Merekonstruksi Kesedaran Politik Umat
Oleh: M. Iwan Januar
Kewujudan parti politik di tengah masyarakat adalah kemestian. Banyak peranan dan tugas yang hanya dapat dipikul oleh sebuah parti politik yang tidak dapat dilakukan oleh umat. Ketiadaan parti politik dalam sesebuah negara akan merugikan masyarakat dan menyebabkan pemerintahan menjadi huru-hara. Tiada pihak yang mengawal mereka ketika berlaku salah laku, saat para penguasa di belakang memegang tampuk kekuasaan.
Prof. Dr. Miriam Budiardjo menjelaskan bahawa parti politik merupakan sebuah kelompok yang terorganisasi. Para anggotanya memiliki nilai, orientasi serta cita-cita yang sama dengan tujuan agar dapat memperoleh kekuasaan politik serta merebut kedudukan politik. Biasanya parti politik akan berusaha meraih tujuannya dengan cara berperlembagaan untuk melaksanakan kebijakan mereka.
Ada hal yang penting yang perlu digarisbawahi dari penjelasan di atas. Anggota parti politik hendaklah mempunyai nilai, orientasi serta cita-cita yang sama. Hal ini menjadi penting dan keutamaan kerana parti politik seharusnya menjadi lokomotif perubahan yang dapat menarik umat menuju perubahan politik yang sebenar. Tidak mungkin berlaku perubahan jika parti politik justeru tidak mempunyai nilai, orientasi dan cita-cita yang luhur.
Kemunduran Parti Politik
Amat menyedihkan, sekarang ini parti politik justeru banyak mengalami kemunduran dalam hal-hal seperti itu. Dalam bahasa mudahnya, banyak parti politik justeru tidak mempunyai ideologi (fahaman/fikrah tertentu). Atau dalam erti kata lain kehilangan integriti pada ideologi.
Hal ini memberi impak pada kegagalan mengintegrasikan anggota-anggotanya menjadi satu entiti, apalagi meyakini ideologi yang dianut. Akhirnya, parti politik bukan membentuk kelompok, tetapi sekadar perhimpunan atau lebih parah lagi, menjelma menjadi sebuah gerombolan politik. Keluar-masuk ahli parti, berpecah atau ahli parti beramai-ramai keluar kemudian mendirikan parti politik baru, atau lompat parti. Lebih parah lagi, banyak ahli parti politik yang terjebak dalam rasuah.
Tidak hairan jika tahap kepercayaan masyarakat terhadap parti politik terus merosot, terutamanya disebabkan kes-kes rasuah. Parti politik yang ada saat ini banyak diisi oleh kalangan pragmatis dan oportunis. Hal itu kerana parti politik tidak mensyaratkan ideologi sebagai asas penyatuan para anggotanya. Parti politik menjadi terbuka untuk siapa saja, terutama yang memiliki latar belakang massa, kekuatan modal dan populariti (pengaruh). Banyak orang bergabung dengan parti politik dilandasi kepentingan peribadi atau kelompok yang tidak terintegrasikan dengan ideologinya.
Akibatnya, parti politik,sering dikuasai oleh para pemilik modal dan pemilik kroni-kroni massa. Bukannya mempengaruhi, mereka malah terpengaruh oleh ideologi dan kepentingan sebahagian anggotanya yang mempunyai daya tawaran politik yang tinggi terhadap para pimpinan parti. Parti politik pun ditawan dengan berbagai kepentingan yang dibawa oleh anggota-anggotanya. Seterusnya terikut-ikut menjadi pragmatik dan oportunis. Walaupun itu adalah parti politik yang menamakan dirinya sebagai parti Islam.
Suatu yang sukar untuk berharap parti politik seperti itu akan membawa umat menuju perubahan ke arah yang lebih baik. Mereka menawarkan nilai yang sama, namun dengan kemasan yang berbeza. Maka dari itu, tidak ada perubahan besar dari parti politik seperti ini. Mereka tidak membawa Islam pada kekuasaan, tetapi sekadar meletakkan orang beragama Islam ke tampuk pemerintahan. Pragmatisme dan sikap oportunis telah mencegah Islam menjadi sistem yang menyelamatkan umat.
Ironinya, para elit parti politik ini justeru menyalahkan para pemilih/pengundi Muslim yang tidak menggunakan hak suaranya untuk memilih parti Islam yang menurut mereka menjadi penyebab parti-parti Islam tidak berkuasa di legislatif ataupun pemerintahan. Padahal, sikap meninggalkan ideologi Islam itu yang sebenarnya menjadi penyebab kegagalan perjuangan politik mereka.
Merekonstruksi Sikap Politik
Saatnya parti politik Islam bersama umat merekonstruksi sikap politik Islam yang sahih. Ada dua hal yang mesti dilakukan.
