Site icon MuslimahHTM News

Islam Bukan Sekadar Pengetahuan

Islam Bukan Sekadar Pengetahuan

 

Islam datang membawa mafâhîm sebagai standard untuk mengawal tingkah laku manusia dalam kehidupan dunia dan menuju kehidupan akhirat. Jadi, apa yang menonjol dalam Islam adalah daripada aspek praktikalnya, bukan sekadar teori.

 

Jika hanya aspek teori ini saja yang diambil, maka Islam akan kehilangan sifat sebenarnya, iaitu sebagai undang-undang untuk mengawal tingkah laku, dan menjadi sekadar pengetahuan semata. Hal itu akan membuatnya kehilangan energi kehidupan yang ada di dalamnya. Sebagaimana pengetahuan keislaman yang dikuasai oleh Orientalis Kafir yang tidak mengimani apa yang mereka pelajari daripada Islam, dan kaum yang mempelajarinya hanya untuk menghentam Islam dan penganutnya. Sama juga dengan seorang Muslim yang alim, yang mengimani ajaran Islam, tetapi mengkajinya hanya sebagai pengetahuan dan kepuasan intelektual semata.

 

Oleh itu, mengetahui pemikiran Islam dan hukum syarak tanpa mewujudkan kedudukannya sebagai pengawal tingkah laku manusia dalam kehidupan, adalah bencana yang menjadikan Islam tidak mempunyai pengaruh terhadap tingkah laku umat Islam hari ini.

 

Penting juga untuk disedari bahawa Al-Quran dan As-Sunnah diturunkan tidak lain sebagai agama dan syariat, bukan sekadar pengetahuan atau ilmu belaka. Kedua-duanya tidak mempunyai kaitan dengan ilmu pengetahuan apa pun, baik ilmu sejarah, geografi, sains, kimia, kosmologi, mahupun penemuan ilmiah.

 

Dalam Al-Quran memang tercantum ayat-ayat tentang bulan, bintang, planet, gunung, sungai, haiwan, burung, dan tumbuh-tumbuhan. Namun ayat-ayat tersebut dimaksudkan untuk mengajak manusia memperhatikan kekuasaan Allah ﷻ, dan keagungan Allah ﷻ, sekaligus seruan kepada akal manusia untuk melakukan pengamatan, agar dia sedar dan mengambil pelajaran daripada ayat-ayat tersebut. Sebab, ayat-ayat di atas bukan dimaksudkan untuk sekadar membahas sains atau ilmu pengetahuan umum.

 

Jadi, pemikiran-pemikiran Islam itu bukan sekadar pengetahuan atau kajian teori semata, melainkan ia adalah solusi bagi permasalahan kehidupan manusia, sekaligus menjadi standard tingkah laku manusia dalam kehidupan di dunia dalam perjalanannya menuju kehidupan di akhirat.

 

Sumber: “Al-Fikr al-Islâmiy” – Muhammad Muhammad Ismail

 

#Islam #muhasabah #PemikiranIslam

Exit mobile version