Site icon MuslimahHTM News

[Perjanjian Antarabangsa] Pembahagian Dunia Menjadi Dua Kategori (Bahagian 4/4)

[Perjanjian Antarabangsa] Pembahagian Dunia Menjadi Dua Kategori (Bahagian 4/4)

 

Penulis: Iyad Hilal

 

(Sambungan dari “Pembahagian Dunia” Bahagian 3/4.)

 

Manakala pendapat kedua terdapat di dalam buku At-Tasyri’iy al-Jina’iy fi al-Islam. Di dalamnya tertulis bahawa, sebahagian orang menyangka pembahagian dunia menjadi Dar Islam dan Dar Harbi mewajibkan seluruh negeri Islam berada di bawah satu negara dan negeri-negeri asing berada di bawah satu pemerintahan negara yang lain. Tanggapan tersebut sama sekali tidak mempunyai asas dalam realiti. Teori-teori Islam tidak dibina berasaskan prinsip bahawa dunia mesti ditadbir di bawah satu pemerintahan, sebaliknya ia digubal berdasarkan tuntutan Islam yang sebenar.  Islam menuntut umat Islam di setiap pelosok dunia untuk bersatu padu, mempunyai hala tuju yang sama, dan ditadbir di bawah satu sistem politik.

 

Gambaran paling mudah dan tepat untuk mencapai matlamat ini adalah setiap negeri Islam berada di bawah satu pemerintahan. Walaubagaimanapun , perkara itu bukanlah satu-satunya gambaran yang dapat merealisasikan matlamat Islam kerana matlamat itu juga boleh dicapai dengan penubuhan pelbagai negara di bawah Dar Islam. Perkara yang paling penting adalah mempunyai perspektif yang sama dan melaksanakan sistem politik yang sama.

 

Islam tidak bercanggah dengan sistem pemerintahan Persekutuan (seperti) di Amerika, sistem pemerintahan Kesatuan (seperti) yang ada di Rusia, atau sistem Komanwel British. Malah , Islam juga tidak bercanggah dengan sistem yang ada di negeri-negeri Arab. Pendapat yang mengatakan bahawa sesiapa yang menyangka tentang wajibnya penyatuan negeri-negeri Islam adalah tidak berasas, maka pendapat itu tertolak.

 

Bagaimanakah mungkin untuk menolak kemungkinan bersatu? Pendapat ini menolak walaupun sekadar persangkaan tentang wajibnya penyatuan. Dengan kata lain, ia telah memastikan secara qath’iy tentang tidak wajibnya (penyatuan) dan keharusan perpecahan. Lalu, mengapakah ia tidak mengemukakan satu dalil , biarpun dalil yang syubhat demi menyokong pendapatnya itu?

 

Anggapan bahawa perintah yang mewajibkan Dar Kufur diperintah dengan satu  pemerintahan, sesungguhnya perkara itu tidak wujud. Hal ini kerana, tidak ada seorang pun yang mengira bahawa Islam telah mewajibkan agar seluruh Dar Kufur berada di bawah satu pemerintahan. Hal ini kerana topik pembahasannya adalah tentang  penyatuan di bawah Dar Islam, bukan Dar Kufur. Di samping itu, Islam bercanggah secara diametral dan kita tidak mengatakan ia berbeza dengan sistem-sistem yang telah disebutkan tadi. Jadi, bagaimanakah mungkin Islam akan bertemu dengannya? Sistem pemerintahan Kesatuan yang ada di Rusia, Persekutuan yang ada di Amerika Syarikat, dan Komanwel (Commonwealth) di British, semuanya merupakan hasil ciptaan manusia.

 

Sistem pemerintahan yang ada di negeri-negeri Arab pada masa ini, malah mengukuhkan perpecahan sekaligus menjaga perpecahan itu sendiri. Di samping itu, ia menjaga sempadan imaginasi yang dicipta oleh orang-orang kafir di tengah-tengah umat Islam. Sesungguhnya sistem-sistem pemerintahan ini adalah sistem yang kontradiktif satu sama lain. Jadi,  bagaimanakah mungkin Islam boleh bertemu dengan sistem-sistem yang sebenarnya kontradiktif dengannya?

 

Pengakuan Dar Islam atas Dar Kufur

 

Dar Islam tidak mengiktiraf keberadaan Dar Kufur secara syarie. Pengiktirafan terhadap kewujudan tersebut hanya bersandarkan realiti empirikal yang mampu dikesan oleh pancaindera. Berdasarkan pengiktirafan ini, negara Islam menjalinkan hubungan dengan negara-negara lain dan berinteraksi dengan mereka. Rasulullah SAW membina hubungan dengan negara-negara kufur yang mengelilinginya dan mengakui kewujudan mereka secara empirikal. Walau bagaimanapun, Rasulullah SAW tidak mengakui dan menerima kewujudan negara-negara tersebut dari segi syarak.

 

Negara Islam tidak mengakui kewujudan negara-negara lain secara syarie. Oleh itu, asas yang menjadi dasar penubuhan negara Islam juga bercanggah dengan asas penubuhan negara-negara lain. Akidah Islam ialah asas negara Islam, asas perlembagaan dan perundangannya, serta asas dalam melakukan muhasabah (pengawasan/koreksi) terhadap negara. Bagi negara-negara lain pula, ada yang menggunakan komunisme sebagai asas, iaitu sistem yang mengingkari kewujudan Pencipta. Ada pula yang mengambil kapitalisme sebagai asas, iaitu sistem yang memisahkan agama daripada kehidupan. Malah, ada juga negara yang tidak mengambil apa-apa akidah sebagai asas, sehinggakan negara tersebut tidak berdiri di atas landasan yang bersifat akidah.

