus memerlukan penyelesaian yang lebih menyeluruh.

 

“Islam juga memberikan pandangan hidup, memberikan aturan kehidupan dan membentuk persekitaran masyarakat. So dekat sinilah yang kita kena mulakan daripada perkara yang paling asas dulu, iaitu Islam membetulkan titik mula,” ujarnya mensarankan solusi.

 

Beliau kemudian merujuk Surah az-Dzariyat ayat 56 bagi menjelaskan bahawa manusia tidak diciptakan untuk mengejar kekayaan, kerjaya atau keseronokan semata-mata, bahkan bukan hanya untuk mengejar kebahagiaan di dunia.

 

“Tapi manusia tu diciptakan sebagai hamba Allah menuju ke akhirat. Dunia ni adalah sebagai jalan untuk kita nikmati apa yang Allah dah bagi pada kita, sebagai jalan untuk kita menambah pahala menuju akhirat, bukannya tujuan hidup kita,” katanya.

 

Dalam membetulkan paradigma kehidupan pula, Norhafizah berkata seorang Muslim tidak wajar menjadikan perasaan bahagia sebagai penentu tertinggi, sebaliknya perlu bertanya sama ada sesuatu yang ingin dicapai mendapat redha Allah.

 

“Bukan maksudnya Islam tu tak pedulikan kebahagiaan, tapi Islam meletakkan redha Allah itu lebih tinggi daripada kehendak manusia,” tegasnya.

 

Menurut Norhafizah, antara cara fikir yang perlu dibebaskan daripada Gen Z ialah materialisme yang menjadikan harta sebagai ukuran kejayaan, hedonisme yang menjadikan keseronokan sebagai jalan utama mencari kebahagiaan serta sekularisme yang memisahkan ukuran kehidupan daripada pandangan Islam.

 

Sambungnya lagi, “Islam tu datang untuk meletakkan seluruh kehidupan manusia di bawah petunjuk Allah. Pembebasan sebenar bermula apabila Islam kembali menjadi panduan dalam menentukan tujuan, kejayaan dan juga kebahagiaan hidup.”

 

Beliau mengingatkan masyarakat supaya tidak terlalu cepat mempersoalkan mengapa Gen Z menjadi sedemikian, sebaliknya mengubah persoalan kepada keadaan dunia yang menjadi tempat generasi itu dibesarkan.

 

“Kerana mereka ini, Gen Z ni ataupun apa-apa generasi sekalipun, ia tidak membentuk diri mereka dalam ruang yang kosong. Sentiasa ada sistem yang mengatur kehidupan mereka, sentiasa ada budaya yang membentuk keinginan mereka, dan akan sentiasa ada media yang setiap hari memberitahu mereka apa rupa kebahagiaan,” simpulnya.

 

 

#KrisiGenZ #GenZ #TujuanHidup #bahagia

Exit mobile version