[Nafsiyah] Sabar Membina Umat
Mengajar dan membina umat memerlukan bergunung-gunung kesabaran. Para pembina hendaklah menghadapi pelbagai corak tingkah laku mad’u (orang yang belajar agama). Ada yang bersikap acuh tak acuh, merajuk kerana perkara tertentu sehingga tidak lagi menghadiri majlis, mudah marah, hingga sering overthinking (memikirkan situasi dan suatu hal secara berulang sampai mengganggu kehidupannya). Ada pula yang insecure (perasaan ragu, cemas, dan kurang percaya diri).
Para pembina boleh jadi juga sudah penat menunaikan pelbagai kewajipannya sebagai seorang anak, isteri, dan ibu bagi anak-anak mereka. Namun, telah menjadi kewajipan dan tanggungjawab seorang pembina untuk mengajarkan dan membina para mad’u tentang pemahaman agama dengan sepenuh jiwa agar mereka menjadi para da’iyah yang bersedia membantu kebangkitan Islam di tengah umat.
Duhai para pembina, ketika ada perkara yang menyusahkan hati, menyesakkan dada terkait menyelesaikan urusan umat (para mad’u), bersabarlah. Apabila itu berlaku, kejernihan pemikiran diperlukan agar kemarahan tidak menguasai diri.
Ingatlah hadis Rasulullah SAW, “Sungguh menakjubkan urusan seorang mukmin. Sesungguhnya semua urusannya adalah baik untuknya. Hal itu tidak ada kecuali pada diri seorang mukmin. Apabila dia mendapatkan kesenangan dan dia pun bersyukur, maka hal itu adalah kebaikan untuknya. Apabila dia tertimpa kesulitan dan dia pun bersabar, maka hal itu juga sebuah kebaikan untuknya.” [HR Muslim].
Para mad’u ialah tanggungjawab pembina (musyrifah). Jika musyrifah mampu bersabar dalam mengajar dan membina tentu akan ada balasan pahala dari Allah SWT. Para mad’u akan mampu terjun ke tengah umat melakukan dakwah, mereka pun menjadi manusia yang taat kepada RabbNya. Doa-doa yang selalu mereka panjatkan untuk para pembina adalah harta dan pelaburan yang tidak ternilai harganya.
Berikut merupakan beberapa contoh kesabaran dalam membina umat.
Pertama, sabar mengajarkan syariat Allah SWT. Pembina mengajarkan para mad’u tentang adab, tsaqafah Islam, menghafal Al-Quran, hadis, dan sebagainya.
Kedua, sabar menjawab pelbagai pertanyaan mad’u. Kadangkala persoalan mad’u timbul apabila pembina sedang menjalankan kewajipan lain. Baik sedang mengurus anak, melayani suami, menunaikan amanah dakwah, dan lain-lain. Pembina hendaklah bersedia “diketuk” bila sahaja oleh para ma’du untuk mempertanyakan pelbagai persoalan kehidupan mereka. Namun, tentunya para mad’u juga mesti bersabar menunggu jawapan dari pembina mereka.
Ketiga, sabar menjadi pendengar dan kawan yang baik. Curhatan (curahan hati) para mad’u yang memerlukan nasihat dari pembina menjadi bahagian dari pembentukan keperibadian mereka. Jadi para pembina jangan segan untuk mendengar dan mengiringi perubahan para mad’u agar menjadi lebih baik.
Keempat, bersabarlah ketika para mad’u belum menunjukkan perubahan ke arah yang lebih baik. Ingatlah, Allah melihat proses, bukan hasil. Hal sekecil apa pun yang dilakukan pembina dalam usaha membina para mad’u akan Allah balas. Senantiasa doakan para mad’u agar mereka menjadi pejuang tangguh dan solehah.
Duhai para pembina, kesetiaan bersama-sama dalam proses menuntut ilmu meliputi dua fasa sabar, yakni sabar saat belajar dan mengajar. Saat belajar perlu sabar, menghafal ilmu, memahami ilmu, dan konsisten hadir dalam majlis ilmu. Begitu pula mengajarkan ilmu memerlukan kesabaran. Seperti, berjam-jam duduk menyampaikan ilmu kepada umat, memahamkan mereka, dan menjumpai kekurangan para mad’u.
Saat mengajarkan ilmu, bererti memberikan teladan yang baik bagi para mad’u. Para pembina ketika menjadi teladan harus memerhatikan tuntunan Islam yakni janganlah perbuatannya bercanggah dengan kata-katanya, apalagi dia juga seorang da’iyah.
Duhai para pembina, selain sabar, hendaklah lemah lembut dalam memotivasi para mad’u. Hadis Nabi SAW, “Sesungguhnya kelembutan tidak menyertai sesuatu kecuali akan menghiasinya, dan tidak hilang dari sesuatu kecuali akan merosaknya.” [HR Ahmad, Muslim, dan Abu Daud].
Firman Allah SWT, “Serulah (manusia) kepada jalan RabbMu dengan hikmah dan pelajaran yang baik, dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya RabbMu, Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” [TMQ An-Nahl: 125].
Para ulama telah mencontohkan kepada kita, mereka berkata kepada para penuntut ilmu dengan perkataan yang bagus, tawaduk, mencintai para penuntut ilmu, serta bermuamalah dengan baik kepada mereka.
Demikian pula dengan para pelajar, hendaklah mencintai para pembina, gembira bersama mereka, menghormati dan memuliakan para pembinanya, serta mengambil faedah dari mereka. Seorang pembina yang bersabar membina para mad’u tentu akan meraih kebaikan bukan hanya di dunia, juga di akhirat.
Duhai para pembina, hendaklah memiliki tujuan ketika membentuk para mad’u agar menjadi seperti para sahabat dalam perkara akidah dan memahami Al-Quran dan sunah. Bimbing para mad’u agar selalu taat kepada Allah SWT dan RasulNya. Bimbing juga mereka agar menjadi orang yang zuhud terhadap dunia dan bersemangat dengan akhirat.
Tanamkan pada para mad’u agar memiliki sikap mahu berkorban dalam meraih redha Allah SWT. Selain itu, motivasikan para mad’u agar senantiasa memiliki semangat membela agama dan ajaran Rasulullah SAW. Sungguh tidak mudah membina umat dengan Islam dan mengajarkan mereka tentang cinta hakiki kepada Allah dan RasulNya. Terkadang para pembina terluka, kecewa, dan menitiskan air mata.
Namun, yakinlah, Allah akan membalas segalanya dengan pahala ketika pembina bersabar. Biarlah penat, tetapi penat lillah (kerana Allah) akan berbuah syurga. Perjuangan untuk mengembalikan kehidupan Islam memang memerlukan kesabaran.
Imam Syafie mengatakan, “Puncak kebaikan ialah kebenaran. Betapa banyak orang yang berjalan di atas kebenaran, belum tentu bersabar. Orang yang bersabar hanya ada pada orang beriman.” Masyaallah. Wallahualam bissawab.
https://muslimahnews.net/2023/08/19/22685/