[TPOM] Usaha Mewujudkan Linkungan Politik yang Kondusif bagi Anak (6)
Ibu bapa hendaklah berusaha sedaya mungkin dalam mengusahakan agar terwujudnya persekitaran politik yang kondusif bagi anak-anak. Antara usaha tersebut ialah:
- Memilih guru bagi anak-anak, khususnya saat mereka telah memasuki fasa usia sekolah.
Bagi seorang muslim, suka belajar dan mencari ilmu merupakan tabiat (karakter) yang seharusnya built in (maujud/wujud) pada dirinya untuk tujuan semata-mata meraih redha Allah SWT. Kerana apa yang dilakukannya adalah sebagaimana yang diperintahkan oleh syarak, hadis riwayat Ibnu Majah, “Menuntut ilmu itu wajib atas setiap Muslim.”
Hadis ini menuntut agar setiap Muslim membaca dan belajar. Menjadi Muslim tidak cukup hanya mengucapkan dua kalimah syahadah semata, tetapi wajib mempelajari dan memahami Islam. Bahkan wajib mengkaji dan memperkaya diri dengan tsaqafah Islam secara mendalam, jernih dan penuh kesedaran.
Selain itu, ilmu adalah cahaya dan cahaya Allah tidaklah mungkin diberikan pada ahli maksiat (Imam asy-Syafie).
Maka sebagaimana karakter cahaya, ilmu akan meniadi penerang dalam gelap, pembeza yang haq dan bathil (at-furqaan), yang akan menjadi kerangka atau pisau bedah seorang Muslim dalam membaca dan menyelesaikan masalah, baik yang menimpa dirinya mahupun umat (kesedaran politik).
Maka, peranan ibu bapa yang sememangnya wajib mendidik anak-anak (khususnya saat proses pendidikan anak mereka yang sedang memasuki fasa usia sekolah), adalah dengan memastikan bahawa setiap inci ilmu yang anak-anaknya dapatkan adalah yang bersumber dari mata air ilmu yang jernih; dan disampaikan oleh mereka (para guru) yang terpercaya, sesuai dengan tujuan pendidikan dalam Islam.
Maksud dari sumber mata air ilmu yang jernih adalah pengisian atau ilmu yang sahih dan mampu membangkitkan pemikiran umat dari kejahiliyahan mereka seterusnya menaiki puncak kejayaan sebagai umat terbaik (khairu ummah) dan menduduki kedudukan negara superpower di dunia. Manakala maksud bagi guru yang terpercaya pula adalah mereka yang diharapkan sesuai dengan standard pendidikan Islam, yang mempunyai kematangan dalam hal kesedaran politik Islam; (1) Faham tentang Islam dan syariat, (2) Menguasai tsaqafah Islam, (3) Menguasai kehidupan (sains dan teknologi) yang cukup bagi memenuhi keperluannya sehari-harian, dan (4) Menguasai keadaan politik dunia saat ini.
Oleh yang demikian, usaha dalam memilih guru bagi anak, khususnya saat mereka memasuki fasa usia sekolah, telah menjadi cabaran bagi ibu bapa dalam mewujudkan persekitaran politik yang kondusif. Hal ini kerana, guru adalah persekitaran politik bagi anak-anak. Persekitaran di mana anak-anak kita bukan saja belajar Islam dari buku, akan tetapi persekitaran di mana pemikiran Islam itu dihidupkan, dikaji dan terus digunakan dalam membedah persoalan umat. Seterusnya terbentuk kesedaran dalam diri anak, dan menyelesaikan masalah dirinya, dan menyelesaikan masalah umat dengan ilmu yang dimilikinya, bahkan bersedia menjadi pemimpin umat.
- Cicin Yulianti (Geopolitik Ibu)
#thepowerofmother #ibumithali #ibumadrasahpertamaanak #ibupencetakgenerasi