Kafir Harbi, Musta’min, dan Ahlul Zimmah
Oleh: KH. Shiddiq al-Jawi
Pengantar Redaksi:
Istilah-istilah seperti kafir harbi, musta’min, dan ahl az-zimmah adalah termasuk istilah yang kurang diketahui umat Islam saat ini. Sebab, istilah-istilah itu berkaitan dengan hukum-hukum jihad dan Khilafah yang memang sudah jauh dari benak dan pengalaman umat Islam sekarang. Di samping itu, jihad sendiri merupakan salah satu hukum Islam yang paling banyak diseleweng, misalnya jihad secara salah diertikan sebagai kesungguhan dalam suatu aktiviti (perbuatan) atau sebagai perang melawan hawa nafsu.
Apalagi gagasan Khilafah (Daulah Islamiyah), di samping juga mengalami peneyelewengan dan manipulasi— misalnya idea bahawa Khilafah tidak relevan lagi untuk zaman moden, institusinya sendiri juga tak ada lagi setelah dihancurkan konspirasi imperialis pada tahun 1924. Namun demikian, hukum-hukum jihad dan Khilafah sesungguhnya tidak berubah hanya kerana kelalaian umat Islam dalam mempelajarinya, atau kerana tidak adanya Khilafah sebagai institusi penerapnya. Mempelajari dan menenerapkannya tetap wajib secara syarie sebagaimana hukum Islam lainnya seperti solat, zakat, haji, dan sebagainya. Dalam konteks jihad dan Khilafah pula, tulisan berikut sekadar ingin mengingatkan dan memahami kembali istilah kafir harbi, musta’min, dan ahl- az-zimmah sebagaimana yang dijelaskan oleh Taqiyuddin an-Nabhani dalam kitabnya, Asy-Syakhshiyah al-lslamiyyah, jilid II.
Istilah kafir harbi, musta’min, dan ahl az-zimmah menjelaskan tentang kategori kaum kafir dalam konteks interaksi mereka dengan Negara Khilafah (Darul Islam). Hanya saja, istilah musta’min lebih umum, sebab ía mencakup musta’min kafir dan musta’min Muslim. Setiap istilah tersebut mempunyai konsekuensi hukum dan perlakuan yang berbeza. Sikap umat Islam terhadap kaum kafir didasarkan pada kategori kaum kafir berdasarkan istilah-istilah tersebut.
Kafir harbi adalah setiap orang kafir yang tidak masuk dalam perjanjian (zimmah) dengan kaum Muslim, baik día seorang mu’ahid atau musta’min ataupun bukan mu’ahid dan bukan musta’min (An-Nabhani, 1994: 232). Mu’ahid adalah orang kafir yang menjadi warga negara kafir yang mempunyai perjanjian (mu’ahidah) dengan negara Khilafah. Musta’min adalah orang yang masuk ke dalam negara lain dengan izin masuk (al-amân), baik día Muslim atau kafir harb (An-Nabhani, 1994: 234).
Kafir harbi, yang kadang-kadang disebut juga dengan ahl al-harb atau disingkat harb saja (Haykal, 1996:1411), dikategorikan lagi sebagai kafir harbi hukman (kafir harbi secara hukum/ de jure) dan kafir harbi haqiqatan/kafir harbi fi’lan (kafir harbi secara nyata/de facto). Pengelasan ini didasarkan pada kewarganegaraan orang kafir dengan tempat bermastautin. Jika Khilafah mengadakan perjanjian dengan suatu negara kafir, warga negaranya disebut kaum mu’ahidin (An-Nabbani, 1994: 232). Negara ini disebut ad- dawlah al -mu’ähidah (negara yang mempunyai perjanjian dengan negara Khilafah). Istilah lain kafir mu‘ahid, sebagaimana disebut oleh al-Qayyim dalam kitabnya, Ahkam Ahl Az-Zimmah, adalah ahl al-hudnah atau ahl ash-shulh (Ibn al-Qayyim, 1983: 475), atau disebut juga kaum al-muwadi’in (Hayqal, 1996: 701). Orang yang tergolong mu’âhid ini tergolong kafir harbi hukman. Sebab hanya berakhirnya perjanjian dengan negara Khilafah, día akan kembali menjadi kafir harbi sebagaimana kafir harbi lainnya (kafir harbi fi’lan), yang negaranya tidak mengikat perjanjian dengan negara Khilafah.
