Status Kedudukan Dua Orang Yang Saling Mencintai Kerana Allah SWT
Banyak hadis menggambarkan kedudukan dua orang yang saling mencintai kerana Allah SWT, sama ada lelaki mahupun wanita. Hadis-hadis ini menjelaskan tentang kedudukan tinggi di syurga yang telah disediakan oleh Allah SWT buat mereka, serta penghormatan besar yang akan dikurniakanNya pada Hari di mana seluruh umat manusia dibangkitkan untuk menemui Tuhan Semesta Alam.
Cukuplah menjadi suatu penghormatan bagi mereka yang saling mencintai kerana Allah SWT, sama ada lelaki mahupun wanita, untuk mengetahui bahawa Tuhan Yang Maha Kuasa akan memelihara mereka pada Hari Kiamat.
Daripada Abu Hurairah RA dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT berfirman pada hari kiamat kelak: “Mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagunganKu? Hari ini Ku naungi mereka, di mana tidak ada naungan pada hari ini selain naunganKu.” [HR Muslim No: 4655]
Demikianlah penghormatan yang agung dan ganjaran yang amat besar yang akan dikurniakan kepada mereka yang benar-benar saling mencintai kerana Allah SWT pada Hari yang sangat hebat.
Sumber :“The IDEAL MUSLIMAH The True Islamic Personality of the Muslim Woman.” Dr. Muhammad Ali al-Hashimi
#MuslimahIdeal #CintaKeranaAllah

