Adakah Semua Pemeluk Agama Akan Masuk Syurga?
Penulis: K.H. Rokhmat S. Labib
Pada masa ini, terdapat usaha berterusan untuk mempromosikan idea moderat dalam agama. Idea ini diajar secara meluas di sekolah-sekolah, termasuk sekolah-sekolah Islam.
Mereka (yang menyebarkan idea moderat dalam agama) berpendapat bahawa penganut agama tidak seharusnya menuntut kebenaran dan keselamatan semata-mata dalam satu agama. Ini kerana ia dianggap berpotensi mengganggu keharmonian agama.
Di antara ayat yang sering dipakai sebagai dalil—mungkin tepatnya dalih—bahawa idea itu tidak bertentangan dengan Islam adalah dari Surah Al-Baqarah ayat 62, “Sesungguhnya orang yang beriman, orang Yahudi, orang Nasrani dan orang ṣābiīn, siapa saja (di antara mereka) yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, serta beramal soleh, maka mereka mendapat pahala balasannya di sisi Tuhan mereka, tidak ada kebimbangan kepada mereka, dan mereka pula tidak bersedih hati.”
Ini dijadikan dasar bahawa semua pemeluk agama itu mempunyai kesempatan yang sama untuk masuk syurga. Juga sering dipakai untuk membenar-benarkan bahawa tidak boleh menganggap penganut agama lain itu masuk neraka. Bagi mereka, tidak boleh ada yang namanya mendakwa kebenaran, mendakwa keselamatan, atau truth claim.
Persoalannya, adakah benar makna yang dikehendaki daripada ayat tersebut seperti yang mereka sampaikan?
Untuk menilai kebenarannya dapat dilihat, salah satunya dari asbab an-nuzul (sebab turunnya) yang dapat membantu memahami apa kandungan ayat tersebut. Dalam penjelasan Imam At-Thabari dari Mujahid dikatakan bahawa ayat ini turun ketika Salman al-Farisi bertanya kepada Nabi Muhammad SAW tentang kaum Nasrani dengan segala amal mereka. Kemudian Nabi menjawab, “Mereka tidak mati dalam keadaan Islam.”
Dengan demikian, pemeluk agama yang dimaksudkan bukanlah pemeluk agama setelah diutusnya Rasulullah SAW, tetapi pemeluk agama sebelum Rasulullah SAW diutus.
Dalam kitab tafsir Al-Baidhawi yang dimaksud dengan alladziina amanu adalah orang yang beriman dengan lisan-lisan mereka, orang-orang yang menganut agama Rasulullah SAW, yang benar-benar tulus dalam mengikuti Rasulullah SAW luar-dalam.
Dalam kitab tafsir Ibnu Katsir dikatakan bahawa umat Nabi Muhammad SAW itu adalah orang yang beriman disebabkan kerana banyaknya keimanan mereka. Maksudnya “banyak” itu bagaimana? Maksudnya, kalau umatnya Nabi Nuh AS beriman kepada siapa? Nabi Nuh dan ada nabi-nabi sebelumnya. Kalau umat Nabi Ibrahim AS bererti imannya kepada Nabi Ibrahim dan nabi-nabi yang sebelumnya.
Oleh itu, ini bererti yang paling banyak ini siapa? Umat Rasulullah SAW, kerana beriman kepada Rasulullah SAW dan nabi-nabi sebelumnya. Bahkan, termasuk beriman kepada berbagai perkara ghaib yang akan datang.
Kalimat Kunci
Sebenarnya ada kalimat kunci dalam ayat tersebut, iaitu sesiapa yang beriman kepada Allah, hari akhirat, dan beramal soleh. Jika syaratnya tidak terpenuhi, tidak akan mendapat pahala.
Persoalan berikutnya, beriman kepada Allah SWT itu cukup beriman bahawa Allah ada atau termasuk kepada segala hal yang berkaitan tentang Allah? Contohnya, Allah itu ahad, Allah itu tidak ada anak dan tidak pernah menjadi anak. Jika ada orang yang meyakini bahawa Allah ada anak, adakah dia termasuk beriman kepada Allah atau tidak?
Kemudian, beriman kepada hari akhirat. Dalam akidah Islam, ada dua kejadian di hari akhirat. Pertama, hancurnya kehidupan dunia. Kedua, dibangkitkannya seluruh manusia, diadili, dan diberikan balasan terhadap semua amalnya.
Keyakinan seperti ini dasarnya apa? Mesti ada ayat Al-Quran dan hadis yang datang daripada Rasulullah SAW dan ini termasuk dalam beriman kepada Rasulullah SAW. Mustahil beriman kepada hari kiamat atau hari akhirat tanpa beriman kepada Al-Quran, tanpa beriman kepada Rasulullah SAW.
Kalimat berikutnya adalah melakukan amal soleh yang mesti memenuhi dua syarat, iaitu sesuai dengan hukum syarak dan ikhlas dilaksanakan untuk Allah SWT. Sekarang kita buktikan amal soleh yang mudah saja, yakni solat. Ada orang solat Subuh tiga rakaat, bukan dua rakaat. Niat ikhlas khusus untuk Allah, bukan untuk manusia. Sebagai bukti cinta kepada Allah, solat Subuh tidak dilakukan dua rakat, tetapi ditambah satu rakaat lagi.
Adakah sah atau tidak solatnya? Tidak sah kerana tidak sesuai dengan hukum syariat yang diajarkan Rasulullah SAW. Sekalipun amal itu dilakukan dengan ikhlas kerana Allah, tetapi kalau berbeza apatah lagi bertentangan dengan syariat yang dibawa Rasulullah SAW, maka ianya tidak terkategori sebagai amal soleh.
Lalu, adakah Yahudi dan Nasrani masuk syurga atau tidak? Kalau Nasrani, pasti tidak beriman kepada Al-Quran. Sebab, kalau beriman kepada Al-Quran bererti mereka akan ikut Rasulullah SAW. Yahudi juga tidak beriman kepada Al-Quran. Jika mereka ikut Al-Quran, pasti mereka mengikuti Rasulullah SAW.
Daripada hal ini, dapat dipastikan bahawa pemeluk agama selain Islam tidak memenuhi syarat yang disebutkan dalam ayat ini.
Yahudi dan Nasrani yang Beriman
Sementara itu, yang dimaksudkan sebagai orang Yahudi yang beriman adalah orang yang berpegang teguh kepada Taurat dan sunah Musa AS sampai datang Isa AS. Itu batasannya. Kalau keimanan orang Nasrani pula adalah orang yang berpegang teguh kepada Injil dan syariat Isa AS sampai diutusnya Muhammad SAW.
Jika masih berpegang teguh pada agama yang sebelumnya, maka ia tidak diterima. Mungkin ada persoalan, mengapa ia tidak diterima? Bukankah ia daripada Allah? Ya, semua agama para nabi adalah daripada Allah, tetapi Allah sendiri telah menasakhkan atau menghapuskannya.
Agama yang didakwa berasal daripada nabi, seperti Nabi Isa AS dan Nabi Musa AS yang berasal daripada Allah pun tidak boleh diamalkan setelah datangnya Islam, apatah lagi agama murni produk manusia yang tidak ada hubungannya dengan nabi dan tidak ada hubungannya dengan Allah. Diterima atau tidak amalnya? Masuk syurga atau tidak? Jadi sangat jelas bahawa pernyataan semua agama itu benar dan ada peluang masuk syurga adalah salah.
#akidah #agama #agamasamawi

