Site icon MuslimahHTM News

[Perjanjian Antarabangsa] Pembahagian Dunia Menjadi Dua Kategori (Bahagian 1/4)


[Perjanjian Antarabangsa] Pembahagian Dunia Menjadi Dua Kategori (Bahagian 1/4)

 

Penulis: Iyad Hilal

 

Perkataan  Dar secara etimologi bermaksud bangunan, wilayah, negeri, dan tempat, boleh juga bermaksud kabilah. Dar ‘Aduw maksudnya tanah musuh.

 

Dar Islam telah didefinisikan sebagai sebuah negara yang di dalamnya diterapkan undang-undang Islam dan keamanan di dalam negara tersebut berada di tangan kaum muslim. Hal ini tanpa memperhatikan apakah penduduknya kaum muslim, ahli zimmi, atau merupakan campuran keduanya. Tidak disyaratkan juga bahawa Dar Islam itu seluruh penduduknya mesti beragama Islam.

 

Manakala Dar Kufur didefinisikan sebagai sebuah negara yang di dalamnya tidak diterapkan undang-undang Islam dan keamanannya bukan di tangan umat Islam. Para fukaha sepakat bahawa Dar Kufur akan berubah menjadi Dar Islam apabila undang-undang Islam tditerapkan  dan keamanan di dalamnya telah berpindah kepada umat Islam.

 

Meskipun demikian, para fuqaha berbeza pendapat berkenaan  perkara-perkara yang dapat mengubah Dar Islam menjadi Dar Kufur. Imam Abu Hanifah berpendapat bahawa Dar Islam tidak akan berubah menjadi Dar Kufur, kecuali jika telah terpenuhinya tiga syarat. Pertama, undang-undang kufur telah diterapkan di dalam Dar Islam. Kedua, berdekatan (sempadan) dengan Dar Kufur. Ketiga, hilangnya keamanan umat Islam sehingga tidak tersisa satu pun muslim atau kafir zimmi yang aman dengan keamanan umat Islam.

 

Adapun Ash-Shahibani berpendapat bahawa Dar Islam boleh berubah menjadi Dar Kufur apabila telah nampak di dalamnya undang-undang kufur. Keduanya tidak memberikan syarat lain. Abu Hanifah berpendapat bahawa telah tampaknya undng-undang kufur di dalam Dar Islam tidak cukup untuk mengubah suatu negara dari Dar Islam menjadi Dar Kufur. Beliau beranggapan bahawa maksud dari disandarkan dar pada Islam atau kufur, bukan semata pada Islam dan kekufuran saja. Akan tetapi, juga disandarkan dengan keamanan dan ketakutan.

 

Apabila keamanan di dalam negara itu berada di tangan umat Islam secara mutlak dan ketakutan bagi orang-orang kafir, negara itu adalah Dar Islam. Jika tidak demikian, negara itu adalah Dar Kufur. Apabila keamanan yang pasti bagi umat Islam di dalam Dar Islam tidak boleh berterusan jika berdekatan dengan negara musuh, ini bermakna kedekatan merupakan salah satu syarat yang boleh mengubah status sesebuah negara daripada Dar Islam kepada Dar Kufur.

 

Namun, Ash-Shaibani (Imam Abu Yusuf dan Imam Muhammad) kedua-duanya berpendapat bahawa sesebuah Dar disandarkan kepada Islam atau kufur tidak lain dan tidak bukan adalah kerana zahirnya Islam atau kekufuran di dalamnya.

 

Sama halnya seperti syurga yang dinamakan sebagai Dar as-Salam (Negeri Sejahtera) dan neraka dinamakan dengan Dar al-Bawar (Negeri Kebinasaan) kerana adanya salam (keselamatan) di dalam syurga dan kebinasaan di dalam neraka.

 

Zahirnya Islam atau kekufuran di dalam sesebuah negara tidak lain dan tidak bukan adalah dengan zahirnya undang-undang kedua-duanya tanpa memerlukan syarat-syarat yang lain.

 

Benar bahawa perkara ini berkaitan dengan realiti tentang dar. Mengenai kedekatan (faktor geografi), maka ia tidak mempunyai kaitan dengan topik perbincangan kerana seluruh sempadan wilayah Islam bersentuhan dengan Dar Kufur. Meskipun demikian, negara tersebut tetap dinamakan sebagai Dar Islam menurut ijmak para sahabat.

