[Siri Ulama Wajib Meluruskan Pemimpin]
Pemimpin Jangan Antikritikan
Sebagaimana yang diketahui, kekuasaan merupakan amanah yang Allah SWT titipkan kepada seseorang pemimpin. Pemimpin ialah manusia biasa yang boleh melakukan kesilapan. Oleh itu, pemimpin tidak seharusnya menganggap dirinya berada di atas nasihat dan teguran.
Hal inilah yang ditunjukkan, antaranya, oleh Saidina Abu Bakar as-Siddiq RA. Dalam ucapan awal kekhalifahannya, beliau dengan tegas menyatakan:
فَإِنْ أَحْسَنْتُ فَأَعِيْنُوْنِي وَإِنْ أَسَأْتُ فَقَوِّمُوْنِي
“Jika aku berbuat baik, bantulah aku. Jika aku berbuat buruk, perbetulkanlah aku.” (M. Husain Haikal, Hayah Muhammad SAW, 1/97).
Pesanan tersebut menunjukkan satu prinsip penting dalam etika kepimpinan, iaitu pemimpin tidak boleh meletakkan dirinya mengatasi kebenaran. Kritikan yang benar sewajarnya diterima dengan hati yang terbuka, manakala kritikan yang tersasar boleh dijawab dengan hujah dan argumentasi.
[Buletin Dakwah Kaffah – Edisi 462]
#MuhasabahPemimpin #Ulama #UlamaTiangPeradabanIslam #Kepimpinan #Dakwah #AmarMakrufNahiMungkar

