At-Taghlib
Oleh: Yoyok Rudianto
Lafaz umum menurut asalnya hanya merangkumi atau melibatkan unit atau satuan dalam jenisnya sahaja dan tidak merangkumi yang lain. Namun, orang arab dalam keadaan tertentu menggunakan lafaz umum untuk merangkumi selain unit atau satuan tersebut disebabkan oleh hubungan di antara keduanya yang mereka jelaskan dalam bahasa mereka. Inilah yang dikenali sebagai uslub at-taghlib (Rujuk: Syeikh Atha bin Khalil Abu ar-Rasytah, Taysir al-Wushul ila al-Ushul, ms. 230).
Dalam pembahasan para ulama usul termasuk ketika mereka membincangkan tentang isim jamak mudzakar (lelaki) terhadap yang mu’annats (perempuan).
Menurut Syeikh Atha bin Khalil Abu Ar-Rasytah, melalui kajian mendalam terhadap penggunaan at-taghlib oleh orang arab dalam bahasa mereka, kita dapat mengetahui penggunaannya dalam beberapa keadaan:
Pertama, at-taghlib dalam penggunaan lafaz mudzakar untuk merangkumi mu’annas iaitu memberi kelebihan kepada lafaz lelaki bagi mencakup juga lafaz perempuan. Jika lelaki dan perempuan dipanggil untuk melakukan aktiviti yang sama maka digunakan lafaz mudzakar. Misalnya, penggunaan lafaz “ulu al-albab”. Lafaz ini juga mencakup makna “ulatu al-albab”. Contoh lain adalah firman Allah SWT: “Ya ayyuha al-ladzina amanu ittaqullaha.” Lafaz “amanu” (dalam bentuk lafaz mudzakar) juga mencakup perempuan-perempuan yang beriman.
Namun, jika yang dipanggil adalah aktiviti yang khusus untuk lelaki berdasarkan indikasi yang menyertainya, maka penggunaan lafaz mudzakar dalam hal tersebut tidak terjadi taghlib. Misalnya, dalam [TMQ Al-Jumu’ah (62) : 9] “Ya ayyuha al-ladzina amanu idza nudiya li ash-shalati jum’ati fas’au ila zikrillah.” Penggunaan lafaz “al-ladzina amanu” dan “fas’au” tidak terjadi taghlib. Jadi lafaz tersebut tidak mencakup perempuan, melainkan hanya mencakup lelaki. Alasannya, solat Jumaat hanya diwajibkan bagi lelaki.
Jika tujuan dari khitab (pemanggilan) adalah untuk membincangkan hubungan hukum perempuan dengan tahap yang sama dengan lelaki untuk menghilangkan kekeliruan dalam pemahaman, maka seruan kepada perempuan dan lelaki secara terpisah digunakan. Di sini juga tidak ada taghlib.
Misalnya, pertanyaan seorang wanita kepada Rasul SAW dengan menggunakan seruan hukum yang ditujukan kepada lelaki, mungkin kerana dia menganggap bahawa perempuan kurang penting. Kemudian turun beberapa ayat yang menyatakan perempuan dan lelaki secara terpisah untuk menghilangkan kekeliruan tersebut. Di antaranya firman Allah SWT: “Fa[i]stajaba lahum rabbuhum anni la udhi’u ‘amala ‘amil[in] minkum min dzakar[in] aw untsa” [TMQ Ali Imran (3): 195]. Juga firman Allah: “Inna al-muslimina wa al-muslimat wa al-mu’minina wa al-mu`minat”. Masih banyak lagi ayat lainnya. Semua ini adalah kenyataan yang membincangkan hubungan hukum perempuan dengan tahap yang sama dengan lelaki dari segi pujian.
Kadang-kadang penyataan terpisah juga digunakan untuk menyoroti hubungan hukum dari segi celaan. Misalnya, firman Allah: “Wa‘adalLahu al-munafiqina wa al-munafiqat” [TMQ At-Taubah (9): 68]. Juga firman Allah: “Wa yu’adzdziba al-munafiqina wa al-munafiqat wa al-musyrikina wa al-musyrikat” [TMQ Al-Fath (48): 6].
