Site icon MuslimahHTM News

Istikharah Dalam Memilih Jodoh

Istikharah Dalam Memilih Jodoh

 

Oleh: Ustaz M. Taufik NT.

 

Secara bahasa makna istikharah adalah meminta pilihan (thalabul khiyarah). Solat istikharah adalah solat yang tujuannya meminta pilihan daripada Allah SWT terkait dua atau tiga perkara yang dia ragu perlu memilih yang mana.

 

كَانَ رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُعَلِّمُنَا الاِسْتِخَارَةَ فِي الأُمُورِ كُلِّهَا

“Adalah Rasulullah mengajari kami untuk beristikharah dalam semua perkara”. (HR Al-Bukhari) (1)

 

Seseorang hendaklah menggabungkan dua usaha: zahir dan batin. Berusaha semaksimum mungkin untuk mencari informasi terkait pilihan-pilihan tersebut, juga memohon petunjuk daripada Allah SWT.

 

Hanya saja perlu dicatat bahawa istikharah tidak berlaku pada perkara wajib, haram atau makruh. Oleh itu, jika telah jelas bahawa yang melamarnya adalah orang yang meninggalkan solat, pelaku zina, pengamal riba, aktivis L6BT, perasuah, atau tidak menjaga aurat, maka sudah sepatutnya ditolak, tidak disyariatkan istikharah ketika itu. Bahkan haram melakukan istikharah dalam rangka memilih perhubungan sulit si A atau si B, sebaiknya mengambil rasuah atau tidak, menentukan bila waktu yang tepat untuk mencuri, meninggalkan riba atau tidak dan sebagainya, kerana itu sama maksudnya dengan mempersendakan Allah SWT. Namun, dibolehkan istikharah untuk memilih samada akan menunaikan ibadah haji sekarang atau nanti, menikah sekarang atau nanti dan perkara terkait pelaksanaan untuk suatu perkara yang boleh ditunda.

 

Penting diperhatikan bahawa sebelum istikharah, seseorang hendaklah bersikap seneutral mungkin terhadap pelbagai kemungkinan pilihan yang ada disertai dengan kepasrahan hati sepenuhnya kepada kehendak Allah SWT.

 

Tanda hasil istikharah adalah adanya kemantapan hati terkait pilihan, jika belum mantap maka boleh istikharah lagi. Jika sudah mantap namun terlihat ada aib pelamar yang terungkap maka boleh istikharah lagi. Jika dilaksanakan dengan hati yang neutral, dan sudah mantap, bukan bermaksud berdosa jika melakukan perkara yang berbeza daripada apa yang dia maksudkan dalam istikharahnya, namun hanya menunjukkan sikap kurang pasrah kepada Allah SWT. Hasil istikharah bukanlah harga mati yang mesti dilaksanakan sampai mati, suatu ketika bercerai pun tidaklah haram. Allaahu A’lam.

 

Doa Istikharah:

رَوَى الْبُخَارِيُّ وَمُسْلِمٌ عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَال: كَانَ رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُعَلِّمُنَا الاِسْتِخَارَةَ فِي الأُْمُورِ كُلِّهَا، كَالسُّورَةِ مِنَ الْقُرْآنِ إِذَا هَمَّ أَحَدُكُمْ بِالأَْمْرِ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ مِنْ غَيْرِ الْفَرِيضَةِ، ثُمَّ لِيُقَل:

ا

للَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ، وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ، وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِك الْعَظِيمِ، فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلاَ أَقْدِرُ، وَتَعْلَمُ وَلاَ أَعْلَمُ، وَأَنْتَ عَلاَّمُ الْغُيُوبِ. اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَْمْرَ خَيْرٌ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي – أَوْ قَال عَاجِل أَمْرِي وَآجِلِهِ – فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي، ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ، وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَْمْرَ شَرٌّ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي – أَوْ قَال عَاجِل أَمْرِي وَآجِلِهِ – فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِي عَنْهُ. وَاقْدُرْ لِي الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ، ثُمَّ رَضِّنِي بِهِ. قَال: وَيُسَمِّي حَاجَتَهُ.

(1)

 

قَال الْحَنَفِيَّةُ، وَالْمَالِكِيَّةُ، وَالشَّافِعِيَّةُ: يُسْتَحَبُّ افْتِتَاحُ الدُّعَاءِ الْمَذْكُورِ وَخَتْمُهُ بِالْحَمْدِ لِلَّهِ وَالصَّلاَةِ وَالتَّسْلِيمِ عَلَى رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ (2) .

 

 

#isitkharah #petunjuk #pilihan

Exit mobile version