Site icon MuslimahHTM News

Ulama Mendepani Perjuangan Ummah, Menyatakan Kebenaran dan Mewujudkan Kepimpinan yang Soleh

[Siri Ulama Wajib Meluruskan Pemimpin]

Ulama Mendepani Perjuangan Ummah, Menyatakan Kebenaran dan Mewujudkan Kepimpinan yang Soleh

 

Rasulullah SAW juga bersabda:
مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ، وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ
“Sesiapa antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Jika dia tidak mampu, maka dengan lisannya. Jika dia tidak mampu, maka dengan hatinya. Yang demikian itu adalah selemah-lemah iman.”(HR Muslim).

 

Hadis ini menjadi asas kepada kewajipan mencegah kemungkaran, tanpa mengira siapa yang melakukannya. Pemimpin juga tidak terkecuali daripada kewajipan tersebut. Malah, kerana keputusan pemimpin boleh mempengaruhi kehidupan masyarakat secara meluas, teguran terhadap dasar pemimpin yang zalim atau bertentangan dengan syariah mempunyai kepentingan yang besar. Oleh sebab itu, Rasulullah SAW juga bersabda:

أَفْضَلُ الْجِهَادِ كَلِمَةُ حَقٍ عِنْدَ سُلْطَانٍ جَائِرٍ
“Jihad yang paling utama adalah menyatakan kebenaran di hadapan penguasa zalim.” (HR Ahmad).

Hadis tersebut menunjukkan tingginya kedudukan keberanian moral dalam menyampaikan kebenaran di hadapan pemimpin yang melakukan kezaliman.

 

[Buletin Dakwah Kaffah – Edisi 462]

#MuhasabahPemimpin #Ulama #UlamaTiangPeradabanIslam #Kepimpinan #Dakwah #AmarMakrufNahiMungkar

Exit mobile version