Di Indonesia, sudah biasa berpuasa 13 jam lamanya. Berbeza di Finland. Negara yang terletak di Eropa Utara ini mempunyai iklim yang sukar dijangkakan. Ketika musim panas, sinar matahari akan sukar sekali untuk tenggelam. Sebaliknya, ketika musim luruh, matahari sulit untuk muncul.
Muslim di Finland baru mencecah 60 ribu orang dari jumlah penduduk yang seramai 6 juta orang. Kebanyakan muslim di Finland berasal dari Somalia, Turki, Arab, Ethiopia, dan beberapa negara Afrika. Kini, ada beberapa organisasi Islam di Finland, seperti Islamic Society of Finland, Helsinki Islamic Center, Tampere Islamic Society, dan sebagainya. Tidak ada masjid berkubah di Finland. Kubah-kubah yang ada merupakan tempat cerobong asap ketika musim salji tiba. Masjid-masjid di Finland berupa bangunan rumah pangsa tua tanpa kubah. Ramadhan di Finland biasanya jatuh ketika musim panas. Hal ini menjadikan waktu puasa sangat lama iaitu selama 22 jam. Ini merupakan tempoh masa puasa terlama di dunia. Negara lain yang memiliki tempoh masa sama panjang adalah Norway. Di Finland, imsak biasanya bermula pada pukul 02.10 AM waktu setempat dan berbuka puasa tatkala 23.45 PM.
Demikianlah, puasa di Finland benar-benar panjang. Ada ulama yang menyarankan agar muslim di Finland mengikuti waktu puasa wilayah lain, misalnya Arab Saudi. Solat terawih sangat sulit dilakukan di masjid kerana jarak yang mencapai puluhan kilometer, sementara waktunya sangat pendek. Solat terawih hanya boleh dilakukan oleh umat Islam yang tinggal berdekatan masjid. Jika umumnya umat Islam makan kurma semasa berbuka, tidak demikian di Finland. Di sana sukarsekali mencari kurma atau makanan pembuka puasa yang biasa digunakan umat muslim umumnya. Ketika bulan puasa, umat muslim boleh menikmati buah-buahan yang percuma seperti strawberi, rasberi, dan bluberi yang tersebar luas di hutan-hutan Finland. Sambil menunggu berbuka puasa, umat Islam boleh memetik buah-buahan tersebut dengan banyak.
Memetik buah di hutan pada jam 22.00 bukanlah hal yang menakutkan, kerana alam masih terang benderang seperti di petang hari. Tatkala Aidilfitri, solat sunat hari raya dilakukan di masjid Helsinki. Demikianlah Ramadan di Finland. Memerlukan kekuatan iman yang luar biasa untuk kuat berpuasa di sana. Namun, demi ketaatan kepada Allah, semuanya terasa nikmat.