Menggerakkan Sekutu Serantau Amerika
Oleh: Ustaz Saeed Fadl (Anggota Pejabat Media Hizbut Tahrir di Wilayah Mesir)
Amerika telah gagal mencapai tujuan-tujuan perang yang dia lancarkan terhadap Iran. Tersingkap kelemahan dan ketidakmampuannya dalam mewujudkan sasaran serangannya. Akan tetapi, sekutu-sekutunya di kawasan tidak menerima kenyataan tersebut dengan baik. Kerana itu, sejak perang Amerika terhadap Iran meletus sekitar empat bulan yang lalu, mereka tidak dapat tidur nyenyak. Mereka berusaha mengamankan kemenangan bagi tuan mereka, Trump, atau setidaknya membantu mengeluarkan dia daripada kesukaran yang dia hadapi sambil menyelamatkan mukanya.
Dalam konteks kekhuatiran bersama inilah pertemuan perundingan keempat para menteri luar Mesir, Turki, Arab Saudi dan Pakistan telah diadakan di Kaherah pada 21 Jun 2026. Pertemuan itu berlangsung dalam rangka kerja “mekanisme koordinasi kuadrilateral” yang telah terbentuk sejak beberapa bulan sebelumnya, di tengah-tengah ketegangan serantau yang semakin meningkat, khususnya terkait isu Iran.
Pertemuan itu menjadi ruang untuk saling bertukar pandangan mengenai perkembangan serantau dan antarabangsa. Pertemuan itu sekaligus menegaskan kembali komitmen untuk terus melakukan rundingan dan koordinasi di antara keempat negara dalam menyokong perdamaian, keamanan, kestabilan dan kemakmuran di seluruh Timur Tengah dan kawasan yang lebih luas.
Pertemuan tersebut berbeza dengan pertemuan-pertemuan “negara-negara ejen” yang diselenggarakan untuk membahas isu-isu yang menjadi perhatian nasional. Pertemuan-pertemuan itu biasanya tidak lebih daripada pembaziran kekayaan kaum Muslim dan membuang waktu para peserta mahupun pemerhati. Akan tetapi, pertemuan ini bukan sekadar acara istiadat. Sebaliknya, pertemuan tersebut secara langsung berkaitan dengan usaha merumuskan sikap serantau terhadap pendekatan kembali hubungan Amerika Syarikat dan Iran; sekaligus mempertimbangkan kesan yang mungkin timbul terhadap keamanan Teluk Arab dan kawasan Syam, serta terhadap tenaga, laluan perkapalan dan rantaian bekalan antarabangsa.
Di samping itu, pelbagai laporan diplomatik menunjukkan bahawa “Kuartet Kaherah” membincangkan kemungkinan mengembangkan mekanisme ini melangkaui isu Iran. Matlamatnya adalah untuk mengubahnya menjadi rangka kerja yang lebih berinstitusi dan berterusan.
Menurut kenyataan rasmi Kementerian Luar Turki, pertemuan itu diadakan di Kaherah atas jemputan Mesir. Kenyataan itu berkata bahawa pertemuan itu memberi peluang untuk pertukaran pandangan yang mendalam mengenai perkembangan serantau dan antarabangsa dan menegaskan semula kepentingan perundingan dan penyelarasan berterusan antara empat negara.
Laporan media Arab menambah bahawa perbincangan itu meluas. Bukan sahaja mengenai Iran, tetapi juga meliputi perang di Gaza, situasi di Sudan dan Libya, serta perkembangan di Tanduk Afrika. Namun demikian, isu Iran tetap menjadi agenda utama kerana hubungan langsungnya dengan perundingan Amerika Syarikat–Iran dan Memorandum Persefahaman yang ditandatangani di Islamabad.
Laporan-laporan tersebut juga menunjukkan bahawa pertemuan itu berlangsung bersamaan dengan manuver diplomatik yang lebih luas yang bertujuan menyokong jalur perundingan. Dengan itu Amerika Syarikat dapat mencapai tujuan-tujuan yang gagal dia raih melalui jalan ketenteraan terhadap Iran. Pada masa yang sama, jalur ini bertujuan untuk menarik Iran ke dalam projek Amerika “Timur Tengah Baharu” dan Perjanjian Abraham. Hal itu diharapkan dapat membuka jalan menuju normalisasi hubungan dengan entiti Yahudi.
Oleh kerana ejen-ejen Amerika di Pakistan bertindak sebagai arkitek yang membawa Iran ke dalam perangkap rundingan, kenyataan bersama itu dengan tegas menyambut penandatanganan Memorandum Persefahaman Islamabad antara Amerika Syarikat dan Iran pada 18 Jun 2026. Kenyataan itu memuji langkah ini sebagai langkah membina ke arah pengurangan ketegangan dan penamatan konflik yang menimbulkan risiko besar terhadap keamanan dan kestabilan serantau. Risiko ini khususnya mengancam kuasa penjajah di rantau ini, yang diketuai oleh Amerika Syarikat, serta pasaran tenaga global, laluan perkapalan, rantaian bekalan dan perdagangan antarabangsa.
