Site icon MuslimahHTM News

Perjanjian 1909 Mengubah Geopolitik Wilayah Melayu

Perjanjian 1909 Mengubah Geopolitik Wilayah Melayu

 

Oleh: Aliya Ab Aziz

 

Ketika menjelaskan sejarah Perjanjian Inggeris-Siam 1909, Ustazah Zaharah, menyatakan bahawa perjanjian tersebut telah mengubah kedudukan geopolitik wilayah Melayu sehingga kesannya masih dirasai umat Islam, khususnya di selatan Thailand, hingga hari ini.

 

“Kesan dari perjanjian ini tadi, geopolitik, sempadan ciptaan penjajah ini telah merubah kedudukan asal negeri-negeri Melayu di utara, begitu juga yang berada di wilayah Thailand. Sampai ke hari ini, inilah garis sempadan yang telah mereka cipta dan diguna pakai sehingga ke hari ini,” ujarnya dalam Open Circle Muslimah bertajuk Perjanjian 1909, Sempadan, Luka dan Khilafah pada 4/10/2026 (Ahad).

 

Antara kesan langsung perjanjian tersebut, menurutnya, ialah wilayah Patani yang sebelumnya berada dalam satu kesatuan telah dipecahkan kepada beberapa kawasan.

 

“Jadi bermulalah episod duka negeri-negeri yang dikuasai oleh Siam, iaitu di kawasan Patani, Narathiwat, Yala, Songkhla dan Satun. Sebelum berlakunya perjanjian ini mereka ini semua bersatu di bawah Patani, tapi telah dipecah-pecahkan. Bila mereka pecah-pecahkan, mereka lemah, mereka tak dapat bersatu,” ujarnya.

 

Menurutnya lagi, keadaan itu kemudian disusuli pelaksanaan dasar asimilasi, termasuk dasar kebudayaan Ratthaniyom pada lewat 1930-an.

 

Beliau menerangkan, “Dasar ini ia nak jadikan satu kebudayaan total ke atas seluruh rakyat bagi membentuk satu identiti kebudayaan tunggal berteraskan nilai agama Buddha dan budaya Thai.”

 

“Penggunaan bahasa Melayu dalam urusan rasmi serta pendidikan Islam semuanya telah disekat. Kemudian ia juga telah menghapuskan mahkamah syariah yang menguruskan hal-hal orang Islam, lepas itu diterapkan sistem perundangan sivil ke atas umat Islam di wilayah-wilayah yang ditakluk ini,” sambungnya, sambil menegaskan bahawa langkah tersebut memberi kesan terhadap identiti masyarakat Islam yang telah lama berakar di wilayah berkenaan.

 

Keadaan itu dikatakan telah mendorong masyarakat di selatan Thailand mengemukakan beberapa tuntutan.

 

“Mereka menuntut supaya diadakan perkongsian kuasa secara autonomi. Kemudian mereka juga menuntut sebuah majlis syura. Kemudian juga penubuhan sistem kehakiman mahkamah syariah sebagaimana asalnya mereka duduklah,” jelasnya. []

 

#OneUmmah #SejarahUmatIslam #IbrahSejarah #TanahMelayu #GeopolitikUmat

 

Exit mobile version