 

Semua ini sangat berbeza dengan Negara Islam. Berdasarkan hal ini, maka seluruh struktur yang tidak berteraskan Islam merupakan struktur batil yang tidak diakui oleh Negara Islam. Hal ini demikian kerana pengiktirafan dalam perkara ini bermaksud penerimaan secara total terhadap kewujudannya, sedangkan Islam tidak menerima kewujudan kekufuran secara mutlak.”

 

Walaupun Dar Islam tidak mengiktiraf Dar Kufur secara syarie, tetapi bukan bermakna peperangan selalu terjadi dengan  negara Islam secara berterusan. Ada masa tertentu,  negara Islam terikat perjanjian dengan sebahagian negara dan berperang dengan sebahagian yang lain. Kadangkala ada negara yang tidak mengikat perjanjian dengan negara Islam dan tidak pula berperang dengannya. Maksudnya, kita dapat membahagi negara-negara lain berdasarkan hubungannya dengan negara Islam kepada tiga bahagian.

 

  1. Negara-negara muharibah fi’lan (secara de facto dalam keadaan perang-peny). Contohnya Israel, iaitu umat Islam sedang berperang dengan negara tersebut.
  2. Negara-negara muharibah hukman (secara de jure dalam keadaan perang-peny). Contohnya negara-negara imperialis Amerika Syarikat dan Britis, atau negara-negara yang mempunyai misi untuk menguasai kita, seperti Rusia.
  3. Negara-negara yang terikat dengan kita melalui perjanjian-perjanjian dan kesepakatan-kesepakatan tertentu.

 

Perlu diingatkan bahawa negara apa pun dapat berubah statusnya sesuai dengan situasi dan keadaan. Sebagai contoh Rusia, sebelum melakukan peluasan kuasa terhadap Afghanistan, ia tergolong sebagai negara muharibah hukman. Walau bagaimanapun, selepas negara ini memerangi Afghanistan, statusnya berubah menjadi negara muharibah fi’lan. Perkara ini tergolong sebagai sesuatu yang boleh berubah mengikut perubahan fakta.

 

Sesungguhnya, Allah SWT telah menurunkan Islam untuk memberikan penyelesaian terhadap semua realiti kehidupan. Al-Quran telah diturunkan secara beransur-ansur sesuai dengan peristiwa atau kejadian yang ada. Dengan menerapkan hukum-hukum yang datang kepada kita di tengah kehidupan sekarang ini, serta dengan merefleksikan hukum-hukum tersebut atas realiti kehidupan kaum muslim sekarang ini, maka jelas bagi kita bahawa saat ini kaum muslim hidup di Dar Kufur.

 

Sekarang Dar Islam tidak wujud lagi. Sementara itu, undang-undang ini, iaitu yang melibatkan perjanjian antarabangsa, tidak berkaitan dengan individu melainkan berkaitan dengan negara. Mengenai individu pula, sesungguhnya mereka adalah Muslim. Sudah jelas bagi kita bahawa undang-undang ke atas sesebuah negara tidak mempunyai sebarang kaitan dengan individu, sebaliknya berkaitan dengan sistem yang dilaksanakan.

 

Memang benar, sistem yang dilaksanakan ke atas umat Islam pada masa ini merupakan sistem yang tidak berteraskan Islam, tanpa mempedulikan lagi bahawa sebahagian daripada hukum-hakam Islam sebenarnya telah pun diterapkan di beberapa wilayah dalam keadaan tertentu. Perkara ini sangat jelas, seumpama terangnya matahari pada siang hari. Sistem kekhalifahan masih belum terwujud dan hukum-hukum Islam pula masih tersembunyi di perut bumi. Hukum hudud tidak dilaksanakan, amalan riba tersebar luas, malah kaum wanita bebas mendedahkan aurat di kota-kota besar negeri umat Islam.

 

Oleh itu, maka wajib atas umat Islam untuk mengubah negeri-negeri mereka daripada Dar Kufur menjadi Dar Islam. Caranya adalah dengan meneruskan kembali kehidupan Islam melalui penubuhan Negara Islam, serta mengembalikan lagi institusi (negara) Khilafah setelah diruntuhkan pada 1924 M. Kekhalifahan inilah yang akan menyatukan negeri-negeri Islam dan berusaha untuk menyebarluaskan Islam ke seluruh penjuru dunia, serta mengembannya dengan thariqah (metode) yang dikehendaki oleh Islam.

 

Sesungguhnya perkara ini merupakan agenda utama yang dihadapi oleh umat Islam, sehinggakan ia tidak boleh dipandang remeh. Sesiapa yang mengecilkan isu ini hanya akan mengundang kehinaan di dunia, serta bakal berhadapan dengan kesengsaraan dan azab di

 

Sumber: Iyad Hilal, Perjanjian-Perjanjian Internasional dalam Pandangan Islam.

 

(Sambungan dari “Pembahagian Dunia” Bahagian 3/4)

 

#PerjanjianAntarabangsa #DarulIslam #DarulKufur

 

Exit mobile version