 

Hal ini berbeza dengan keamanan. Keamanan merupakan perkara penting untuk mengubah sebuah negara dari Dar Kufur menjadi Dar Islam dan mengubah Dar Islam menjadi Dar Kufur. Jika di dalam sebuah  negara telah cukup dua unsur, iaitu penerapan undang-undang Islam dan keamanannya berada di tangan umat Islam, negara itu disebut Dar Islam. Apabila salah satu unsur tersebut lenyap, seperti hilangnya keamanan dari tangan umat Islam atau undang-undang kufur telah diterapkan walaupun keamanannya masih berada di tangan umat Islam, negara itu telah berubah menjadi Dar Kufur.

 

Oleh sebab itu, para ulama mengingatkan tentang kekosongan setiap wilayah daripada membaiat seorang Khalifah, selepas runtuhnya sistem kekhalifahan pada tahun 1924 M. Pada ketika itu, dinyatakan bahawa Mesir tidak layak menjadi pusat bagi Khilafah, malah tidak layak menjadi tuan rumah bagi Persidangan Tahunan Khilafah kerana keselamatannya berada di bawah pengaruh British.

 

Seruan itu mengajak untuk mencari satu tempat yang bebas untuk Konferensi Khilafah. Hal ini menunjukkan pemahaman mereka atas pentingnya unsur keamanan di wilayah tersebut. Sesungguhnya Allah Swt. memerintahkan kaum muslim untuk berjihad sehingga orang-orang yang kita perangi mahu memeluk agama Islam atau tunduk kepada undang-undang Islam.

 

Jika mereka menerima salah satu alternatif tersebut, peperangan akan dihentikan. Ini berdasarkan pada apa yang terdapat di dalam hadis yang mulia. Rasulullah SAW apabila mengangkat seorang Amir untuk memimpin tentara atau sariyah (peperangan tanpa disertai Rasulullah), baginda memberikan nasihat kepadanya agar bertakwa kepada Allah dan berbuat baik kepada orang-orang muslim yang menyertainya. Kemudian baginda bersabda,

 

“Berperanglah dengan nama Allah di jalan Allah. Perangilah orang-orang yang kufur kepada Allah. Berperanglah, tetapi janganlah kalian melampaui batas. Janganlah kalian berkkhianat. Janganlah kalian memotong-motong mayat. Janganlah kalian membunuh anak kecil. Apabila kalian bertemu dengan musuh daripada orang-orang musyrik, ajaklah mereka kepada tiga perkara atau pilihan. Pilihan apa saja yang mereka tentukan, maka terimalah dan berhentilah kalian dalam memerangi mereka. Ajaklah mereka kepada Islam. Apabila mereka menerima seruanmu itu, terimalah perkara itu daripada mereka dan hentikanlah peperangan. Kemudian, ajaklah mereka untuk mengubah negara mereka menjadi Dar Muhajirin. Beritahukan kepada mereka bahawa jika mereka menerima perkara itu, mereka berhak dan berkewajiban yang sama dengan orang-orang muhajirin. Jika mereka menolak untuk mengubah negara mereka menjadi Dar Islam, beritahukan kepada mereka bahawa kedudukan mereka seperti orang-orang Arab Badwi daripada umat Islam, (iaitu) diterapkan hukum Allah atas mereka sebagaimana diterapkan atas umat Islam. Mereka tidak mendapatkan sedikit pun dari fai’ dan ghanimah, kecuali jika mereka turut berjihad dengan umat Islam. Apabila mereka menolak, pungutlah atas mereka jizyah. Jika mereka menerima perkara itu, janganlah engkau perangi mereka. Namun, apabila mereka menolak, mohonlah pertolongan kepada Allah dan perangilah mereka.”

 

Rasulullah SAW yang mulia menganggap ketundukan mereka terhadap pemerintahan Islam, walaupun mereka masih kafir, sebagai sebab dihentikannya peperangan terhadap mereka. Keadaan itu menunjukkan bahawa hukum Islamlah yang mengubah negara mereka daripada Dar Harbi menjadi Dar Islam. Namun begitu, suatu pemerintahan tidak boleh dikatakan sebagai pemerintahan Islam, kecuali jika keamanan di negara itu, baik dalam maupun luar negeri, merupakan keamanan Islam. Namun, jika tidak, ia telah kehilangan sifat hukum Islamnya.

 

Inilah pendapat para fuqaha yang membahagi negara menjadi Dar Islam atau Dar Kufur, tidak ada yang ketiga.

 

Sumber: Iyad Hilal, Perjanjian-Perjanjian Internasional dalam Pandangan Islam.

 

(Bersambung ke “Pembahagian Dunia” Bahagian 2/4)

 

#PerjanjianAntarabangsa

 

Exit mobile version