FASA 1: Perlunya Tindakan Segera ke arah Perubahan Hakiki
Pembakaran Al-Quran adalah Ekspresi Dasar Anti-Islam sejak bertahun-tahun di Eropah – Bahagian 1
#Islamophobia #QuranBurning #Sweden #netherlands #belanda
Pemimpin kelompok anti-Islam Pegida mengoyakkan, menginjak-injak, dan membakar Al-Quran ketika berdemonstrasi di luar parlimen Belanda. Semua kejahatan ini terjadi atas persetujuan datuk bandar The Hague dan di bawah pengawasan serta perlindungan anggota polis. Persoalannya adalah bagaimana sudut pandang kita terhadap perkara ini? Apakah ini tindakan satu individu yang bodoh atau lebih dari itu? Dan apa yang perlu kita lakukan?
Wajar diberi perhatian bahawa tindakan yang sangat biadap dan bodoh seperti itu menjadi semakin umum di negara-negara Barat. Berikut beberapa tindakan kebencian dan tidak bertoleransi para tokoh di Barat terhadap Al-Quran yang mulia:
-Tahun 2022, di Norwegian sepanjang tempoh demonstrasi oleh kelompok ekstremis SIAN, yang merupakan singkatan dari Hentikan Islamisasi Norwegian, Al-Quran telah dibakar.
-Tahun 2020, Al-Quran secara terbuka diperlecehkan di berbagai negara Scandinavia dengan tindakan mengoyakkannya, meludah, dan menendangnya.
-Tahun 2018, Macron bahkan berani bertindak biadap untuk menerbitkan sebuah manifesto yang ditandatangani oleh 300 intelektual dan ahli politik terkemuka, termasuk dirinya sendiri, di mana dia berpendapat bahawa Al-Quran memicu keganasan dan ayat-ayat dari Al-Quran mesti dihapuskan.
Dipetik dari penulisan Okay Pala dalam Kenyataan Media https://www.hizb-ut-tahrir.info/en/index.php/press-releases/the-netherlands/24112.html
#RajabCampaign
#KhilafahBringsRealChange
بالخلافة_يحصل_التغيير_الحقيقي#
#KhilafahMembawaPerubahanHakiki