Keadilan Islam Membimbing Pematuhan terhadap Aturan Syariah tanpa Keganasan
#Mahsa_Amini #Iran #MuslimWomen
Pada hari Jumat, 16 September 2022, BBC melaporkan kematian seorang perempuan Muslim Iran berusia 22 tahun setelah dia ditangkap oleh pihak berkuasa kerana disyaki tidak mematuhi peraturan ketat tentang pemakaian tudung atau penutup kepala. Susulan dari penangkapannya, dia telah dimasukkan ke hospital kerana mengalami kecederaan parah di bahagian kepala yang menyebabkan dia koma selama beberapa hari.
Kisah seperti ini sering menjadi viral namun tidak selalunya ditularkan untuk alasan yang benar. Sungguh sangat mengerikan bila memikirkan bahawa wanita boleh ditangkap (sesuka hati) oleh pihak berkuasa, diseksa sehingga cedera dalam tahanan, sehingga mengorbankan nyawa. Tidak akan pernah ada pembenaran atas hilangnya nyawa manusia yang tidak Allah (swt) redhai. Tidak ada yang berhak memutuskan kematian dengan cara mereka sendiri.
Sungguh Allah swt berfirman:
“Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, iaitu Al Kitab (Al Quran) dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.” [Al-Ankabut: 45]
Sudah banyak berlaku kes dimana kaum perempuan yang mati terbunuh di tangan para penerap keadilan (pihak berkuasa) yang melaksanakan undang-undang dan peraturan dari pola fikir mereka sendiri, lalu melakukannya secara korup dan kurang berautoriti. Rakyat, pihak polis, dan bahkan para pegawai sering melakukan tindakan yang melanggar hak asasi manusia dan menyalahgunakan kekuasaan yang mereka miliki atas orang lain.
Padahal Allah (swt) memberikan hukum Hudud khusus yang sangat ketat dalam sistem peradilan Islam yang dapat mencegah hilangnya nyawa atau bahkan anggota tubuh manusia. Namun narasi pencemaran nama baik para penyeleweng hukum di Iran ini dan pelabelan mereka sebagai barbar, sama sekali tidak memiliki dasar dalam fakta sejarah Khilafah (Kekhalifahan) Islam.
– Dipetik dari Imrana Muhammad dalam komentarnya tentang tragedi Muslimah di Iran: “Justice Leads to Obey the Rules without the Need of Force” https://www.hizb-ut-tahrir.info/…/news-comment/23619.html