Site icon MuslimahHTM News

[Perjanjian Internasional] Kesahan Perjanjian (Bahagian 2/4)

[Perjanjian Internasional] Kesahan Perjanjian (Bahagian 2/4)

 

Penulis: Iyad Hilal

 

(Sambungan dari “Kesahan Perjanjian” Bahagian 1/4)

 

Pendapat yang benar adalah tidak boleh melaksanakan perjanjian-perjanjian, kecuali oleh khalifah atau wakilnya. Jika wakil khalifah yang melakukan perjanjian tersebut, hal itu dilakukan berdasarkan pendapat khalifah, bukan berdasarkan pendapatnya.

 

Berdasarkan hal ini, tidak boleh pemimpin pemberontak menandatangani suatu perjanjian kerana dia telah merampas kekuasaan dan melakukan pembangkangan terhadap imam yang telah dipilih secara syarie. Umat juga tidak mengangkatnya sebagai pemimpin untuk mengatur seluruh urusannya. Bagaimana mungkin dia dapat membuat perjanjian untuk umat yang tidak dilakukan oleh pemimpinnya? Bagaimana mungkin umat mesti konsisten dengan perjanjian yang telah dibuat oleh sang perampas yang tidak mentaati khalifah?

 

Adapun pendapat yang mengatakan tentang bolehnya perjanjian yang dilakukan oleh seorang pemimpin pemberontak dengan menganalogikan pada bolehnya memberikan jaminan keamanan di mana jaminan keamanan boleh diberikan oleh seorang muslim, maka pendapat ini tidak benar. Tidak boleh menganalogikan perjanjian dengan pemberian jaminan keamanan kerana keduanya berbeza satu sama lain. Perjanjian adalah akad dengan negara. Pemberian jaminan keamanan diberikan kepada individu atau beberapa individu.

 

Oleh kerananya, jaminan keamanan tidak boleh diberikan, kecuali oleh khalifah atau orang yang memperoleh mandat dari khalifah untuk memberikan jaminan keamanan kepada mereka. Pemberian keamanan akan berlaku apabila khalifah yang memberikan jaminan, bukan kerana pemberian individu. Di samping itu, tidak boleh begitu sahaja menganalogikan perjanjian dengan jaminan keamanan.

 

Meskipun demikian, khalifah boleh mengakui dan menerima perjanjian yang dibuat oleh seorang pemimpin pemberontak. Dalam keadaan ini, maka perjanjian itu mengikat umat kerana penerimaan khalifah terhadapnya, bukan kerana penandatanganan yang dilakukan oleh pemimpin pemberontak.

 

Sesungguhnya menyerahkan urusan perjanjian kepada selain khalifah yang dipilih umat sesuai dengan syarak, baik kepada pemimpin pemberontak mahupun kepada muslim yang lain, maka di dalam perkara ini terkandung bahaya yang sangat besar. Ini kerana perjanjian bukanlah perkara yang mudah. Penandatanganannya memerlukan pemikiran dan pertimbangan, serta menuntut kesedaran penuh terhadap seluruh situasi dan kondisi internasional dan yang meliputi negara Islam.

 

Begitu pula memerlukan penelaahan terhadap prioriti negara, mengetahui seluruh aktiviti yang berkaitan dengan politik luar negeri, dan memerlukan pengkajian atas strategi-strategi negara. Semua ini tidak terkumpul, kecuali pada diri khalifah. Memang benar bahawa kesedaran politik mungkin sahaja dimiliki oleh khalifah atau selainnya. Akan tetapi, penguasaan strategi-strategi Negara Islam dan pengkajian adalah atas apa yang menjadi prioriti, kecuali jika aktivitinya menuntutnya. Walhasil, perjanjian sebagai suatu perjanjian mesti dikaitkan dengan khalifah sahaja atau orang yang mewakilinya.

 

Kedua, Tahap-Tahap Pelaksanaan Perjanjian

 

Setiap perjanjian mesti melalui tahap-tahap tertentu sehingga sah dan bersifat mengikat. Tidak mungkin suatu perjanjian sah tanpa ada perundingan dan pembicaraan dari kedua negara. Tahap-tahap pelaksanaan perjanjian dimulai dengan al-mufawadhat (perundingan). Setelah itu al-ittifaq wa at-tauqi (kesepakatan dan penandatanganan perjanjian). Kemudian, perjanjian memasuki tahap at-tanfide (pelaksanaan). Kita akan mempelajari Perjanjian Hudaibiyyah sebagai contoh untuk menjelaskan tahap-tahap pelaksanaan perjanjian.

 

Al-Mufawadhat (Perundingan)

 

Al-Mufawadhat biasanya dimulai dengan pertemuan-pertemuan dan pembicaraan-pembicaraan pendahuluan untuk membahas kemungkinan dilaksanakannya perjanjian, sekaligus untuk memata-matai pihak lain dalam masalah ini. Tahap ini biasanya dilakukan oleh para duta, utusan, atau wakil. Kadang-kadang langsung dilakukan juga oleh para pemimpin negara-negara sesuai dengan tingkat urgensi perjanjian dan kepentingannya.

 

Namun demikian, perjanjian antara para pemimpin biasanya didahului oleh hubungan-hubungan sehingga dapat diperoleh gambaran tentang akibat-akibat dari perjanjian. Al-Mufawadhat yang mendahului kesepakatan Perjanjian Hudaibiyyah yang dilakukan Rasulullah SAW dengan para duta Quraisy. Pada tahap lain dilakukan juga oleh para pemimpin Quraisy dengan para duta dari kaum muslim.

 

Rasulullah SAW telah mengutus Uthman bin Affan untuk menemui Quraisy. Adapun Quraisy mengutus beberapa orang utusan di antaranya Budail bin Waraqa dan Suhail bin Amru untuk berunding dengan kaum muslim.

 

Kesepakatan-Kesepakatan Awal dari Kedua Pihak Perunding

 

Kesepakatan dari perundingan yang dilakukan antara duta-duta kedua negara, bukan antara kedua pemimpin oleh para wakil rundingan atau utusan, merupakan pembicaraan awal atau pendahuluan yang belum mengikat negara, kecuali jika sudah dilakukan at-tauqi’ (penandatanganan). Ini biasanya dilakukan oleh para pemimpin negara-negara yang melakukan perjanjian dan merupakan kesahan mereka atas perjanjian itu.

 

Namun, jika perundingan itu dilakukan langsung oleh para pemimpin negara-negara itu sendiri, perjanjian tersebut tidak perlu melalui tahap ini.

 

Sumber: Iyad Hilal, Perjanjian-Perjanjian Internasional dalam Pandangan Islam.

 

Bersambung ke “Kesahan Perjanjian” Bahagian 3/4.

 

#PerjanjianAntarabangsa #DarulIslam #DarulKufur

 

 

Exit mobile version