Alhamdulillah eForum Muslimah bertajuk Keluarga Sejahtera, Wanita Bahagia telah berjaya diadakan pada 26 Februari 2022 bersamaan 24 Rejab 1443H yang lalu. Program yang dianjurkan oleh Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia ini telah disertai seramai 237 orang Muslimah secara maya dari seluruh pelosok negara. Program ini adalah selari dengan Kempen Rejab 1443H yang bertemakan Khilafah menjamin martabat, keamanan dan hak-hak syarie perempuan.
eForum ini bertujuan untuk memberi kesedaran dan kefahaman kepada wanita tentang hak-hak dan kedudukan mereka yang sebenar di dalam Islam. Isu khusus yang diangkat dalam eForum ini ialah keganasan dalam rumahtangga.
Para panel menyingkap realiti semasa terkait isu ini dan mendedahkan kegagalan sistem kapitalisme menanganinya dengan sempurna. Di slot terakhir, para peserta berpeluang mendengar huraian penyelesaian Islam yang kaffah. Sinergi di antara pembinaan ketaqwaan individu, pembentukan masyarakat dan penerapan negara Islami adalah solusi yang paling tepat.
Kesimpulannya Keluarga Sejahtera, Wanita Bahagia hanya boleh dicapai apabila khilafah ditegakkan, yang mana ia menjadi penjamin keamanan dan juga penjaga martabat serta hak-hak syarie wanita umumnya dan muslimah khususnya.













