“Kelak sepeninggalan ku, akan ada khulafa (para penguasa), mereka menjalankan apa yang ketahui, mengerjakan apa yang diperintahkan. Dan kelak, sepeninggalan mereka, akan ada khulafa, mereka menjalankan apa yang mereka tidak ketahui, mengerjakan apa yang tidak diperintahkan. Barangsiapa mengingkari (mereka), dia bebas. Barangsiapa menahan diri, dia selamat. Tetapi siapa yang redha (dengan mereka) dan mengikutinya, (maka) dia tidak akan terbebas dan tidak akan selamat.” (HR Ibnu Hibban No. 6784)
Penjelasan :
- Siapa saja yang menyaksikan kerosakan dalam penerapan Islam oleh penguasa, kemudian dia memuhasabah atau meluruskan kesalahan tersebut dengan tangan mahupun dengan kata-katanya, dia terbebas dari dosa yang diperbuat oleh penguasa.
- Perkara yang sama berlaku bagi siapapun yang tidak dapat memuhasabah kesalahan tersebut disebabkan kerana rasa takut atau kemampuan dirinya terbatas, selagi mana dia tidak ada peranan atau menyokong kesalahan penguasa tersebut.
- Frasa “wa lakin…” (tetapi siapa saja yang meredhai dan mengikutinya) menunjukkan sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam Nawawi bahawa siapa saja yang berasa tenang ketika menyaksikan kerosakan, maka mereka itu berdosa
- Dalam riwayat Imam Muslim, sebuah persoalan muncul dari para Sahabat, iaitu adakah mereka perlu memerangi (penguasa yang melakukan kerosakan)? Rasulullah menjawab, “Tidak, selama mereka masih menegakkan solat”. Perkara ini pernah kita bahaskan di bahagian yang lain.
- Oleh kerana itu, dapat disimpulkan bahawa orang yang hidup tenang iaitu mereka yang merasa tenang dan mengikuti segala polisi penguasa yang menerapkan hukum Islam tetapi melakukan kerosakan, dia termasuk di kalangan orang-orang yang berdosa. Dengan itu, alangkah besarnya dosa orang-orang yang merasa tenang dan santai saja mengikuti polisi penguasa yang menerapkan hukum-hukum kufur baik di negari kaum muslimin ataupun di tempat-tempat lain.