Site icon MuslimahHTM News

[Perjanjian Antarabangsa] Perjanjian Umum dalam Bidang Kesihatan, Penerbangan, Perkhidmatan Pos, dan Telekomunikasi

[Perjanjian Antarabangsa] Perjanjian Umum dalam Bidang Kesihatan, Penerbangan, Perkhidmatan Pos, dan Telekomunikasi

 

Penulis: Iyad Hilal

 

Perjanjian ini melibatkan lebih daripada dua buah negara dan bertujuan untuk mengatur pelbagai perkara, seperti kesihatan, penerbangan awam, perkhidmatan pos dan telekomunikasi, telefon serta lain-lain. Mesyuarat dan persidangan antarabangsa diadakan bagi menangani segala isu yang berkaitan dengan perkara-perkara tersebut.

 

Sebelum ini, negara-negara tersebut telah dijemput untuk menghadiri persidangan antarabangsa yang mengadakan perbincangan sehingga ke peringkat perjanjian atau kesepakatan bersama yang mengatur segala perkara yang dibincangkan. Tiada larangan menurut syarak untuk menyertai perjanjian dan persidangan seumpama itu, selagi topik yang dibincangkan dan diatur merupakan perkara-perkara yang dibenarkan.

 

Ini termasuk perkara-perkara yang berkaitan dengan kesihatan, penerbangan awam, dan telekomunikasi/telefon. Walau bagaimanapun, sekiranya perkara yang hendak dibincangkan dan diaturkan itu merupakan perkara yang haram di sisi syarak, Negara Islam tidak boleh terlibat sebagai salah satu pihak yang menandatangani perjanjian tersebut. Begitu juga, tidak dibenarkan untuk menyertai pertemuan-pertemuan yang bertujuan membincangkan perkara tersebut.

 

Dalil Dibolehkan Menyertai Perjanjian dan Persidangan Ini

 

Sebelum diutus sebagai Nabi, Rasulullah SAW menghadiri satu pertemuan yang dianjurkan oleh kaum Quraisy. Pertemuan yang turut disertai oleh anak-anak kabilahnya dikenali sebagai Hilf al-Fudhul. Dalam pertemuan tersebut, mereka bersepakat untuk membela golongan yang tertindas sehingga hak mereka diberikan kepadanya.

 

Apabila Islam datang, Rasulullah SAW pernah bersabda: “Aku pernah menyaksikan satu perjanjian di rumah Abdullah bin Jad’an yang lebih aku sukai berbanding unta merah. Sekiranya aku diundang semula untuk menyertainya pada zaman Islam, nescaya aku akan memenuhinya.”

 

Hilf al-Fudhul merupakan satu pertemuan yang diadakan untuk memberikan had (hukuman) terhadap perbuatan pemberontakan dan permusuhan. Bagi memudahkan perkara ini, satu dokumen perjanjian telah digubal dan dipersetujui oleh kabilah-kabilah yang terlibat, yang berkumpul untuk menegakkan kebenaran, menghapuskan kebatilan, dan membantu golongan yang tertindas.

 

Perjanjian seumpama ini termasuklah perjanjian yang selari dengan syariat Islam dari sisi topik perbincangan yang dikaji dalam pertemuan tersebut untuk dipersetujui, termasuklah dari segi keputusan yang terhasil. Sabda Rasulullah SAW, “Jika aku diundang lagi pada zaman Islam, nescaya aku akan hadir,” menjadi dalil diperbolehkan perjanjian sebegini. Pada masa yang sama, ia juga menjadi dalil dibolehkan menyertai persidangan antarabangsa dan perjanjian kolektif yang diadakan untuk membincangkan serta mengatur perkara-perkara yang diharuskan dan memberi manfaat kepada umat.

 

Bagi perkara-perkara yang diharamkan, seperti pengaturan aktiviti artis dan sebagainya, maka negara dilarang diharamkan terlibat dalam persidangan yang membincangkan perkara-perkara tersebut dan tidak dibenarkan menghadiri pertemuan mereka.

 

Sumber: Iyad Hilal, Perjanjian-Perjanjian Internasional dalam Pandangan Islam.

 

#PerjanjianAntarabangsa

 

Exit mobile version