BAYANG-BAYANG GELAP RESESI DAN CAHAYA ISLAM
Tahun ini, ketika kita semua berhadapan dengan kenaikan harga, peningkatan kos sara hidup, pengurangan simpanan dan peningkatan ketidaksamaan pendapatan, yang mana secara meluas dipercayai bahawa ekonomi global kini sedang menuju ke arah resesi atau kemelesetan. Dan keadaan ekonomi bagi berjuta-juta orang akan bertambah buruk. Walaupun waktu sebenar resesi sukar untuk diramalkan, namun terdapat beberapa faktor yang mencadangkan bahawa ia pasti akan segera berlaku.
Salah satu petunjuk utama ialah keadaan semasa pasaran buruh, yang telah menunjukkan tanda-tanda kelemahan dalam beberapa bulan kebelakangan ini. Malah gergasi teknologi seperti Google dan Amazon menghapuskan 30,000 jenis pekerjaan dengan lasan ekonomi yang tidak menentu. Selain itu, kelembapan dalam pasaran perumahan dan kemerosotan dalam simpanan pengguna adalah petanda awal kemerosotan ekonomi yang akan datang. Hutang kad kredit telah meningkat sebanyak 15% sepanjang tahun lalu, peningkatan terbesar dalam tempoh dua dekad, menunjukkan kehilangan simpanan dan kebergantungan pada hutang untuk menampung peningkatan kos sara hidup. Faktor lain yang menunjukkan resesi akan datang ialah keadaan semasa pasaran saham. S&P 500 telah mengalami pembetulan yang ketara dalam beberapa bulan kebelakangan ini, dengan ramai penganalisis meramalkan bahawa pasaran boleh terus jatuh dalam beberapa bulan akan datang. Selain itu, pasaran bon juga menunjukkan tanda-tanda kelemahan dengan hasil bon jangka panjang jatuh ke paras terendah dalam sejarah.
Ramai pakar meramalkan bahawa resesi yang akan datang akan berbeza daripada yang lalu. BlackRock, pengurus aset terbesar di dunia, telah memberi amaran tentang resesi yang akan berlaku. Dalam laporan bertajuk Tinjauan Global 2023, ia menyatakan pembuat dasar tidak lagi akan dapat menyokong pasaran seperti yang mereka lakukan semasa resesi masa lalu, dan ia akan mencetuskan lebih banyak pergolakan pasaran berbanding sebelum ini. Malah BlackRock baru-baru ini telah memberhentikan 3% tenaga kerjanya dengan menyebut “persekitaran pasaran yang belum pernah berlaku sebelum ini.” Selain itu, Morgan Stanley, Bank of America dan Deutsche Bank telah memberi amaran bahawa saham AS boleh menjunam lebih daripada 20% tahun ini disebabkan oleh resesi ekonomi dan risiko kecairan yang didorong oleh kenaikan kadar faedah Rizab Persekutuan (Federal Reserve). Malah Bank Dunia berkata bahawa “pertumbuhan global telah perlahan sehingga tahap ekonomi global hampir hampir jatuh ke dalam resesi.”
Dalam sistem kapitalis, kerajaan mempunyai keupayaan untuk mencetak mata wang mengikut keperluan yang boleh menyebabkan inflasi jika bekalan wang meningkat terlalu cepat. Sebagai contoh, AS mengepam bertrilion dolar untuk menyokong ekonomi setelah kejatuhan pasaran akibat COVID-19, dan ia melakukan perkara yang sama pada 2008 selepas kejatuhan pasaran perumahan. Selepas itu, kadar faedah diturunkan kepada hampir sifar untuk memulakan pertumbuhan ekonomi. Kini, dengan peningkatan inflasi, Rizab Persekutuan telah menaikkan kadar faedah untuk mengurus inflasi dan mengawal bekalan wang. Sejak kejatuhan pasaran COVID-19 2020, kira-kira $16 trilion telah dicetak keluar begitu saja untuk menyokong sistem ekonomi ‘kertas tandas’ (baca: fiat money) yang rapuh.
