Site icon MuslimahHTM News

[Perjanjian Antarabangsa] Perjanjian Ekstradisi Pelaku Jenayah   

[Perjanjian Antarabangsa] Perjanjian Ekstradisi Pelaku Jenayah                                                                                                                                       

 

Penulis: Iyad Hilal

 

Perjanjian ekstradisi untuk penjenayah ialah perjanjian yang mewajibkan sesebuah negara mematuhi kandungan perjanjian untuk menyerahkan seseorang atau beberapa individu di wilayahnya kepada negara lain yang meminta agar individu itu diserahkan untuk dibicarakan atas jenayah yang dituduh kepadanya atau melaksanakan hukuman yang telah diputuskan untuknya oleh mahkamah negara yang meminta ekstradisi tersebut.

 

Pemulangan penjenayah ini dijalankan mengikut perjanjian yang telah disepakati. Perjanjian ini mengatur prosedur penyerahan diri dan mengehadkan bilangan individu yang boleh dipulangkan, termasuk jenis jenayah yang memerlukan ekstradisi. Banyak negara akan mengikuti tradisi antarabangsa sekiranya tiada perjanjian sedemikian.

 

Dalil Disyariatkannya Perjanjian Ekstradisi

 

 

Orang yang membolehkan perjanjian ini melakukan istidlal menggunakan sunnah Rasulullah SAW. Menurut mereka, terkandung dalam Perjanjian Hudaibiyah bahawa umat Islam memulangkan penduduk Islam Mekah yang datang kepada mereka. Ini menunjukkan bahawa negara asing boleh meminta untuk memulangkan rakyat mereka atas jenayah yang mereka lakukan di negara mereka. Kami menganggap pendapat yang membenarkan syarat ini sebagai pendapat yang rajih dan tidak menganggap penerimaan syarat seperti ini hanya khusus untuk Rasulullah SAW sahaja.

 

 

Syarat-syarat Sah bagi Perjanjian Ekstradisi

 

Selain syarat-syarat yang mesti dipenuhi dalam setiap perjanjian, adalah juga wajib untuk memenuhi syarat-syarat tertentu dalam perjanjian ini.

 

  1. Disyaratkan agar individu yang diminta untuk diektradisi bukan termasuk rakyat Negara Islam. Ini kerana negara Islam menghukum rakyatnya atas semua jenayah yang dilakukan di dalam dan di luar negara Islam.

 

  1. Disyaratkan agar jenayah yang dilakukan adalah di luar Negara Islam. Ekstradisi tidak terpakai kepada warga asing yang melakukan jenayah di dalam negara Islam. Ini kerana negara berhak mengenakan hukuman ke atas sesiapa sahaja yang melakukan jenayah di dalam negara Islam.

 

Di dalam perjanjian ekstradisi terdapat beberapa hukum lain.

 

1.Dibolehkan tiada pampasan (timbal balik), seperti negara Islam perlu memulangkan penduduk negara-negara tertentu, manakala negara-negara lain tidak perlu memulangkan penduduk negara Islam kepada kita. Ini berlaku dalam Perjanjian Hudaibiyah, di mana tiada teks yang mewajibkan timbal balik.

 

2.Tiada perbezaan antara jenayah yang membenarkan ekstradisi dengan jenayah yang tidak membenarkan ekstradisi. Tiada perbezaan antara satu jenayah dengan jenayah yang lain. Negara Islam tidak seharusnya mendiskriminasi mereka yang mungkin diekstradisi. Negara bertindak mengikut apa yang difikirkannya sesuai dalam setiap situasi.

 

  1. Adalah dibenarkan untuk memulangkan penjenayah walaupun jenayah yang dilakukannya mengikut hukum syarak tidak dianggap sebagai jenayah. Quraisy menganggap bahawa seseorang yang masuk Islam adalah satu jenayah, meskipun perkara ini tidak dianggap jahat dalam Islam. Walau bagaimanapun, Rasulullah SAW secara konsisten memulangkan orang Islam yang datang dari Quraisy kepada mereka.

 

  1. Boleh mengekstradisi seseorang ke negara selain negara asal mereka jika perkara ini dinyatakan dalam teks perjanjian.

 

  1. Ekstradisi tidak dilakukan kepada negara lain tanpa adanya perjanjian yang menyebutkan perkara tersebut. Ini kerana hal ini bertentangan dengan definisi keamanan yang diberikan Negara Islam kepadanya. Keadaan ini sudah tentu berbeza jika ekstradisi merupakan pelaksanaan sesuatu perjanjian, kerana tiada konflik antara pelaksanaan perjanjian dan definisi keamanan. Pada ketika itu, keamanan diukur berdasarkan prinsip pengikatan terhadap perjanjian.

 

Sumber: Iyad Hilal, Perjanjian-Perjanjian Internasional dalam Pandangan Islam.

 

 

#PerjanjianAntarabangsa #Ekstradisi

Exit mobile version