Al-Imam al-Muwaffaq Muhammad as-Safarainy rahimahullah menjelaskan,
فاغتنم رحمك الله حياتك النَّفيسة، واحتفظ بأوقاتك العزيزة، واعلم أن مدَّة حياتِك محدودةٌ، وأنفاسك معدودةٌ، فكلُّ نفسٍ ينقص به جزء منك
“Manfaatkanlah, semoga Allah merahmatimu, hidupmu yang berharga dan jagalah sebaik-baiknya waktumu yang mahal. Ketahuilah bahawa masa hidupmu terbatas, sedangkan nafas-nafasmu boleh dikira. Oleh itu, setiap nafasmu akan mengurangkan sebahagian dirimu.
والعمر كله قصير، والباقي منه هو اليسير، وكل جزءٍ منه جوهرةٌ نفيسةٌ لا عدل لها، ولا خُلف منها، فإنَّ بهذه الحياة اليسيرة خلودُ الأبد في النَّعيم، أو العذاب الأليم
Umur itu semuanya pendek, sedangkan yang tinggal darinya hanyalah sedikit. Setiap bahagian darinya merupakan permata yang sangat berharga. Ia tiada bandingannya dan tiada gantinya. Kerana, dengan hidup yang singkat ini, boleh jadi akan mencapai keabadian yang kekal dalam kenikmatan atau dalam azab yang pedih.
وإذا عادلتَ هذه الحياة بخلود الأبد علمتَ أنَّ كلَّ نَفَسٍ يعدلُ أكثر من ألف ألف ألف عام في نعيم لا خطر له، أو خلاف ذلك، وما كان هكذا فلا قيمة له
Jika engkau membandingkan kehidupan ini dengan keabadian yang kekal, engkau akan mengetahui bahawa setiap nafas lebih berharga berbanding satu bilion tahun dalam kenikmatan yang tidak dapat dibayangkan, atau boleh jadi sebaliknya (dalam azab, -pent.). Sudah tentu, apabila keadaannya demikian, umur tidak ternilai harganya.
فلا تُضَيِّع جواهرَ عُمركَ النَّفيسة بغير عملٍ، ولا تذهبهَا بغير عوضٍ، واجتهد أن لا يخلو نَفسٌ من أنفاسك إلاَّ في عَمَلِ طاعةٍ أو قربةٍ تتقرب بها
Sebab itu, jangan engkau sia-siakan permata umurmu yang sangat berharga tanpa amal. Jangan habiskan umurmu tanpa mendapatkan ganti. Bersungguh-sungguhlah supaya jangan sampai satu nafasmu yang kosong kecuali dalam amalan taat dan mendekatkan diri kepada Allah.
فإنَّك لو كانت معك جوهرةٌ من جواهر الدُّنيا لَسَاءَكَ ذهابها فكيف تُفَرِّطُ في ساعاتك وأوقاتك، وكيف لا تحزن على عُمرك الذَّاهب بغير عوض
Sesungguhnya, seandainya engkau mempunyai salah satu permata dunia, kehilangannya pasti akan membuatmu sangat sedih. Jika demikian, bagaimana engkau boleh mensia-siakan kesempatan dan waktumu? Bagaimana engkau tidak bersedih terhadap umurmu yang berlalu tanpa mendapatkan ganti?”
[Ghadza, ‘al-Albab Syarh Manzhumah al-Adab, jilid 2, hlm. 448—449]
Sumber: https://www.muslimahnews.com/2021/08/31/nafsiyah-sadarlah-umur-kita-terbatas/