Ditulis untuk Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir oleh
Muslima As-Shami (Umm Suhaib)
Kesihatan ialah kenikmatan besar yang Allah SWT limpahkan kepada manusia, kenikmatan yang dirindukan oleh orang yang sakit dan orang yang memiliki keterbatasan fizikal, sebagaimana sabda Nabi SAW yang mulia: «نِعْمَتَانِ مَغْبُونٌ فِيهِمَا كَثِيرٌ مِنْ النَّاسِ؛ الصِّحَّةُ وَالْفَرَاغُ» “Terdapat dua kenikmatan yang ramai manusia tertipu dengannya iaitu: kesihatan dan masa lapang.”
Islam sangat memperhatikan kesihatan tubuh, Nabi SAW bersabda: «إِنَّ لِجَسَدِكَ عَلَيْكَ حَقّاً» “Dan sesungguhnya pada jasadmu ada hak atas dirimu,” [HR. Bukhari]. Hak tubuh ialah untuk diberi makan dan minum dengan yang bermanfaat serta menjauhkannya dari perkara yang membahayakan, melindunginya dari penyakit, dan mengubatinya jika sakit. Islam melarang segala sesuatu yang menyebabkan kematian atau melemahkan tubuh manusia. Nabi SAW bersabda: «لَا ضَرَرَ وَلَا ضِرَارَ» “Tidak boleh melakukan sesuatu yang membahayakan diri sendiri ataupun orang lain.” [HR. Ahmad]. Nabi menganjurkan kita untuk berubat dan menjamin bahawa akan ada ubat jika kita berusah mencapainya, maka Nabi SAW bersabda: «مَا أَنْزَلَ اللَّهُ دَاءً إِلَّا أَنْزَلَ لَهُ شِفَاءً». “Tidak ada penyakit yang Allah SWT ciptakan, kecuali Allah SWT telah menciptakan ubatnya.” [HR. Bukhari].
Ketiadaan Negara Islam membuatkan kita tunduk pada sistem kapitalis yang tamak serakah dan tidak peduli akan kemanusiaan atau bersikap belas kasihan, sehingga perubatan dan ubat-ubatan hanya disediakan bagi orang-orang yang mampu membayarnya, bukan bagi orang-orang yang memerlukannya!!
Sebenarnya, insurans kesihatan bukan untuk semua golongan, kekayaan intelektual dan hak paten ubat-ubatan hanya memudahkan monopoli para kapitalis, pelaburan hospital yang mencari keuntungan semakin berleluasa, yang memperdagangkan kesihatan dan nyawa manusia untuk meningkatkan keuntungan dan mengawal pasaran. Sudah tentu semua orang menderita dengan keadaan ini, termasuk wanita, tanpa mengira keadaan yang mereka hadapi, sama ada mereka menghidap penyakit, hamil, bersalin, atau wanita tua yang menderita penyakit dan dalam keadaan lemah. Penderitaan ini jelas terjadi, terutamanya di negara-negara miskin yang sumber alamnya dirampas oleh kapitalis, tanpa meninggalkan apa-apa. Sedangkan adalah prinsip asas bahawa rawatan kesihatan merupakan kewajipan negara terhadap rakyat dan penduduknya.
Ketika ini, seluruh dunia sedang dilanda krisis kesihatan global iaitu virus Corona dan pelbagai impaknya yang telah menjejaskan semua aspek kehidupan baik secara individu mahupun negara. Perhatian dan pengendalian yang diberikan terhadap wabak ini tidak setanding dengan fakta yang kita hadapi dalam bentuk keserakahan, ketamakan, monopoli, dan manipulasi politik dan ekonomi terhadap kehidupan dan kekayaan manusia.
Akses kepada kesihatan dan perubatan merupakan kewajipan negara untuk menyediakannya bagi rakyat secara percuma, seperti klinik, hospital, pelbagai kemudahan, doktor, ubat-ubatan, dan rawatan. Negara boleh memenuhi keperluan ubat-ubatan dengan membelinya daripada kilang dan syarikat ubat di dalam dan luar negara, atau dengan menubuhkan kilang ubat milik kerajaan yang mengeluarkan ubat-ubat yang mereka perlukan.
