PUASA SYAWAL
Dalam sebuah hadis disebutkan,
حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ أَيُّوبَ وَقُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ وَعَلِيُّ بْنُ حُجْرٍ جَمِيعًا عَنْ إِسْمَعِيلَ قَالَ ابْنُ أَيُّوبَ حَدَّثَنَا إِسْمَعِيلُ بْنُ جَعْفَرٍ أَخْبَرَنِي سَعْدُ بْنُ سَعِيدِ بْنِ قَيْسٍ عَنْ عُمَرَ بْنِ ثَابِتِ بْنِ الْحَارِثِ الْخَزْرَجِيِّ عَنْ أَبِي أَيُّوبَ الْأَنْصَارِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّهُ حَدَّثَهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ
“Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Ayyub dan Qutaibah bin Sa’id dan Ali bin Hujr semuanya daripada Isma’il – Ibnu Ayyub berkata – Telah menceritakan kepada kami Isma’il bin Ja’far telah mengabarkan kepadaku Sa’d bin Sa’id bin Qais dari Umar bin Tsabit bin Harits Al Khazraji daripada Abu Ayyub Al Anshari radhiallahu ‘anhu, bahawa dia telah menceritakan kepadanya bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya (meneruskannya) dengan puasa enam hari di bulan Syawal, maka yang demikian itu seolah-olah dia berpuasa terus menerus sepanjang tahun.” (HR. Muslim no. 1984).
Para ulama berbeza pendapat dalam memaknai hadis ini:
- Mazhab Malik dan Abu Hanifah menghukuminya sebagai makruh dengan alasan khuatir puasa 6 hari di bulan Syawal dianggap wajib.
- Mazhab Syafie dan Hanbali menghukuminya sebagai sunnah.
Puasa sunnah 6 hari di bulan Syawal termasuk amalan yang berat dilaksanakan. Bagaimana tidak berat? Baru saja menyelesaikan puasa sebulan penuh di bulan Ramadhan, puasa pula 6 hari di bulan setelahnya (Syawal). Sudah tentu bulan Syawal masih ramai kunjungan silaturrahmi antara sanak saudara dan juga dalam tempoh cuti. Jika sudah namanya silaturrahmi dan waktu cuti, tentu identik dengan makan-makan. Kita dapat membayangkan betapa sabarnya orang yang berpuasa di hadapan orang yang umumnya makan dan minum secara bebas bukan?
Mengapa Rasulullah memperumpamakan bahawa orang yang berpuasa penuh di bulan Ramadhan dan meneruskan puasa 6 hari di bulan Syawal seakan-akan berpuasa setahun penuh? Para ulama cuba memaknai bahawa setiap satu kebaikan digandakan menjadi 10. Puasa Ramadhan 30 hari digandakan 10 kali menjadi 300 hari. Manakala 6 hari di bulan Syawal jika didarab 10, maka hasilnya menjadi 60. Jumlah hari dalam setahun lebih kurang adalah 360.
Adakah wajib berturut-turut, bermula pada tanggal 2 Syawal hingga tanggal 7 Syawal? Idealnya begitu, afdhalnya begitu, 6 hari berturut-turut. Lalu bagaimana jika dilaksanakan 6 hari tapi tidak berturut atau selang-seli, yang penting 6 hari di bulan Syawal? Jawapannya sudah tentu boleh. Wallahua’lam. (Sumber: Pusat Kajian Hadis)
🔴 Pusat Pendidikan Hadits Ma’had Khadimus Sunnah Bandung
#PuasaSyawal #PuasaEnam #SunnahSyawal