Sifat siklus ledakan dan kehancuran ini sememangnya wujud dalam sistem Kapitalis. Secara signifikan, amplitud dan kekerapan kitaran ini boleh berbeza-beza. Walau bagaimanapun, sejak beberapa dekad yang lalu kekerapan kejadian ini telah meningkat. Mata wang Fiat dan kadar faedah memainkan peranan penting dalam sifat ketidakstabilan ekonomi kitaran global ini. Selain itu, ketidaktentuan sektor kewangan dan dorongan berterusan yang didorong oleh hutang untuk meningkatkan KDNK tidak mengambil kira pengagihan pendapatan dan kekayaan dalam kalangan penduduk. Dengan inflasi pada paras tertinggi 40 tahun, peningkatan kos sara hidup dan makanan, simpanan serta gaji yang berkurangan tidak setanding dengan inflasi, mengakibatkan rakyat biasa tidak dapat memenuhi keperluan hidup dan jurang penumpuan kekayaan terus meningkat. Data menunjukkan bahawa isu-isu ini adalah teras Kapitalisme dan bukan hanya berpunca ‘dasar kebijakan yang buruk’ oleh pemeirntah.
Sebab itu, sebagai umat Islam kita mempunyai sistem ekonomi Islam untuk ditawarkan kepada dunia sebagai penyelesaian tunggal bagi masalah manusia. Pandangan Islam terhadap masalah ekonomi dan penyelesaiannya dibina di atas paradigma yang unik dan tidak sama dengan Kapitalisme. Sebagai contoh, di bawah Islam, sistem kewangan adalah berasaskan piawaian emas dan perak dwilogam. Buktinya, Islam telah mengaitkan emas dan perak dengan peraturan Syariah yang tetap, misalnya dalam hal terkait zakat, wang darah (blood money/restitution)*, kesalahan mencuri, pertukaran mata wang, dan lain-lain lagi.
Nabi Muhammad SAW bersabda:
وَأَنَّ فِي النَّفْسِ المُؤْمِنَةِ مِاْئَةٍ مِنَ الإِبِلِ، وَعَلَى أَهْلِ الْوَرَقِ أَلْفُ دِينَارٍ
“dan bagi jiwa yang beriman (jika dibunuh) ia adalah seratus unta, dan bagi ahlul wariq seribu dinar” (Ibn Qudamah, Al-Mughni)
Piawaian emas dan perak dwilogam mempunyai nilai intrinsik dan dengan itu menghapuskan penciptaan kredit, pencetakan dan penghasilan mata wang secara tiba-tiba, dan menghapuskan kitaran inflasi yang ketara. Bekalan wang di pasaran dikawal dan terikat secara langsung dengan jumlah emas dan perak yang disimpan dalam rizab Baitul Mal (Perbendaharaan Negara Islam). Sebarang inflasi yang mungkin berlaku adalah disebabkan oleh mekanisme penawaran dan permintaan, dan bukan disebabkan oleh dasar monetari seperti yang kita lihat hari ini. Selain itu, memandangkan nilai mata wang terikat dengan emas dan perak, ia justeru menyediakan kadar pertukaran tetap antara mata wang yang berbeza dan menghalang turun naik mendadak dalam nilai mata wang. Sebenarnya, piawaian dwilogam akan membawa kestabilan ekonomi, nilai sebenar dan pertumbuhan yang mampan tanpa terjadinya siklus ledakan dan kehancuran.