Hubungan umat Islam dengan kafir harbi hukman didasarkan pada apa yang terkandung dalam teks-teks perjanjian yang ada. Hanya saja, dalam interaksi ekonomi, umat Islam (baca: Daulah Islamiyah) tidak boleh menjual senjata atau sarana-sarana tentera kepada kafir harbi hukman—jika hal ini dapat memperkuat kemampuan tentera mereka sedemikian sehingga akan mampu mengalahkan umat Islam. Jika tidak sampai pada tahap tersebut, umat Islam boleh menjual senjata atau alat-alat tempur kepada mereka, khususnya ketika Daulah Islamiyah mampu memproduksi berbagai persenjataan ketenteraan dan menjualnya ke luar negeri sebagaimana yang dilakukan oleh negara-negara adidaya saat ini). Jika dalam perjanjian ada fasal yang membolehkan penjualan senjata yang dapat memperkuat kemampuan tentera kaum kafir harbi hukman sehingga mereka mampu mengalahkan umat Islam, fasal itu tidak boleh dilaksanakan. Sebabnya, fasal itu bertentangan dengan hukum syariat. Setiap syarat yang bertentangan dengan hukum syariat adalah batal dan tidak boleh dijalankan (An-Nabhani, 1990: 291-292; 1994: 232).
Adapun kafir harbi haqiqatan adalah warganegara dan negara yang tidak mempunyai perjanjian dengan Daulah Islamiyah. Negaranya disebut ad-dawlah al-kâfirah ál-hárbiyàh (negara kafir harbi yang memerangi umat Islam). Negara ini dibahagi lagi menjadi dua. Pertama, jika negara tersebut sedang berperang secara nyata dengan umat Islam, ia disebut ad-dawlah al-kafirah al -harbiyah al-muhâribah bi al-fi’li (negara kafir harbi yang benar-benar sedang memerangi umat Islam secara nyata). Kedua, jika sebuah negara kafir tidak sedang terlibat perang secara nyata dengan umat Islam, ia dikategorikan sebagai ad-dawlah al-kâfirah alharbiyah ghayru al-muharibah bi al-fi’li (negara kafir harbi yang tidak sedang terlibat perang secara nyata dengan umat Islam) (AnNabbani, 1994: 233).
Perbezaan hukum di antara kedua negara ini adalah, jika sebuah negara kafir termasuk kategori pertama, yakni sedang berperang secara nyata dengan umat Islam, maka asas interaksinya adalah interaksi perang; tidak boleh ada perjanjian apa pun dengan negara kafir seperti ini, misalnya penjanjian politik (seperti hubungan diplomasi), perjanjian ekonomi (seperti eksport-import), dan sebagainya. Perjanjian hanya boleh ada setelah ada perdamaian (ash-shulh). Warganegaranya tidak diberi izin masuk ke dalam negara Khilafah, kecuali jika dia datang untuk mendengar kalamullah (mempelajari Islam), atau untuk menjadi zimmi dalam naungan negara Khilafah. Jika warganegara dari negara kafir ini tetap masuk ke negara Khilafah, bukan untuk mendengar kalamullah, juga bukan untuk menjadi zimmi, maka jiwa dan hartanya halal, iaitu dia boleh dibunuh, atau dijadikan tawanan, dan hartanya boleh diambil (AnNabhani, 1990: 293). Sebaliknya, jika termasuk kategori kedua, iaitu tidak sedang berperang dengan umat Islam, maka negara Khilafah boleh mengadakan perjanjian dengan negara kafir seperti ini; misalnya perjanjian dagang, perjanjian bertetangga baik, dan lain-lain. Warganegaranya diberi izin masuk ke negara Khilafah untuk berdagang, bercutii, berubat, belajar, dan sebagainya. Jiwa dan hartanya tidak halal bagi umat Islam. Namun, jika warganegara tersebut masuk secara liar, iaitu tanpa izin negara Khilafah, maka hukumnya sama dengan warga negara yang sedang berperang dengan umat Islam, yakni jiwa dan hartanya halal (An-Nabhani, 1990: 293). Jika warganegara tersebut masuk dengan izin negara, dia tidak boleh tinggal di negara Khilafah kecuali dalam jangka waktu tertentu, iaitu di bawah satu tahun (An-Nabhani, 1994: 233).
