Ketiadaan penerapan hukum-hukum syariat membawa banyak kemungkaran dan penderitaan di kalangan umat. Di sisi lain, memperjuangkan agar hukum-hukum syariat tegak kembali sering mendapat penolakan daripada musuh-musuh Islam malah dari kalangan umat Islam itu sendiri. Mereka menolak dengan pelbagai alasan, salah satunya ialah hukum menegakkan Khilafah (institusi yang melaksanakan syariat) membahayakan bangsa dan negara ketika ini. Lebih-lebih lagi, hukum itu didakwahkan oleh gerakan Islam yang “dianggap” berbahaya bagi pengekalan sistem dan rejim kapitalisme.
Bahkan, sikap seperti ini justeru menjatuhkan pelakunya ke dalam kekufuran atau kesesatan yang nyata. Professor Dr. Asy-Syeikh Wahbah al-Zuhaili mengungkapkan,
“Mengingkari salah satu hukum dari hukum-hukum syariat yang ditetapkan berdasarkan dalil qathie atau meyakini keburukan hukum syariat manapun, hudud atau menuduh hukum syariat tidak layak untuk diterapkan dianggap kekufuran dan murtad daripada Islam.
Sedangkan ingkar terhadap hukum yang ditetapkan oleh ijtihad yang dibina di atas dugaan kuat ialah kemaksiatan, kefasikan dan kezaliman.
Kerana, seorang mujtahid telah mencurahkan kemampuan paling maksimum untuk mengetahui kebenaran dan menjelaskan hukum Allah SWT, menjauhkan diri dari hawa nafsu peribadi, kepentingan, kemasyhuran, populariti, dan kebanggaan.
Sandaran seorang mujtahid ialah dalil syariat semata, pencariannya hanyalah kebenaran dan syiarnya ialah amanah, kejujuran, dan keikhlasan.” (Syeikh Wahbah Zuhaili, al-Fiqih al-Islaami wa Adillatuhu, Juz 1 h.25)
Maka, sangat jelas. Seorang muslim tidak boleh menolak, membenci dan memberikan label buruk terhadap pemikiran, akidah, ataupun hukum syariat yang telah diyakini sahih oleh saudara muslim yang lain.
Apalagi jika pemikiran tersebut berlandaskan dalil qathie atau hukum yang telah disepakati oleh para ulama. Wajib baginya menghimpunkan diri ke dalamnya.
Kewajipan Khilafah jelas berdasarkan dalil-dalil qathie, bahawa ia merupakan salah satu ajaran Islam. Tidak boleh melarang, membenci, atau memaksa untuk meninggalkan perjuangan menegakkan Khilafah. Juga tidak boleh menghalang yang mendakwahkan dan mengajarkan pemikiran-pemikiran Islam.
Cukuplah Al-Asham ‘Si Pekak’ yang menolak hukum-hukum syariat kerana buta dan pekak terhadap syariat.
Imam Al-Qurthubi menjelaskan, “Tidak ada perselisihan mengenai pengangkatan Khalifah di antara umat dan para imam mazhab kecuali apa yang diriwayatkan dari Al-Asham. Dia pekak dari syariat, dia mengatakan bahawa mengangkat Khalifah tidak wajib dalam agama.” (Tafsir Al-Qurthubi, Juz 1 h. 250)
Sumber:https://muslimahnews.net/2022/07/24/9171/