Model ekonomi Islam memberi tumpuan kepada pengagihan kekayaan dan bukannya pengeluaran semata-mata. Penekanan adalah pada ekonomi sebenar. Manakala pasaran kewangan seperti yang kita lihat hari ini, akan dilarang. Kewangan (pengumpulan modal) sudah tentu memainkan peranan dalam ekonomi, tetapi ia dilakukan melalui perkongsian perniagaan yang bertujuan untuk menjana keuntungan dan berkongsi kerugian. Larangan riba menghapuskan sektor kewangan semasa yang dibina atas hutang dan instrumen kewangan yang membawa bencana. Selain itu, pengharaman riba membantu menghilangkan penumpuan kekayaan. Manakala zakat serta larangan penimbunan dan monopoli, semuanya memainkan peranan dalam pengagihan semula modal. Dan dengan itu, akan menggalakkan pertumbuhan ekonomi. Islam telah menetapkan sebagai peraturan dan hukum bahawa kekayaan tidak boleh dibiarkan hanya beredar di kalangan orang kaya sahaja.
Allah SWT berfirman:
مَّآ أَفَآءَ ٱللَّهُ عَلَىٰ رَسُولِهِۦ مِنْ أَهْلِ ٱلْقُرَىٰ فَلِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ وَلِذِى ٱلْقُرْبَىٰ وَٱلْيَتَـٰمَىٰ وَٱلْمَسَـٰكِينِ وَٱبْنِ ٱلسَّبِيلِ كَىْ لَا يَكُونَ دُولَةًۢ بَيْنَ ٱلْأَغْنِيَآءِ مِنكُمْ
“Apa yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu…” (TMQ Al-Hasyr 59:7)
Perkara di atas hanyalah pandangan ringkas terkait sistem ekonomi Islam yang pada masa ini kurang diaplikasikan secara praktikal. Hasil sebenar sistem ekonomi Islam tidak dapat direalisasikan sehinggalah sistem Islam yang lengkap menerusi Khilafah ditegakkan. Model ekonomi ini berfungsi seiring dengan sistem sosial, kehakiman, dan politik Islam. Justeru, mengaplikasikan beberapa dasar ekonomi Islam dalam sistem Kapitalis semasa adalah tidak rasional dan merendahkan sistem yang diturunkan oleh Allah SWT. Agama kita terpakai pada setiap masa dan Ahkam yang diwajibkan Ilahi adalah penyelesaian kepada isu-isu global yang menimpa kita.
Hizbut Tahrir telah mendedikasikan usahanya untuk melanjutkan cara hidup Islam. Antara kelebihannya ialah memahami susunan global semasa dan sistem ekonominya. Lebih-lebih lagi, kami menawarkan rancangan bagaimana untuk beralih daripada sistem ekonomi semasa (kapitalisme) kepada sistem Islam dengan perlembagaan dan struktur pemerintahannya. Kesusasteraan terperinci kami mengenai perkara ini membentangkan visi baharu untuk dunia. Visi baru untuk Umat kita dan seluruh dunia, untuk hidup di bawah perintah Allah SWT, memimpin dunia dalam keamanan, kemakmuran, dan keselamatan di akhirat kelak. Visi baru yang bertujuan untuk membawa dunia keluar dari kegelapan Kapitalisme, menuju ke dalam cahaya Islam. Justeru, kami memohon agar umat meletakkan kepercayaan dan rasa takut hanya kepada Allah SWT semata-mata, dan beranikanlah diri membayangkan masa depan yang baru.
وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ ٱلْقُرَىٰٓ ءَامَنُوا۟ وَٱتَّقَوْا۟ لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَـٰتٍۢ مِّنَ ٱلسَّمَآءِ وَٱلْأَرْضِ وَلَـٰكِن كَذَّبُوا۟ فَأَخَذْنَـٰهُم بِمَا كَانُوا۟ يَكْسِبُونَ
“Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.” (TMQ Al-A’raaf 7:96)
Hizbut Tahrir Amerika
12 Rejab 1444
3 Februari 2023
https://hizb-america.org/the-looming-recession-the-light…/
#ekonomi #Kapitalisme #ekonomiislam #resesiglobal2023 #globalrecession2023