Catatan kehakiman dari Khilafah Uthmaniyyah menunjukkan bahawa pengadilan negara dengan keras telah menegur, memenjarakan, atau menghukum secara fizikal orang-orang yang bersalah melakukan kekerasan terhadap wanita. Di dalam kes yang melibatkan seorang suami melakukan kekerasan terhadap isterinya, hakim seringkali membuatkan sang suami menerima syarat bahawa jika dia melakukan kekerasan terhadap isterinya lagi, maka mereka akan diceraikan tanpa isteri harus melepaskan hak kewanangan pernikahannya.
“Hasan memukul isterinya Zahire dengan cara yang zalim dan keji (dengan keterangan dari dua orang saksi). Hasan memberikan nafkah kepada isterinya, mengakui bahawa dia memukulnya, yang bertentangan dengan syariah, dan menceraikannya.” (Catatan Kayseri tahun 1026 H)
“Safiye binti Hamze, meninggalkan rumah suaminya, setelah Qadhi Ahmed Efendi mengingatkan suaminya Yakub, bahawa jika dia memukulnya lagi, dia akan diceraikan dengan talak tiga. Yakub menerima syarat ini. Kemudian dia memukulnya lagi, yang bertentangan dengan syariah, jadi dia bercerai dari Safiye, yang disahkan oleh dua orang saksi.” (Catatan pengadilan Karaman tahun 1035 H)
https://www.facebook.com/MuslimahTimurJauh/photos/a.485546564852399/7143333042407018/?_rdc=1&_rdr