Site icon MuslimahHTM News

Al-Aqsa Dalam Kepungan: Bila Pembebas dan Pelindung yang Berani Akan Tiba?

[Kolum Siyasah] AlAqsa Dalam Kepungan: Bila Pembebas dan Pelindung yang Berani Akan Tiba?

 

Keganasan terbaru yang dilakukan oleh tentera zionis terhadap penduduk awam di  Palestin yang  sedang menjalani ibadah di  bulan Ramadhan merupakan episod berulang yang berlaku saban tahun dan telah mengakibatkan kecederaan, kematian dan kemusnahan. Sekalipun diasak, ini langsung tidak menggentarkan hati penduduk Palestin untuk terus keluar memprotes dan mempertahankan hak mereka dengan kemampuan yang ada. Di mana para pelindung manusia? Di manakah keghairahan orang beriman? Bukankah sudah tiba masanya laungan takbir di Masjid Al-Aqsa menggegarkan hati tentera  Islam?  Bukankah  sudah  tiba  masanya  jeritan  dan tangisan kaum wanita dan anak-anak di tanah yang diberkati ini menggoncang tiang-tiang pengkalan tentera di seluruh dunia Islam?

 

Jawablah persoalan ini wahai kaum Muslimin! Demi Allah (swt), bilakah kalian akan bangun dan bergerak? Bilakah semangat untuk Islam dan melindungi orang-orang Mukmin akan meletus dalam diri kalian? Jika Al-Masjid Al-Aqsa tidak membangkitkan kalian, maka apakah lagi yang boleh membangkitkan semangat kalian?

 

 

anak-anak di halaman Masjid Al-Aqsa?

 

 

 

 

Lantas, mengapa kalian tidak menyahut tangisannya dan menyahut seruan Allah (swt) sepertimana firmanNya:

 

“..Dan jika mereka meminta pertolongan kepada kamu dalam perkara (menentang musuh untuk membela) agama, maka wajiblah kamu menolongnya..“  [AlAnfaal 8:72]

 

Inilah antara seruan rakyat Palestin yang bergema di Al- Aqsa. Namun, para pemimpin dunia Islam terus beretorik dengan kecaman dan sidang kemuncak tanpa iltizam politik yang murni dan bersungguh-sungguh untuk membebaskan Palestin. Malah sebahagian pemimpin dunia Islam tanpa segan silu terus melakukan normalisasi hubungan diplomatik dan merancakkan perdagangan dengan negara haram Israel.

 

Sungguh malang apabila  ramai pemimpin dunia Islam yang menyokong penyelesaian dua-negara (two-state solution) yang ditaja oleh Amerika Syarikat (AS) dengan sokongan PBB. Adakah mereka buta dan pekak dengan kejahatan AS dan pengkhianatan PBB? Merekalah pada hakikatnya yang terus mengekalkan keberadaan entiti  haram  Yahudi  ini  serta  memecah  belahkan umat Islam dan menghalang kesatuannya. Cukuplah umat Islam dipermainkan oleh para pemimpin yang meletakkan kepentingan dunia melebihi tuntutan Yang Maha Pencipta.

 

Kaum Muslimin harus sedar bahawa bumi Palestin yang diberkati merupakan milik umat Islam yang telah dirampas dan sedang dijajah oleh musuh Islam. Umat Islam seharusnya secara ikhlas dan bersungguh-sungguh melihat permasalahan Palestin dari perspektif Islam. Umat Islam harus sedar bahawa penyelesaian kepada masalah ini harus di lihat dari puncanya – tanah suci Palestin telah dirampas dan dijajah oleh rejim zionis dengan bantuan kaum kuffar.

 

Kita harus sedar bahawa hanya dengan jihad sahajalah tanah suci Palestin akan dapat dibebaskan dari penjajahan dan kekejaman rejim zionis Yahudi. Itulah cara yang telah dilakukan oleh Saidina Umar Al-Khattab dan Salahuddin Al-Ayubi ketika membebaskan tanah suci Palestin. Hakikatnya, bagi mencapai tujuan tersebut kita memerlukan Daulah Khilafah Islamiyyah yang diperintah  oleh  seorang  Khalifah  berdasarkan  hukum-hakam Islam secara keseluruhan. Dengan adanya Daulah Khilafah, jihad akan dilancarkan untuk membebaskan tanah suci Palestin.

 

Sesungguhnyanya al-Imam  (khalifah)  itu  perisai, dimana (orang-orang) akan berperang di belakangnya (mendukung) dan berlindung (dari musuh) dengan (kekuasaan)nya.” [HR. Al-Bukhari]

 

Sumber: mykhilafah

Exit mobile version