Pertama: Secara individu, setiap Muslim perlu memiliki kesedaran politik (wa’yu as-siyasi) yang benar. Muhammad Muhammad Ismail dalam bukunya Al–Fikr al-Islaam menyebutkan ada dua komponen seseorang dikatakan memiliki kesedaran politik:
(1) memiliki pandangan universal tidak terbatas pada negeri kaum Muslim tempat dia tinggal saja, tetapi hendaklah secara global; kesedaran politik itu memerlukan dirinya memiliki arah pandang yang khas (zawiyah khashshah) dalam menilai setiap persoalan dan peristiwa politik, dan memiliki kesedaran global.
Keliru besar jika seorang ahli politik Muslim menghadkan pandangannya hanya pada negeri-negeri Muslim, apalagi hanya pada negerinya. Sejak sekian lama hampir tidak ada peristiwa politik yang menentukan nasib dunia Islam melainkan sebagai dampak sikap politik negara-negara Barat dan berdampak pada dunia secara umum.
Penjajahan yang berlaku di tanah air, misalnya di Indonesia, oleh beberapa negara seperti Portugis, Belanda dan Jepun, juga penjajahan British, termasuk berbagai rundingan kemerdekaan hingga Konferensi Meja Bulat di The Hague, adalah bukti bahawa tidak ada satu pun negara di dunia terlepas dari pengaruh negara lain secara global.
Kebijakan War on Terorrism yang dicanangkan AS, juga isu radikalisme, adalah strategi global Barat, terutama AS, terhadap Islam dan kaum Muslim. Samuel Huntington melalui bukunya, Clash of Civilitazation, sudah memberikan lampu kuning pada Gedung Putih akan persaingan sekaligus ancaman China dan Islam terhadap Amerika Syarikat.
Perseteruan antara AS dan China dalam konflik Laut Cina Selatan, pembentukan gabungan AUKUS, adalah manuver politik negara-negara Barat untuk meluaskan arah politik dan ekonomi mereka ke kawasan Asia Pasifik, khususnya Asia Tenggara, yang dianggap sebagai daerah pertarungan ekonomi baru yang besar selepas Eropah. Disebabkan itulah dibentuk kerjasama APEC. Selain itu, juga sebagai langkah membendung pengaruh China di kawasan tersebut.
Jika parti politik Islam dan kaum Muslim tidak mempunyai kesedaran politik global, mereka akan terperangkap dalam isu-isu lokal yang sebenarnya berasal dari kebijakan asing terhadap beberapa kawasan di seluruh dunia. Mereka tidak akan dapat mengantisipasi dan memberikan perlawanan terhadap manuver politik negara-negara besar.
Seterusnya, kesedaran politik itu perlu dibangun berdasarkan pandangan khas (zawiyah khashshah), yakni Islam. Parti politik dan umat mesti melepaskan sikap pragmatik dan oportunis; hanya memburu kemaslahatan individual atau masyarakat/parti politik seperti kepentingan ekonomi, atau sekadar memburu kemenangan dalam pilihanraya dsb.
Tidak sedikit ahli politik Muslim, juga parti politik yang mengikuti arus mainstream pandangan (opinion) moderat dalam beragama sebagai lawan dari radikalisme keagamaan. Hal ini berlaku akibat dari ketidak-jelasan dan sikap tidak konsisten terhadap sudut pandang Islam dalam menilai berbagai isu dan kejadian politik. Mereka malah turut mengkempenkan arus moderasi keislaman dan keagamaan, sebagaimana mereka juga meyakini demokrasi adalah solusi atas banyak permasalahan yang dihadapi umat.
Kedua: Bagi parti politik Islam, satu-satunya perubahan yang dituju adalah menuju Islam dengan metod perjuangan yang juga sesuai Islam. Semestinya tertanam dalam diri setiap ahli politik bahawa akar dari beragam persoalan yang dihadapi umat adalah adalah disebabkan ketiadaan penerapan Islam secara menyeluruh. Hal ini mesti mengkristal dalam diri setiap anggota parti Islam dan menjadi agenda dakwah mereka kepada umat. Seruan mereka hanya satu: mengajak umat ke arah perubahan dengan Islam dan menuju Islam.
Di antara faktor penyebab kegagalan parti-parti Islam adalah seruan yang mereka arahkan pada umat itu tidak jelas. Hampir tak ada perbezaan pun dengan seruan parti politik sekular. Bahkan dapat dilihat kesannya terhadap parti Islam yang merasa rendah diri untuk menyeru umat ke arah Islam. Seruan Islam yang disampaikan sering dicampur aduk dengan pemikiran asing seperti Islam moderat, nasionalisme, demokrasi Islam, dsb.
Hal ini menyebabkan timbulnya persoalan besar pemahaman Islam yang diusung kelompok atau parti-parti Islam yang bergerak di tengah umat. Hal ini berlaku disebabkan tidak jernihnya pemahaman Islam yang mereka bawa, tidak ada keseragaman idea dasar yang akan dikembangkan oleh mereka dan terbuka terhadap berbagai pemikiran yang menjadi arus utama di tengah masyarakat. Lalu itu yang mereka jadikan sebagai pijakan dalam perjuangan politik mereka.