Sesungguhnya kesan ekonomi terhadap kuasa-kuasa penjajah ini jauh lebih besar daripada kesannya terhadap negara-negara di rantau ini. Negara-negara ini diperintah oleh para pencuri yang tidak memiliki niat untuk meringankan penderitaan rakyat akibat krisis. Sebaliknya, satu-satunya “penyelesaian” yang mereka lakukan adalah menaikkan cukai, pelbagai pungutan dan harga komoditi dengan alasan harga minyak dunia yang meningkat.
Lebih jauh lagi, ejen-ejen pencuri tersebut menekankan kepentingan untuk meneruskan dengan cepat dan berjaya ke fasa rundingan seterusnya bagi mengukuhkan kedudukan tuan mereka, Amerika, membawa “Iran baharu” di bawah perlindungan Amerika, dan menghalang Iran daripada melepaskan diri daripada lingkungan pengaruh Amerika.
Didorong oleh kebimbangan terhadap kemungkinan tercetusnya pemberontakan di rantau ini,- lebih-lebih lagi apabila perkembangan di Iran telah membangkitkan keberanian pihak-pihak lain untuk membebaskan diri daripada hegemoni Barat, khususnya hegemoni Amerika Syarikat dan para pegawai yang bertindak di bawah arahannya,- Amerika Syarikat telah menjadikan penyelesaian isu-isu keselamatan negara-negara di rantau ini, terutamanya yang melibatkan keselamatan Teluk Arab dan wilayah Syam, sebagai syarat bagi memberikan sokongan terhadap proses rundingan.
Ini mendedahkan bahawa pendirian rasmi keempat-empat negara itu bukan sekadar untuk menyokong sebarang perjanjian antara Amerika Syarikat dan Iran. Mereka juga menyokong perjanjian yang bergantung pada ketundukan Iran yang sebenar kepada Amerika Syarikat. Dengan demikian kesepakatan tersebut tidak menghidupkan semula corak persefahaman dua hala yang mengabaikan kepentingan Amerika.
Pertemuan itu jelas bukan rundingan antara pemerintah sebenar, tetapi antara ejen yang menjalankan tugas untuk tuan mereka, Amerika Syarikat. Kerana itu pertemuan tersebut tidak menghasilkan keputusan-keputusan eksekutif yang diumumkan secara terbuka dalam pengertian institusi yang ketat. Akan tetapi, pertemuan itu menghasilkan serangkaian hasil politik yang jelas, yang mencerminkan hakikat, motif dan tujuan sebenarnya daripada pertemuan tersebut.
Hasil pertama ialah sokongan Kuartet Kaherah yang diperkukuh terhadap Memorandum Persefahaman Amerika Syarikat-Iran sebagai asas untuk mengekalkan kehadiran Amerika di rantau ini dan memenuhi kepentingan dan hegemoninya.
Hasil kedua adalah seruan yang tegas untuk mempercepatkan rundingan selanjutnya ke arah penyelesaian akhir yang akan membolehkan Amerika mengenakan kehendaknya ke atas Iran.
Hasil ketiga adalah pengukuhan prinsip bahawa pertimbangan keselamatan yang berkaitan dengan pengaruh Amerika ke atas negara-negara serantau mesti menjadi sebahagian daripada sebarang perjanjian akhir.
Selain itu, pelbagai sumber diplomatik mendedahkan perbincangan tentang memperluaskan mekanisme penyelarasan Kuartet Kaherah kepada mekanisme yang lebih luas yang boleh merangkumi isu-isu lain, seperti Palestin dan Sudan.
Jika butiran ini terbukti tepat, pertemuan ini bukan sekadar persinggahan sementara, tetapi sebaliknya menjadi asas bagi forum Kuartet Kaherah yang bersifat konspiratif, yang bertujuan untuk memainkan peranan serantau yang lebih luas dan lebih berbahaya dalam melaksanakan rancangan dan projek Amerika di seluruh negeri kaum Muslim.
Pertemuan Kuartet Kaherah menunjukkan adanya konsensus serantau yang semakin berkembang untuk lebih mengutamakan penyelesaian melalui rundingan dengan Iran daripada konfrontasi ketenteraan. Namun demikian, konsensus tersebut tetap bersifat bersyarat dan disertai dengan pelbagai ketentuan yang secara jelas berkaitan dengan pemaksaan hegemoni Amerika atas kawasan Teluk dan Syam, serta mengenai masa depan pengaturan keamanan kawasan dari perspektif Amerika.
#global #politikdunia #KonflikTimurTengah #PerangAmerikaIran

