Sudan, inilah negara para dermawan. Terutamanya pada bulan suci Ramadhan. Menjalani ibadah puasa Ramadhan di Sudan memang sangat tidak mudah. Sudan negara yang sangat panas dengan suhu rata-rata 42 darjah selsius. Masya Allah!
Sudan terletak di benua Afrika bahagian utara dan bersempadan dengan Chad, Mesir, Eritrea dan Ethiopia. Kini, Sudan menjadi negara terbesar ke-4 di Afrika dengan jumlah penduduk mencapai 38.5 juta orang dan majoritinya merupakan orang muslim. Sudan juga disebut sebagai Negara Dua Nil kerana dilalui oleh Nil Biru dan Nil Putih.
Di Sudan, umat Islam berlumba-lumba memberikan takjik pada orang-orang yang berpuasa, setiap hari selama Ramadhan. Sedangkan, Sudan bukanlah negara yang orang-orangnya kaya, tetapi semangat mereka dalam bersedekah sungguh luar biasa. Saat berbuka bersama, semua orang menghamparkan tikar dan berbuka di luar rumah. Beberapa buah keluarga akan berkumpul dan makan bersama. Jika ada orang yang melalui kawasan tersebut, mereka akan memaksa orang itu berbuka bersama dan kerana itulah ia disebut sebagai tradisi “penyamun Ramadan”
Antara tradisi lain di Sudan adalah Bait (rumah) Masyaallah. Setiap hari, pemilik Bait Masyaallah akan menyediakan hidangan berbuka di halaman rumahnya. Ini adalah kebiasaan yang telah ada selama bertahun-tahun. Sekitar 200 bahagian hidangan berasaskan daging dan ayam akan disajikan. Para pelajar di sana turut merasakan keindahan tradisi ini kerana mereka tidak perlu memasak atau membeli makanan untuk berbuka puasa.
Solat terawih di Sudan hanya lapan rakaat bersesuaian dengan mazhab Maliki yang dianut di sana. Setiap malam, satu juz Al-Quran akan dibaca ketika terawih sepanjang Ramadhan sehingga akhirnya boleh dikhatam Al-Quran sekurang-kurangnya satu kalim al-Quran dibacakan dengan langgam Sudan yang khas. Namun, ada juga masjid yang melantunkan langgam lain seperti Bayati.
Demikianlah keindahan Ramadhan di Sudan. Negara ini merupakan salah satu tujuan bagi para pelajar untuk menuntut ilmu Islam. Sayangnya, negara Sudan kini terkoyak. Pada 2011, Sudan Selatan memisahkan diri dari Sudan.
Pada tahun 2019, pemerintahan Omar Basyir ditumbangkan dalam keadaan rakyat Sudan dicengkam kemiskinan. Pemerintahan baru pun mula terbentuk. Akibatnya, pada 28 Mac 2021, Sudan telah rasmi menjadi negara demokrasi sekular. Agama dipisahkan secara tegas dari negara. Undang-undang yang berasaskan syariat antaranya hukuman mati bagi yang murtad, hukum cambuk, larangan minum alkohol dan banyak lagi telah dihapuskan. Semoga pada Ramadhan-ramadhan berikutnya, syariat kembali menaungi rakyat Sudan dan mewujudkan kesejahteraan bagi mereka dan seluruh dunia.
Sumber:https://muslimahnews.net/2022/04/16/4574/