Kedua, at-taghlib dalam khithab (perintah / panggilan) yang berakal juga mencakup yang tidak berakal. Hal ini terjadi jika yang dipanggil adalah yang berakal dan yang tidak berakal secara bersamaan, maka digunakan lafaz yang mudzakar. Contohnya, firman Allah SWT: “Wa idza massakum adh-dhurru fi al-bahri dhalla man tad’una illa iyyahu” (Jika kalian ditimpa bahaya di lautan, nescaya hilanglah siapa yang kalian seru kecuali Dia) [TMQ Al-Israk (17): 67].
Seruan ini ditujukan kepada kaum musyrik. Mereka menyembah berhala dan lain-lain, ada yang berakal dan yang tidak berakal, di sini terjadi at-taghlib dalam pemanggilan yang berakal “man” untuk mencakup yang tidak berakal juga. Hal ini untuk menyoroti bahawa apa yang mereka anggap sebagai tuhan dan mereka sembah tidak dapat memberikan manfaat sedikit pun dan tidak dapat menjawab doa mereka dalam situasi tersebut meskipun ada yang mereka sembah itu berakal, apatah lagi sembahan yang tidak berakal. Ini juga untuk menegaskan bahawa hanya Allah yang berhak disembah sebagai Tuhan dan dapat menjawab doa serta menyelamatkan dalam situasi tersebut.
Jika keberadaan yang berakal bersama yang tidak berakal tidak berpengaruh pada hukum, seolah-olah tidak ada perbezaan maka dilakukan at-taghlib dalam pemanggilan yang tidak berakal untuk mencakup yang berakal. Contohnya, firman Allah: “Innakum wa ma ta’buduna min dunilLah hashabu jahannam” [TMQ Al-Anbiya’ (21): 98]. Lafaz “ma” adalah seruan untuk yang tidak berakal secara at-taghlib juga mencakup yang berakal sehingga mencakup Isa AS dan Uzair. Dalilnya adalah sanggahan dari Ibnu az-Zib’ara yang memahami bahawa Isa AS dan Uzair juga termasuk dalam cakupan lafaz “ma” dan pengecualian keduanya dari ayat ini dilakukan oleh ayat berikutnya.
Jika ketiadaan yang berakal terkesan bukan kerana tidak berpengaruh, tetapi kerana tujuan dari khithabNya adalah untuk menyoroti minimumnya yang berakal dibandingkan dengan makhluk yang tidak berakal, maka digunakan lafaz seruan yang tidak berakal, iaitu “ma,” secara at-taghlib untuk juga mencakup yang berakal. Contohnya, firman Allah: “Wa lilLahi ma fi as-samawati wa ma fi al-ardhi” [TMQ An-Nisa (4): 133]. Lafaz “ma” ini juga mencakup yang berakal secara at-taghlib. Hal ini untuk menyoroti makna bahawa makhluk yang tidak berakal yang tunduk kepada Allah sangat banyak dibandingkan dengan makhluk yang berakal.
Jika sifat dan substansi dari yang berakal tidak diketahui oleh yang menyeru (al-mukhathib) atau yang diseru (al-mukhathab) maka digunakan lafaz seruan untuk yang tidak berakal, seperti lafaz “ma,” secara at-taghlib untuk mencakup yang berakal. Contohnya, firman Allah: “Wa la yahillu lahunna an yaktumna ma khalaqalLahu fi arhamihinna” [TMQ Al-Baqarah (2): 228].
Jika seruan tersebut diberlakukan terhadap yang berakal dari segi halal dan haram, seperti suatu objek, maka digunakan lafaz seruan untuk yang tidak berakal. Contohnya, firman Allah: “Fa[a]nkihu ma thaba lakum min an-Nisa‘ [TMQ An-Nisa’ (4): 3]. “Wa al-muhshanatu min an-nisa‘ illa ma malakat aymanukum” [TMQ An-Nisa’ (4): 23] “Wa la tunkihu ma nakaha aba‘ukum min an-nisa‘…” [TMQ An-Nisa’ (4): 22]. Dalam semua ayat tersebut, digunakan lafaz “ma” untuk yang tidak berakal. Padahal yang dimaksudkan adalah yang berakal iaitu an-nisa’ (wanita) kerana yang ingin ditonjolkan adalah hukum halal dan haramnya.
