[Fikrul Islam] Berdalil dengan Al-Quran dan As-Sunnah
Penulis: Muhammad Husain Abdullah
Berdalil (istidlal) dengan Al-Quran dan As-Sunnah bergantung pada pengetahuan terhadap bahasa Arab dan bahagian-bahagiannya. Ini kerana Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab. Seperti firman Allah dalam surah Asy-Syura ayat 95 yang bermaksud, “ … dengan bahasa Arab yang jelas….” dan surah Az-Zukhruf ayat 3,“Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran) dengan bahasa Arab.”
Semua lafaz Al-Quran dan As-Sunnah merupakan lafaz berbahasa Arab. Adapun beberapa lafaz yang terdapat di dalam Al-Quran, yang asalnya bukan lafaz Arab, maka lafaz-lafaz seperti ini telah mengalami proses ta’rib (arabisasi).
Oleh kerana itu, setelah dilakukan proses arabisasi, lafaz-lafaz itu menjadi lafaz-lafaz bahasa Arab, seperti kata qisthas (neraca/timbangan) yang berasal dari bahasa Romawi yang ertinya al-mizan (timbangan/neraca). Begitu juga kata sijjil (batu/kerikil seperti lumpur kering) yang berasal dari bahasa Persia yang bererti batu dari tanah.
Orang-orang Arab telah menganggap lafaz-lafaz yang telah diarabisasi ini sebagai bahagian dari bahasa Arab, sebagaimana lafaz-lafaz yang digunakan oleh orang Arab, tidak ada perbezaan. Arabisasi adalah membentuk sebuah lafaz asing dengan (memasukkannya ke dalam) wazan bahasa Arab dengan tetap mempertahankan sebahagian besar huruf-huruf asalnya.
Misalnya, arabisasi pada kata-kata asing, seperti lafaz tilfijan atau tilfizyun berasal dari kata asing (televisyen) yang diletakkan ke dalam wazan mif’al, yang juga se-wazan dengan kata minqar, mismar, mihmaz, dan seterusnya. Arabisasi kata-kata asing bukanlah menerjemahkan lafaz-lafaz asing (kemudian dicarikan lafaz yang memiliki makna yang paling dekat dengan makna kata asing tersebut, ed.), sebagaimana dilakukan sebahagian kalangan terpelajar, yakni mereka menyebut (Arabisasi) kata televisyen dengan kata al-syasyah al-shaghirah (layar mini).
#fikrulislam #hukumsyarak #quran #sunnah