Musta’min adalah orang yang masuk ke negara lain dengan izin masuk (al-aman), baik Muslim atau kafir harbi (An-Nabhani, 1990: 294; 1994: 234). Jika seorang Muslim masuk ke Darul Harb/Darul Kufur*, dia tidak boleh mengambil harta kaum kafir dalam Darul Harb tersebut, misalnya dengan mencuri (as-sariqah) atau merampas (al-ghashab). Sebab, seorang Muslim terikat dengan perjanjian yang dia lakukan (al Muslim ‘inda syurutihim).
Sebagaimana seorang Muslim boleh masuk ke Darul Harb, seorang kafir harbi juga boleh masuk ke dalam Daulah Islamiyah. Rasulullah SAW telah memberikan jaminan keamanan kepada kaum kafir pada saat Fathul Makkah. Rasulullah SAW bersabda (yang ertinya, “Siapa saja yang menutup pintu rumahnya, maka bererti dia aman.” (HR. Muslim).
Namun demikian, jika musta’min itu seorang kafir harbi yang masuk ke negeri Islam, dia tidak boleh tinggal di sana selama satu tahun. Jadi, izin masuk (al-aman) hanya diberikan— misalnya—untuk satu bulan, dua bulan, atau lebih di bawah satu tahun. Hal ini kerana seorang harbi dibenarkan tinggal di Darul Islam** tanpa ditarik jizyah – jizyah dipungut satu tahun sekali. Ertinya, harbi boleh tinggal tanpa jizyah selama satu tahun (maksimum). Jika dia tinggal lebih dari satu tahun, dia diberi pilihan: akan tinggal secara tetap dan membayar jizyah atau keluar dari Darul Islam. Jika dia membayar jizyah, bererti dia menjadi ahl az-zimah atau warga negara Khilafah. Jika dia keluar menjelang akhir tahun, dia tidak wajib membayar jizyah.
Hukum orang musta’min pada dasarnya sama dengan hukum ahl az-zimmah. Jika dia memerlukan pertolongan, misalnya jiwanya terancam, negara wajib melindunginya sebagaimana negara melindungi ahl az-zimmah. Jika musta’min melakukan kejahatan, dia akan dikenakan hukuman sebagaimana ahl az-zimmah, kecuali hukuman bagi peminum khamr. Hal ini kerana Darul Islam adalah tempat diterapkannya hukum-hukum syariat secara tanpa pandang bulu, baik terhadap orang Islam, ahl al-zimmah, mahupun musta’min (An-Nabhani,1994:235)
Ahl az-zimmah kadang-kadang disebut juga sebagai kafir zimmi atau sering disingkat zimmi sahaja. Asal katanya adalah az-zimmah, yang bererti al- ‘ahd, bermakna perjanjian. Ahl az-zimmah adalah setiap orang yang beragama bukan Islam dan menjadi rakyat negara Khilafah (Daulah Islamiyah). Islam telah menjelaskan banyak hukum tentang ahl az-zimmah ini. Bahkan di antara ulama ada yang menulis kitab khusus mengenai hukum-hukum Islam yang berkaitan dengan ahl az-zimmah. Misalnya Ibn Qayyim al-Jawziyah, yang menulis kitab Ahkam Ahl az Zzimmah.
Di antara hukum-hukum tersebut adalah:
- Ahl az-Zimmah tidak boleh dipaksa meninggalkan agama mereka dan dipaksa masuk Islam. Rasulullah SAW telah menulis surat untuk penduduk Yaman (yang ertinya), “Siapa saja yang beragama Yahudi atau Nashara, dia tidak boleh dipaksa meninggalkannya, dan wajib atasnya jizyah. (HR Abu Ubaid). Hukum ini juga berlaku untuk kafir pada umumnya, yang bukan Yahudi dan bukan Nashara. Dengan demikian, ahl az-Zimmah dibebaskan menganut akidah mereka dan menjalankan ibadah menurut keyakinan mereka.