Ketiga, at-taghlib juga terjadi pada sifat yang berakal. Jika yang tidak berakal diberi sifat yang berakal, maka digunakan lafaz untuk yang berakal. Contohnya, firman Allah: “Inni raytu ahada ‘asyara kawkab[an] wa asy-syamsa wa al-qamara raytuhum li sajidin” [TMQ Yusuf (12): 4]. Digunakan lafaz yang berakal, iaitu “hum” dalam “ra’aytuhum,” yang merujuk kepada bintang, matahari dan bulan, kerana ketiganya disifati dengan sifat yang berakal, iaitu “sajidin” (bersujud).
Inilah beberapa contoh penggunaan at-taghlib dalam bahasa Arab menurut penggunaan mereka. Berdasarkan penggunaan mereka, at-taghlib menjadi bahagian dari kaedah bahasa Arab.
Abdul Karim an-Nimlah dalam Al-Muhadzdzab fi ‘Ilmi Ushul al-Fiqhi al-Muqaran (4/1554) menyatakan bahawa kaedah at-taghlib digunakan oleh orang Arab dan digunakan dalam ucapan mereka. Al-Quran dan hadis disampaikan dalam bahasa Arab. Oleh kerana itu, at-taghlib juga digunakan dalam Al-Quran dan hadis.
Salah satu contohnya adalah at-taghlib pada jamak orang yang berakal jika yang tidak berakal juga dimaksudkan dalam konteks yang sama. Penyebutan lafal yang berakal memiliki makna yang mencakup yang tidak berakal. Contohnya terdapat dalam [TMQ An-Nur (24) : 45].
Selain itu, at-taghlib juga terjadi ketika salah satu isim mendominasi yang lain kerana beberapa alasan:
Pertama, kerana penghormatan yang lebih diberikan pada penyebutan lelaki. Misalnya, firman Allah: “Wa li abawayhi likulli wahid[in] minhuma as-sudusu” [TMQ An-Nisa’ [4]: 11]. Di sini, lafaz “al-abbu” di-taghlibkan pada “al-ummu” (ibu). Makna dari “abawayhi” adalah ayah dan ibu, bukan hanya ayah saja ini terjadi secara at-taghlib.
Kedua, kerana salah satu isim lebih dominan daripada yang lain kerana keberadaan yang lebih sedikit atau minimum dibandingkan dengan yang dominan. Oleh kerana itu, digunakan isim yang dominan, tetapi secara at-taghlib juga mencakup yang lain. Contohnya terdapat dalam [TMQ An-Nisa (4) : 133] dan [TMQ Al-Anbiya’ (21) : 98] sebagaimana telah disebutkan sebelumnya.
Ketiga, salah satu isim dapat didominasikan (at-taghlib) atas yang lain kerana ketidaksukaan dalam menyebutkan isim yang lain tersebut. Contohnya adalah ucapan Aisyah RA: “Wa ma la’a ‘aysyun illaal-aswadan” (Tidak ada kehidupan bagi kami kecuali dua yang hitam).” Yang dimaksud dengan “al-aswadan” (dua yang hitam) adalah kurma dan air. Kurma memiliki warna hitam, sedangkan air memiliki warna putih. Kemudian at-tamru (kurma) yang hitam didominasikan, dan keduanya disebut dengan sifatnya. Meskipun keduanya memiliki jenis kelamin maskulin, orang Arab tidak suka menyebutkan lafaz “al-bayadh” (putih) kerana terdapat kemiripan dengan “al-barash” (kusta). Oleh kerana itu, mereka menggunakan sebutan “al-ahmar” untuk kulit putih. Salah satu contoh penggunaan at-taghlib ini terdapat dalam sabda Rasulullah SAW: “Bu’itstu ila al-aswada wa al-ahmara” (Aku diutus kepada orang berkulit hitam dan berkulit putih).
Demikianlah orang arab menggunakan at-taghlib secara umum untuk mencakup selain satuan dalam jenisnya. Namun, hal ini bukanlah ketentuan asal. Penggunaan at-taghlib terjadi kerana adanya hubungan antara satuan dengan jenisnya dan selainnya atau kerana alasan tertentu. Dilihat dari sudut ini, at-taghlib serupa dengan majaz bahkan sebahagian ulama menganggapnya termasuk majaz. Penggunaan at-taghlib juga dimaksudkan untuk menonjolkan makna tertentu dan memberikan kesan yang lebih.
Wallahu alam wa ahkam.
Rujukan : https://alwaie.net/takrifat/at-taghlib/