Site icon MuslimahHTM News

Peta Penanggungjawab Hukum Islam

Peta Penanggungjawab Hukum Islam

 

Hukum-hukum Islam itu ada yang pelaksanaannya menjadi tanggungjawab masing-masing individu. Ada yang tanggungjawabnya diserahkan kepada individu-individu namun akan diambil alih oleh khalifah jika mereka kekurangan, seperti memberikan nafkah jika ada individu yang tidak mampu mencukupi orang-orang yang menjadi tanggungan mereka atau memelihara urusan-urusan individu jika mereka tidak mampu memelihara urusan tersebut. Termasuk mendirikan masjid di perkampungan dan daerah jika para penduduknya tidak mampu melakukan hal itu.

 

Ada hukum yang tanggungjawabnya diserahkan kepada khalifah semata dan tidak boleh bagi selainnya untuk melaksanakannya, seperti menerapkan hukum hudûd, mengumumkan perang, mengadakan perjanjian, menyusun undang-undang yang mengikat, atau memelihara urusan-urusan yang bersifat mengikat. Hal-hal seperti ini merupakan urusan yang telah dibatasi oleh syariat bagi penguasa, dan dia (khalifah) wajib melaksanakannya.

 

Terdapat juga hukum yang tanggungjawabnya diserahkan kepada khalifah, namun boleh dilakukan oleh individu-individu pada keadaan tertentu, contohnya seperti jihad. Menggerakkan pasukan jihad termasuk dalam tanggungjawab khalifah, tetapi jika musuh menyerang kaum Muslim secara tiba-tiba, maka mereka wajib bangkit berperang meskipun khalifah belum memerintahkan atau belum memberi izin kepada mereka. Atau jika kaum Muslim tidak memiliki seorang khalifah dan berlaku situasi yang menuntut jihad, maka individu-individu wajib berjihad meskipun bersama penguasa yang fajir (jahat/maksiat), atau bersama amir dari kelompok kecil. Namun, hukum asal bagi kaum Muslim adalah tidak redha dengan keadaan ketika mereka berada tanpa seorang khalifah dan berada di bawah kekuasaan para penguasa yang fajir.

 

Adapun hukum yang diserahkan tanggungjawabnya kepada jamaah (kelompok) secara khusus, contohnya seperti aktiviti untuk menegakkan khilafah, muhasabah para penguasa, membawa mereka kepada kebenaran, dan mengawal mereka agar menetapi kebenaran tersebut. Aktiviti parti, jamaah, organisasi, kelompok, atau komuniti Islam apa pun berada di dalam lingkaran ini.

 

Sumber: “Ad-Da’wah ila al-Islam” (Ahmad al-Mahmud)

 

#tanggungjawab #peranankhilafah #HukumIslam #TegakKhilafah

Exit mobile version