Surat Terbuka kepada Pihak Berkuasa Azerbaijan: Pengharaman Khimar Tidak Akan Melindungi Sekularisme Anda
(Terjemahan)
Kepada rejim sekular yang autoritarian di Azerbaijan,
Larangan terdesak yang anda kenakan terhadap pakaian Islam (khimar/penutup kepala dan jilbab/pakaian untuk kehidupan di tempat awam) di sekolah-sekolah dan institusi awam, di sebuah negara yang 96% penduduknya terdiri daripada umat Islam, bukanlah sekadar langkah yang tidak mempunyai maksud tersirat berkaitan pakaian sebagaimana yang anda dakwa. Sebaliknya, ia merupakan manifestasi jelas ketaatan membuta tuli anda terhadap ideologi sekular Barat yang rosak. Dengan memerangi syariat Allah SWT, anda telah meletakkan diri anda dalam kalangan musuh Islam secara terang-terangan dan musuh kepada umat Islam yang mulia.
Rejim anda, sebagaimana semua pemerintah lain di negeri-negeri umat Islam yang memerintah dengan selain daripada apa yang telah diturunkan oleh Allah SWT, tidak lebih daripada boneka di tangan Barat. Disebabkan ketakutan anda terhadap kebangkitan Islam yang pasti akan berlaku, anda sedang berusaha memaksa umat Islam di Azerbaijan meninggalkan identiti agama mereka demi menerima model Barat yang telah muflis. Anda sedang menyerang kehormatan dan kesucian saudari-saudari kami demi memaksakan sebuah masyarakat sekular yang terpisah sepenuhnya daripada Islam.
Selain itu, kerjasama politik dan ketenteraan anda yang memalukan dengan entiti Yahudi, sikap berdiam diri anda yang pengecut, serta penglibatan aktif anda dalam pembunuhan beramai-ramai yang telah menimpa saudara-saudari kami di Palestin, merupakan dosa yang tidak dapat diampunkan dan beban berat yang terpikul di bahu anda. Seolah-olah pengkhianatan terhadap umat Islam ini masih belum mencukupi, kini anda pula memperhebatkan konflik dalaman dengan mengharamkan khimar yang dipakai oleh saudari-saudari kami.
Bukanlah suatu kebetulan, memandangkan kerjasama anda dengan sekutu-sekutu anda dalam entiti Yahudi, apabila anda dengan sengaja membenarkan pengaruh golongan penindas ini menyusup masuk ke dalam sistem pendidikan di Azerbaijan. Persamaan antara rejim anda yang rosak dengan penjajah Zionis amat jelas, iaitu kebencian yang berakar umbi terhadap Islam serta usaha bersama yang terdesak untuk memerangi dan menghapuskan agama Allah SWT.
Namun begitu, apabila kekuasaan anda terancam, sebagaimana yang berlaku semasa peperangan terakhir dengan Armenia, anda tidak teragak-agak walau sesaat pun untuk mengeksploitasi sentimen Islam yang tulus dalam kalangan rakyat. Anda menghantar lelaki-lelaki beriman ke barisan hadapan medan perang. Mereka berjuang dengan lafaz takbir di bibir mereka; malah mereka telah mengorbankan nyawa demi mempertahankan negara. Di medan perang, semangat mereka yang berkobar-kobar untuk berjuang dibenarkan menjadi bahan bakar dan peluru bagi meriam-meriam perang.
Namun, bagaimana pula dengan penghargaan anda terhadap mereka? Sebaik sahaja asap peperangan reda dan takhta sekular anda kembali terjamin, anda dengan pengecutnya berpaling menentang keluarga para tentera itu sendiri. Walaupun golongan lelaki beriman ini telah mengorbankan darah mereka, kini anda tanpa belas kasihan menanggalkan khimar daripada kepala anak-anak perempuan mereka dan menghalang mereka daripada bersekolah. Anda sedang memaksa anak-anak perempuan kepada lelaki-lelaki yang telah berjuang demi anda supaya memastikan sekularisme diktator anda mengatasi perintah-perintah Islam. Inilah tahap pengkhianatan yang paling dahsyat.
Ketahuilah bahawa khimar bukanlah persoalan pilihan peribadi, hak demokrasi atau “hak asasi manusia”, sebagaimana yang didakwa oleh institusi-institusi Barat. Sebaliknya, ia merupakan perintah Ilahi daripada Pencipta langit dan bumi. Sesiapa yang memerangi salah satu kewajipan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT, maka dengan perbuatannya itu dia mengundang kemurkaan Allah SWT ke atas dirinya di dunia dan di akhirat.
Umat Islam di Azerbaijan merupakan sebahagian daripada umat Islam sedunia yang mulia, yang tidak akan membiarkan kezaliman sekular dan pengaruh asing Barat menghancurkan kesatuan mereka. Sejarah telah mengajar kita bahawa setiap rejim yang pernah berusaha menghapuskan Islam akhirnya mengalami keruntuhan.
Perlindungan sebenar terhadap kehormatan wanita Muslim serta jaminan tertegaknya sebuah masyarakat yang mengamalkan Islam secara menyeluruh tidak akan tercapai melalui tindakan merayu hak daripada rejim-rejim ejen yang bersekongkol dengan musuh-musuh Islam. Sebaliknya, semua itu hanya akan tercapai melalui kembalinya kepimpinan Islam yang sebenar. Khilafah Rasyidah (Khilafah yang mendapat petunjuk) yang berlandaskan manhaj kenabianlah yang akan memutuskan hubungan dengan musuh-musuh, melaksanakan syariat Allah SWT, menghapuskan kezaliman serta membebaskan umat Islam di seluruh dunia daripada para pemerintah yang memerangi agama mereka.
Ketahuilah bahawa kemenangan adalah milik Islam, dan kejatuhan rejim-rejim yang menindas hanyalah menunggu masa. Oleh itu, kembalilah kepada perintah-perintah Allah SWT sebelum kehinaan menimpa anda di dunia dan azab menanti anda di akhirat.
“Dan Allah Maha Kuasa melakukan segala perkara yang telah ditetapkanNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” [TMQ Yusuf (12): 21]
Hizbut Tahrir Belanda
H: 8 Jamadilawal 1448
M: Isnin, 19 Oktober 2026
#Azerbaijan #HijabOurPride #Hijab

