BANGGA DENGAN SEABAD UMAT TANPA KHILAFAH?
@ Ustaz Irfan Abu Naveed
Satu abad (100 tahun) umat Islam tanpa Khilafah, di bawah naungan Kapitalisme Dunia adalah aib yang tak layak dibanggakan, Palestin hingga detik ini terjajah, dan darah kaum Muslim di sana masih hangat tertumpah, buka data, buka jendela dunia, itu semua bukan hal yang boleh dibanggakan ya ikhwah.
Siapapun tidak boleh ‘ujub, realiti dunia tak seindah, tak boleh diukur oleh ruang sempit gerak kita di dalam rumah sendiri, buka mata, derita umat hingga detik ini di Palestin, Rohingya, Syria, dan sebelumnya Iraq, dan lainnya apakah dianggap angin lalu saja?
Siapapun boleh menyombong menuduh ajaran Islam, al-Khilafah, sebagai ajaran radikal, bertentangan dengan maqashid syari’ah, menimbulkan madharat bertentangan dengan maslahat, lalu pada saat yang sama memuji-muji “Piagam PBB” sebagai solusi -yang walaupun didakwa tak sempurna- tapi dikesankan sudah sesuai dengan fiqh perdamaian dunia, bla, bla.
Seakan-akan lupa bahawa dalam pepatah arab:
لسان الحال أفصح من لسان المقال
“Bahasa keadaan lebih fasih (menunjukkan realiti) daripada bahasa dakwaan semata.”
Satu abad (100 tahun) umat Islam tanpa Khilafah, bukan hal yang boleh dibanggakan ya ikhwah.
Syaikh Dr. Taj Al-Sirr Ahmad Harran menjelaskan sejumlah keburukan akibat ketiadaan Khilafah. Dia menuliskan satu sub topik khusus berjudul Atsar Ghaybat al-Khilafah (Kesan Buruk Akibat Ketiadaan Khilafah):
كان لغياب الخلافة أثر بالغ في واقع الأمة السياسي ويمكن حصره فيما يلي
“Ketiadaan Khilafah menimbulkan pengaruh yang besar terhadap realiti umat ini secara politik, dan diringkas dalam poin-poin sebagai berikut”
أولًا: غياب دولة الإسلام الكبرى
“Pertama, Tidak adanya Negara Islam yang besar (superpower)”
ثانيًا: غياب الدولة التي كانت تظلل المسلمين وتجمع شملهم، وتدفع عنهم، وتحمل دينهم إلى أرض جديدة
“Kedua, Tidak adanya negara yang menaungi kaum muslimin, menyatukan dan membela mereka serta mengemban din mereka ke seluruh negeri-negeri baru yang belum disentuh dakwah (futuhat)”
ثالثًا: غياب الدولة التي كانت ترهب عدو الله وعدوهم، إذ أن القوى العالمية كانت تحسب لها ألف حساب، حتى بعد ضعفها وتدهورها
“Ketiga, Tidak adanya negara yang mampu menghadapi musuh Allah dan musuh kaum muslimin, kerana dahulu kekuatan dunia internasional berada ditampuknya hingga melemah dan mengalami kehancuran.”
رابعًا: غياب الدولة التي عرف اليهود وتأكدوا أنه لا سبيل لهم إلى فلسطين إلا بتحطيمها
“Keempat, Tidak adanya negara yang diketahui Yahudi menegaskan kepada mereka bahawa tidak ada jalan bagi mereka menguasai Palestin kecuali dengan kehancuran negara ini.”
Lihat: Syaikh Dr. Taj al-Sir Ahmad Harran, 1428 H, Hâdhir Al-‘Âlam Al-Islâmi, Riyadh: Maktabat Al-Rusyd, Cet. IV.