Inilah yang berlaku semasa kewujudan Negara Islam sepanjang zamannya, bermula dari zaman kenabian hingga ke Khilafah Uthmaniyyah, meliputi semua zaman dan abad Islam. Banyak perkataan dan perbuatan Nabi SAW menunjukkan kepentingan rawatan perubatan untuk setiap orang, salah satunya ialah mendirikan khemah perubatan di sebelah Masjid Nabawi, di bawah pengawasan Rufaidah al-Aslamiyah. Begitu juga Khalifah dan Amir menubuhkan hospital untuk merawat orang sakit dan menyediakan rawatan yang diperlukan kepada mereka, lelaki dan wanita, secara percuma. Ini bermakna rawatan perubatan adalah percuma untuk sesiapa sahaja, tanpa mengira jantina, agama atau mazhab, kaya atau miskin. Setiap hospital ini dibahagikan kepada dua bahagian: satu untuk lelaki dan satu lagi untuk wanita, dilengkapi dengan kemudahan dan peralatan perubatan terbaik termasuk selimut, pakaian, makanan, perkhidmatan, dan kebersihan. Mereka juga dirawat oleh doktor-doktor Islam tersohor yang mengungguli para doktor dunia pada masa tersebut.
Dalam kebanyakan kes, hospital diuruskan oleh seorang amir, bangsawan atau pegawai negeri untuk menunjukkan bahawa Negara mementingkan penjagaan kesihatan, dan untuk memastikan bahawa negeri menjaga urusan rawatan kesihatan. Beberapa orang didapati berpura-pura sakit kerana ingin memasuki hospital dan menikmati penjagaan kesihatan yang begitu baik! Pesakit yang dalam proses penyembuhan akan diberi sejumlah wang yang mencukupi sehingga dia boleh bekerja semula, supaya dia tidak perlu bekerja dalam tempoh pemulihan ini yang boleh menyebabkan penyakitnya berulang kembali.
Tetapi pada masa ini, rakyat tidak hidup dalam keadilan dan kesejahteraan di bawah naungan Negara Khilafah, maka hak mereka juga hilang dari negara dari segi perubatan dan penjagaan kesihatan. Di dalam negara Khilafah yang sedang diperjuangkan oleh Hizbut Tahrir, insya-Allah keadaannya akan jauh berbeza dengan keadaan kita yang menyedihkan sekarang. Akan ada jaminan untuk orang miskin apabila mereka jatuh sakit, mereka akan mendapat rawatan percuma tanpa perlu memalukan diri sendiri atau mencari pengantaraan atau bantuan untuk mendapatkan perhatian dan rawatan yang selayaknya mereka dapatkan! Tidak perlu lagi menadah tangan memohon rawatan seperti yang banyak berlaku pada hari ini?! Sudah tentu perkhidmatan kesihatan ini akan diberikan kepada wanita hamil, bersalin, dan juga kepada anak-anak mereka. Kita tidak akan menjumpai orang yang melahirkan anak di pintu hospital atau di jalanan kerana mereka tidak mempunyai duit untuk bayar yuran hospital, tidak juga orang yang meninggal dunia semasa menunggu kemasukan ke hospital kerana mereka datang tanpa rujukan, insurans, atau wang, atau kesilapan perubatan yang tiada akauntabiliti atau kawalan ke atasnya.