Selain itu, pemikiran Islam yang tidak jelas tersebut lahir sebagai sebuah strategi politik untuk mendapatkan dukungan dari umat. Ada kebimbangan jika mereka menyuarakan Islam secara terbuka, dapat membuatkan umat ketakutan lalu meninggalkan mereka. Namun, sikap seperti ini bukannya mencerdaskan umat dan menjernihkan persoalan, malah justeru membuat umat kian terpuruk dalam beragam pemikiran asing yang bertentangan dengan Islam itu sendiri.
Itulah sebabnya, Muhammad Ismail dalam bukunya, Fikr al-Islaam, menyebutkan bahawa ketaatan mesti menjadi satu watak, dan penolakan terhadap suatu perintah adalah perbuatan keji yang menjijikkan dan dibenci. Ertinya, parti-parti politik Islam perlu berada di garda terdepan dalam menunjukkan kesetiaannya pada Islam dan terdepan juga dalam menolak berbagai sikap penguasa yang memusuhi Islam dan kaum Muslim. Bukan malah melebur dan menerima berbagai perilaku rejim yang merosakkan umat.
Selain itu, parti politik Islam hendaklah menjauhi sikap toleransi dan bekerjasama dengan kelompok-kelompok lain yang tidak memiliki sikap pembelaan terhadap Islam, atau malah menyakiti Islam dan kaum Muslim. Dalam sistem politik demokrasi, parti politik Islam sering mempertimbangkan kesepakatan dengan parti politik sekular atau sosialis, untuk memenangi kerusi kekuasaan baik di peringkat eksekutif mahupun legislatif.
Sistem demokrasi yang mensyaratkan keseimbangan tertentu menjadi godaan parti politik Islam untuk bersepakat dengan beragam parti politik demi terpenuhi syarat tersebut. Untuk kepentingan tersebut mereka kadang-kadang perlu melakukan transaksi politik dengan kelompok lain yang mengusung sekularisme, misalnya, pro pada kebijakan kapitalisme dan oligarki. Padahal kelompok-kelompok tersebut sanggup berkoalisi dengan parti politik Islam bukan kerana ideologi keislamannya, tetapi demi kepentingan dan kemaslahatan kelompok mereka sendiri. Sudah berulang kali terjadi akhirnya umat Islam terus diabaikan dan bermogok bagi menuntut hak-hak mereka.
Sejauh ini, tidak pernah ada parti politik Islam yang serik walaupun berulang kali dikecewakan. Padahal Nabi SAW mengingatkan:
لاَ يُلْدَغُ الْمُؤْمِنُ مِنْ جُحْرٍ وَاحِدٍ مَرَّتَيْن
“Tidak selayaknya seorang Mukmin dipatuk ular dari lubang yang sama sebanyak dua kali.” (HR al-Bukhari dan Muslim).
Di tengah krisis parti politik yang terjadi, umat hendaklah merekonstruksi pemikiran politik mereka; menguatkan kesetiaan hanya pada Islam dan memperjuangkan hak-hak kaum Muslim; melepaskan kepentingan peribadi dan kelompok; menjaga kemurniaan perjuangan; serta mencetak kader-kader yang berintegriti pada ideologi Islam, bukan pada yang lain.
Kelompok dan parti politik Islam juga jangan mempertimbangkan apakah umat akan meninggalkan atau mendukung mereka. Satu-satunya yang perlu menjadi fokus adalah memenangkan Islam. Mungkin muncul pertanyaan, bagaimana Islam akan menang tanpa dukungan umat? Sepatutnya yang ditanyakan adalah; bagaimana Allah akan memenangkan parti politik Islam dan kaum Muslim jika yang diseru adalah selain Islam, atau mencampuradukkan Islam dengan pemikiran yang batil, atau bersekutu dengan kelompok-kelompok yang tidak mempunyai kesetiaan terhadap Islam?
Tugas parti politik Islam adalah membangun kesedaran dan pemahaman Islam yang benar di tengah umat tanpa prejudis. Untuk itu diperlukan azam yang tinggi dari parti politik Islam dan ahli politik Islam. Maka dari itu, kesabaran dalam perjuangan menjadi salah satu kunci perjuangan politik Islam. Rasulullah SAW bersabda:
وَاعْلَمْ أَنَّ النَّصْرَ مَعَ الصَّبْرِ، وَأَن الْفَرَجَ مَعَ الْكَرْبِ، وَأَنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
“Ketahuilah bahawa kemenangan itu bersama kesabaran, jalan keluar itu bersama kesulitan dan kesulitan itu bersama kemudahan.” (HR at-Tirmidzi).
WalLaahu a’lam bi ash-shawaab.
#kesedaranpolitik #kebangkitanumat