- AhI az-Zimmah wajib membayar jizyah kepada negara. Jizyah dipungut dari ahl zimmah yang lelaki, baligh, dan mampu; tidak diambil dari anak-anak, perempuan, dan yang tidak mampu. Abu Ubaid meriwayatkan bahawa Umar RA pernah mengirim surat kepada para amir al-Ajnad bahawa jizyah tidak diwajibkan atas perempuan, anak-anak, dan orang yang belum baligh. Syarat kemampuan diambil dari firman Allah SWT dalam surah at-Taubah ayat 29 yang berbunyl ‘an yadin yang bermakna ‘an qudratin. Maksudnya, jizyah diambil berdasarkan kemampuan. Bahkan, bagi yang tidak mampu, misalnya kerana sudah tua atau cacat, bukan saja tidak wajib jizyah, tetapi ada kewajipan negara (Baitul Mal) untuk membantu mereka. Pada saat pengambilan jizyah, negara wajib melakukannya secara baik, tidak boleh disertai kekerasan atau penyiksaan. Jizyah tidak boleh diambil dengan cara menjual alat-alat atau sarana penghidupan ahl zimmah, misalnya alat-alat pertanian atau binatang ternak mereka.
- Dibenarkan memakan sembelihan dan menikahi perempuan ahl az-Zimmah jika mereka adalah orang-orang Ahlul Kitab, iaitu orang Nashara atau Yahudi. Allah SWT berfirman:
“Makanan (sembelihan) orang-orang yang diberi al-Kitab halal bagimu dan makanan (sembelihanmu) halal bagi mereka. Demikian pula perempuan-perempuan yang beriman dan perempuan-perempuan yang menjaga kehormatan dari orang-orang yang diberi Al-Kitab sebelum kamu.” (TMQ Al-Maidah [5]: 5)
Akan tetapi, jika ahl az-Zimmah bukan Ahlul Kitab, seperti orang Majusi, maka sembelihan mereka haram bagi umat Islam. Perempuan mereka tidak boleh dinikahi oleh lelaki Muslim. Dalam surat Rasul SAW yang ditujukan kepada kaum Majusi di Hajar, beliau mengatakan, “Hanya saja sembelihan mereka tidak boleh dimakan; perempuan mereka juga tidak boleh dinikahi”
Sementara itu, jika Muslimah menikahi lelaki kafir, maka hukumnya haram, baik lelaki itu Ahlul Kitab atau bukan. Allah SWT berfirman:
“Jika kamu telah mengetahui bahawa mereka adalah (benar-benar) wanita-wanita Mukmin, maka janganlah kamu mengembalikan mereka kepada (suami-suami mereka) orang-orang kafir. Tidaklah mereka (wanita Mukmin) halal bagi mereka (lelaki kafir) dan mereka pun (lelaki kafir) tidak halal bagi mereka (wanita Mukmin).” (TMQ al-Mumtahanah [60]: 10).
- Boleh dilakukan muamalah antara umat Islam dan ahl az-Zimmah dalam berbagai bentuk seperti jual-beli, sewa-menyewa (ijarah), syirkah, rahn (gadai), dan sebagainya. Rasulullah SAW Telah melakukan muamalah dengan kaum Yahudi di tanah Khaybar, di mana kaum Yahudi itu mendapatkan separuh dari hasil tanaman kurmanya. Hanya saja, ketika muamalah ini dilaksanakan, hanya hukum-hukum Islam semata yang wajib diterapkan; tidak boleh selain hukum-hukum Islam (an-Nabhani, 1994:237-240)
Demikianlah sekilas hukum-hukum ahl az-Zimmah yang menjadi rakyat Daulah Islamiyah. Mereka mendapatkan hak sebagaimana rakyat lainnya yang Muslim. Mereka mendapatkan hak untuk dilindungi, dijamin kehidupannya, dan diperlakukan secara baik dalam segala bentuk muamalah. Kedudukan mereka sama di hadapan penguasa dan hakim. Tidak boleh ada diskriminasi apa pun yang membezakan mereka dengan rakyat yang Muslim. Negara Islam wajib berbuat adil kepada mereka sebagaimana negara berbuat adil kepada rakyatnya yang Muslim. Wallahu a ‘lam bi ash-shawâb.
#khilafah #rakyat #warganegara #kategorikafir