Ini dinyatakan dalam Rancangan Undang-Undang Dasar Khilafah yang disusun oleh Hizbut Tahrir dalam Perkara 125:
“Segala keperluan asas setiap individu dalam masyarakat harus dijamin pemenuhannya per individu secara sempurna. Juga mesti dijamin kemungkinan untuk setiap individu agar dapat memenuhi keperluan sekunder sebanyak mungkin.” Dapat disimpulkan, bahawa rawatan perubatan merupakan sebahagian daripada kepentingan dan penggunaan awam yang mesti diuruskan oleh negara, kerana ia adalah kewajipan negara, menurut sabda Rasulullah SAW: «الإِمَامُ اعٍ وَمَسْؤُولٌ » “ Iman (Khalifah) adalah pengembala (pemelihara) dan dia bertanggungjawab terhadap gembalaannya (rakyatnya).” [HR al-Bukhari dari Abdullah bin Umar]. Hadis ini bersifat umum mengenai kewajipan negara terhadap kesihatan dan penjagaan perubatan rakyatnya. Terdapat contoh kes yang berkaitan dengan penjagaan kesihatan dan perubatan:
Muslim meriwayatkan daripada Jabir yang mengatakan: «بَعَثَ لُ اللَّهِ لَى اً مِنْهُ عِرْقاً اهُ لَيْهِ» “Rasulullah SAW mengutus kepada Ubay bin Ka’ab seorang doctor, lalu doctor itu memotong nadinya dan memanaskannya dengan benda yang dipanaskan (dengan kayu) “. Selain itu, diriwayatkan oleh Imam al-Hakim di dalam Al-Mustadrak daripada Zaid bin Aslam daripada bapanya, dia berkata: “مَرِضْتُ انِ بِنَ الْخَطَّابِ اً اً ا لِي اً انِي النَّوَاةَ الْحِمْيَاتُ الْحِمْرِ الْحِمْرِ إِمْيَارِ الْحِمْرِ الْحِمْرِ الْحِمْرِ الْحِمْرِ “Aku sakit teruk pada masa Umar bin al-Khattab lalu Umar memanggil seorang doctor , lalu doktor itu memberi pantang larang makanan kepada saya, sehingga saya menghisap biji kerana teruknya pantang larang itu”.
Untuk menyediakan penjagaan kesihatan, Khilafah akan menyusun dan mengurus pendapatan negara mengikut syariat Islam, iaitu yang diperoleh daripada pengurusan pelbagai harta awam seperti pembuatan tenaga dan mesin, daripada fasiliti negara seperti syarikat besar, serta daripada kharaj. Selain itu, tiada lagi kutipan cukai seperti cukai jualan dan cukai pendapatan yang sebenarnya merencatkan kepesatan ekonomi. Negara Khilafah akan menolak untuk mengambil pinjaman riba dari negara penjajah dan negara lain.
Oleh kerana itu, Khilafah akan mengendalikan sektor kesihatan dan akan menyediakan perkhidmatan kesihatan secara percuma, di samping membenarkan kewujudan kemudahan kesihatan swasta untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan dengan tujuan memperole keuntungan. Dengan demikian, Khilafah akan menciptkan keseimbangan yang sihat yang memberikan penjagaan penuh kepada semua rakyatnya.
Ini juga telah disebutkan dalam Rancangan Undang-Undang Dasar Khilafah yang disusun oleh Hizbut Tahrir Perkara 164: “Negara menyediakan semua perkhidmatan kesihatan untuk semua rakyat secara percuma. Tetapi negeri tidak melarang orang ramai daripada mengupah doktor, termasuk menjual ubat-ubatan.” Penjelasan perkara tersebut menyatakan: “Dibenarkan mengupah doktor dan memberinya upah, kerana dalam Islam hukum berubat ialah dibenarkan (mubah), sebagaimana yang disebutkan sebelumnya bahawa Nabi SAW bersabda: «يَا ادَ اللَّهِ اوَوْا. ». “Wahai para hamba Allah, berubatlah.” [HR. Ahmad]. Selain itu, rawatan perubatan adalah perkhidmatan yang memerlukan bayaran untuk mendapatkannya, maka wujudnya istilah mengupah, dan tidak ada larangan yang diriwayatkan mengenainya.”
Negara Khilafahlah yang akan menetapkan standard global untuk penjagaan kesihatan dan penyelidikan perubatan, dan mewujudkan sistem penjagaan kesihatan yang boleh menjamin keperluan perubatan seluruh rakyat, tanpa mengira bangsa, agama, mazhab, jantina dan sebagainya. Hak-hak intelektual dan undang-undang paten akan dimansuhkan yang akan membawa kita kepada revolusi intelektual dalam penyelidikan perubatan, serta menyediakan ubat-ubatan perubatan pada harga yang berpatutan.
Mengenai jaminan kesihatan yang telah diterangkan di atas hanyalah hujung gunung ais dari apa yang akan terjadi di negara-negara Islam berkaitan perhatian, keprihatinan dan pemeliharaan keamanan, keselamatan, perawatan, dan maruah manusia. Justeru, sambutlah seruan ini dan bergabunglah bersama-sama dengan para pejuangnya dalam merealisasikan tertegaknya Khilafah Islamiyyah, agar kita semua dapat menikmati kemuliaan Islam, dengan pertolongan dan dukungan dari Allah SWT.