Oleh: K.H. Hafidz Abdurrahman
Sambungan..
Mengenai haiwan yang tidak boleh disembelih, bukan kerana haram disembelih, tetapi kerana buas atau liar. Misalnya, kerbau atau lembu liar, yang susah dijinakkan, sehingga tidak boleh disembelih sebagaimana kriteria penyembelihan yang telah dijelaskan di atas, baik kerana tidak mungkin disembelih, atau mungkin kerana terperosok di dalam sumur, dan seumpamanya, maka haiwan seperti ini diperlakukan seperti haiwan buruan. Kerana itu, sebagaimana status haiwan buruan [shaid], boleh dibunuh dengan mengalirkan darah dari badannya, dari posisi mana pun. Tidak wajib dari leher, atau empat urat yang biasa disembelih. Telah diriwayatkan dari Abu al-Asyra’ dari ayahnya, berkata,
قُلْتُ يَا رَسُوْلَ اللهِ، أَمَّا تَكُوْنُ الذَّكَاةُ فِي الْحَلْقِ وَاللَّبَّةِ؟ قَالَ: لَوْ طَعِنْتَ فِي فَخِذِهَا أَجْزَأَ عَنْكَ
“Aku bertanya, “Ya Rasulullah, bukankah penyembelihan itu di kerongkong dan leher? Baginda saw menjawab, “Kalau kamu menikamnya di pehanya [hingga mati], maka [tikaman] itu pun cukup bagimu.” [HR Abu Dawud, at-Tirmidzi, an-Nasa’i] [9]
Khatimah
Ini ketentuan hukum fikih tentang korban. Bagi yang ingin mendalaminya, termasuk perincian perbezaan di kalangan ulama di dalamnya, maka hendaknya merujuk kitab-kitab muktabar. Kerana yang ditulis di sini hanyalah ringkasan secara umum dari pandangan mereka. [MNews]
Rujukan:
Prof. Dr. Muhammad Rawwas Qal’ah Jie, al-Mahusu’ah al-Fiqhiyyah al-Muyassarah, Dar an-Nafais, Beirut, cet. I, 2000 M/1421 H, Juz I. Prof. Dr. Rawwas Qal’ah Jie, Mu’jam Lughat al-Fuqaha’, Dar an-Nafais, Beirut, cet. I, 1996 M/1426 H. Muslim, Shahih Muslim, Dar al-Fikr, Beirut, tt. Abu Dawud, Sunan Abu Dawud, Dar al-Fikr, Beirut, tt. Ibn Majah, Sunan Ibn Majah, Dar al-Fikr, Beirut, tt. An-Nasa’i, Sunan an-Nasa’I, Dar al-Fikr, Beirut, tt. Abu Yusuf, al-Kharaj, Dar al-Fikr, Beirut, tt.
[1] Lihat, Muslim, Sahih Muslim, al-Adhahi, Bab Nahyi Man Dakhala ‘alaihi Dzi al-Hijjah; Prof. Dr. Muhammad Rawwas Qal’ah Jie, al-Mahusu’ah al-Fiqhiyyah al-Muyassarah, Dar an-Nafais, Beirut, cet. I, 2000 M/1421 H, Juz I/221.
[2] Lihat, Abu Dawud, Sunan Abu Dawud; Ibn Majah, Sunan Ibn Majah, al-Adhahi, Bab Ma Yukrahu min ad-Dhahaya; An-Nasa’i, Sunan an-Nasa’i, al-Adhahi, Bab al-Arja’.