Site icon MuslimahHTM News

Serangan Rejim Aliyev terhadap Hijab Menjadi Bukti Tambahan Ketundukannya kepada Amerika dan Entiti Y4hud1!

Serangan Rejim Aliyev terhadap Hijab Menjadi Bukti Tambahan Ketundukannya kepada Amerika dan Entiti Y4hud1!
(Terjemahan)

 

Di Azerbaijan—sebuah negara yang majoriti penduduknya beragama Islam—rejim sekular Aliyev mengusir para pelajar perempuan dan guru wanita dari sekolah serta institusi pendidikan hanya kerana mereka memakai khimar (tudung), iaitu pakaian syarie yang diwajibkan oleh Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Berkuasa! Keputusan zalim ini dibuat ketika rejim tersebut semakin memperkukuh pakatan ketenteraan dan keselamatannya dengan kuasa-kuasa penjajah seperti Amerika Syarikat dan entiti Israel, pada masa yang sama mengeratkan lagi hubungannya dengan rejim-rejim di Asia Tengah.

 

Selepas menandatangani piagam strategik bersama Naib Presiden Amerika Syarikat, J.D. Vance, dan selepas Perdana Menteri entiti Y4hud1, Benjamin Netanyahu, memuji usaha Aliyev untuk ‘memerangi ekstremisme’ dalam sepucuk surat bertarikh 12 Jun, rejim Aliyev secara terbuka mula melancarkan serangan terhadap khimar. Dengan tindakan itu, rejim Aliyev—seperti juga rejim-rejim di Asia Tengah—telah menampakkan wajah sebenarnya sepenuhnya, iaitu, wajah yang memusuhi Islam dan umat Islam. Bukanlah suatu rahsia bahawa sehingga baru-baru ini, pihak berkuasa Uzbekistan telah mengenakan sekatan terhadap pemakaian “niqab” dan “khimar” bagi pelajar perempuan di institusi pendidikan, selain melarang pelajar lelaki daripada menghadiri solat Jumaat dan solat “tarawih”. Begitu juga, Tajikistan telah menguatkuasakan undang-undang yang menindas pakaian sopan dan khimar, manakala Kazakhstan dan Kyrgyzstan pula mengenakan pelbagai sekatan terhadap amalan agama.

 

Para pemimpin Uzbekistan, Kazakhstan, Kyrgyzstan dan Tajikistan—dalam kerangka inisiatif C5+1 yang dipimpin Amerika Syarikat dan Perjanjian Abraham yang memudahkan hubungan rapat dengan entiti Y4hud1, selain melalui mesyuarat Pertubuhan Negara-negara Turkik serta pertemuan majlis keselamatan yang diadakan di Tashkent dan Baku—sedang bersekongkol menentang Islam bersama rejim Aliyev dengan berselindung di sebalik alasan “keselamatan dan memerangi ekstremisme”. Retorik kosong para pemimpin di rantau kita tentang “kesatuan Islam” tidak lebih daripada topeng yang memperdaya; ia sebenarnya berkhidmat untuk kepentingan serantau Amerika Syarikat dan entiti Y4hud1, serta digunakan untuk menindas rakyat Muslim mereka sendiri!

 

Oleh itu, melalui undang-undang dan dekri yang dikeluarkan pada Julai dan Oktober 2026, sistem pendidikan telah dipaksa menjadi sekular; mulai 12 Oktober, para pelajar perempuan yang memakai hijab tidak lagi dibenarkan memasuki sekolah, manakala 37 orang Muslim telah ditangkap di ibu negara, Baku, sahaja.

 

Apa yang menghairankan, semangat jihad yang tinggi dalam kalangan tentera Muslim merupakan faktor utama yang membantu rejim Aliyev dalam peperangannya menentang Armenia untuk merampas kembali kawasan tanah tinggi Karabakh. Hasilnya, putera-putera Muslim Azerbaijan yang gagah berani bertempur dengan penuh keberanian menentang tentera Armenia yang kufur, dan dengan darah serta nyawa mereka sendiri, mereka berjaya merampas kembali dan membebaskan wilayah Islam Karabakh daripada cengkaman penjajah yang menceroboh. Namun kini, sebagai balasan terhadap pengorbanan tersebut, rejim ini membalas mereka dengan menanggalkan tudung anak-anak perempuan dan wanita mereka!

 

Tidak syak lagi, keputusan rejim Azerbaijan yang dipimpin Aliyev ini telah menyebabkan setiap orang beriman berasa amat kecewa. Sebagai contoh, seorang veteran Perang Karabakh berkongsi sebuah rakaman video yang menyatakan:

 

“Saya mengorbankan tangan ini dalam peperangan demi tanah air saya. Kami tidak menumpahkan darah hanya untuk melihat mata anak-anak kami dipenuhi air mata dan mereka dihalang daripada pergi ke sekolah. Mereka yang menentang khimar sebenarnya menentang Allah. Kalian akan lenyap seperti mimpi ngeri—benar-benar seperti mimpi ngeri. Tidak pernah ada sesiapa yang menang dalam peperangan melawan Allah. Dan kepada golongan beragama yang hanya berdiam diri: sekalipun kalian solat seribu kali, tidak satu pun daripada solat kalian akan diterima.”

 

Pada masa ini, perarakan dan bantahan oleh umat Islam sedang berlangsung di seluruh Azerbaijan.

 

Bukanlah suatu rahsia kepada sesiapa bahawa khimar bukan sekadar sehelai kain yang boleh ditanggalkan sesuka hati kerana undang-undang negara atau atas nama sekularisme; sebaliknya, ia merupakan pakaian yang diwajibkan oleh syarak. Allah Yang Maha Kuasa berfirman:

 

[وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ ۖ…]

“..dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka;…”
[TMQ An-Nur (24):31]

 

Memaksa wanita Muslim menanggalkan tudung mereka demi mendapatkan pendidikan merupakan perang terbuka terhadap hukum Allah. Allah Yang Maha Kuasa berfirman:

 

أَفَحُكْمَ ٱلْجَـٰهِلِيَّةِ يَبْغُونَ ۚ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ ٱللَّهِ حُكْمًا لِّقَوْمٍ يُوقِنُونَ ٥٠

“Apakah hukum Jahiliah yang mereka kehendaki? Dan siapakah yang lebih baik hukumnya daripada Allah bagi kaum yang yakin? Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal – kepada orang-orang yang penuh keyakinan – tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah.”
[TMQ Al-Ma’idah (5):50]

 

Kami menyatakan solidariti bersama umat Islam di Azerbaijan dan turut berkongsi semangat bantahan mereka. Kami juga mengecam sekeras-kerasnya keputusan buruk oleh rejim Aliyev ini—suatu keputusan yang menggembirakan orang-orang kafir dan Y4hud1, tetapi mengundang kemurkaan serta azab Allah, di samping menginjak-injak maruah dan kehormatan umat Islam!

 

Selain itu, kami menyeru seluruh umat Islam—di Azerbaijan, Asia Tengah dan di tempat-tempat lain—agar berhenti mengharapkan sebarang kebaikan daripada rejim-rejim zalim yang membebani kehidupan mereka. Sebaliknya, mereka hendaklah berusaha dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan untuk mengembalikan Islam ke tampuk pemerintahan serta menegakkan Khilafah atas manhaj kenabian.

 

Pejabat Media Hizbut Tahrir
di Uzbekistan

 

Exit mobile version