Kapitalisme Gagal Menyelesaikan Masalah Pelarian Rohingya
Berita:
Presiden Joko Widodo menyatakan Indonesia akan tetap menampung para pelarian Rohingya untuk sementara waktu. Jokowi mengakui terdapat tentangan daripada penduduk setempat. Kerajaan Indonesia akan terus berkoordinasi dengan institusi antarabangsa berhubung pengendalian pelarian Rohingya. (cnnindonesia.com, 11/12/2023).
Komentar:
Boleh difahami bahawa rakyat negara Indonesia tidak boleh berbuat banyak, disebabkan kemiskinan berstruktur yang dicipta oleh rejim dan sistem yang korup.
Kemiskinan, kadar pengangguran yang tinggi, kadar jenayah yang terus meningkat dan berkembang, harga keperluan asas yang sentiasa melambung tinggi, pendidikan dan kesihatan yang mahal, dan rampasan ruang kediaman atas nama pelaburan terus berlaku, sehingga negara ini kelelahan malah tidak mampu menangani lonjakan pelarian yang akibatnya meninggalkan kebimbangan di kalangan rakyatnya.
Diperburuk pula dengan meningkatnya kebencian terhadap etnik Rohingya dari narasi-narasi yang tidak bertanggungjawab yang disebarkan di media sosial mahupun media arus perdana.
Sementara itu, semakin dekatnya pilihanraya di banyak negara, kurangnya koordinasi antara negara, dan kerjasama multilateral serta adanya kepentingan nasional dan kolektif yang berbeza dan terkadang bertentangan di setiap negara.
Belum lagi tekanan dan pengimlakan antarabangsa Indonesia dan banyak negara di Asia Tenggara tidak meratifikasi Konvensyen 1951 dan Protokol 1967 terkait pelarian. ASEAN, yang merupakan pemimpin regional yang berpotensi, nampaknya lumpuh. Sementara PBB terus bersembunyi di sebalik ASEAN.
Inilah situasi dunia Muslim hari ini, tersekat nasionalisme dan negara bangsa serta tekanan antarabangsa, dimana orang-orang yang memerlukan dianggap sebagai beban, dan masing-masing negara berusaha untuk melemparkan tanggung jawab kepada negara lain dan organisasi non-pemerintah (LSM) atau badan amal.
Sementara, sumber alam diserahkan kepada pihak asing dan orang asing. Lebih utama menjamu mereka dengan menyelenggara persidangan-persidangan antarabangsa super mewah untuk menjual tanah dan kekayaan negeri ini dengan membuang dana trilion rupiah dari cukai rakyat.
Sebaliknya, Islam memiliki sejarah yang membanggakan dalam pengurusan para pelarian, baik pelarian Muslim mahupun non-Muslim. Semua diterima bukan berdasarkan keuntungan ekonomi atau keperluan tenaga kerja, namun semata-mata perintah Allah SWT.
Sistem Islam menganggap permasalahan pelarian sebagai sebuah kewajipan agama dalam membantu dan mendukung orang-orang yang melarikan diri dari zon perang dan kelaparan tanpa memandang agama atau ras mereka.
Banyak contoh sepanjang sejarah Khilafah Islam, bagaimana pelarian dan orang-orang yang memerlukan diperlakukan dengan penuh perhatian dan kasih sayang.
Seperti yang terjadi di masa ikuisisi Sepanyol, Raja Ferdinand II dan Ratu Isabella I memerintahkan agar semua orang Yahudi dan Muslim mesti menganut agama Katolik. Bagi umat Islam dan Yahudi yang menolak akan diusir atau dibunuh.
Ribuan Muslim dan Yahudi meninggalkan negara asal mereka, Sepanyol , dan mencari perlindungan ke wilayah yang dikuasai Muslim di Afrika Utara serta ke wilayah kekuasaan Khilafah Uthmaniyah. Para pelarian diterima dengan tangan terbuka.
Walaupun kedudukan Khilafah Turki Uthmani melemah pada saat itu, namun tetap melakukan usaha besar untuk melayani gelombang besar pelarian yang datang ke wilayahnya.
Khalifah mengatur pemukiman kembali mereka dan menyalurkan bantuan kepada mereka dalam bentuk subsidi pertanian seperti benih, peralatan, dan bahkan wang tunai.
Sebaliknya, saat ini, para pelarian ditampung di kem-kem setinggan, perlu menunggu bertahun-tahun atau bahkan puluhan tahun hingga mereka dipulangkan ke negara asal mereka; dan seringkali tidak diizinkan untuk bekerja atau menetap.
Ditulis Oleh :
Novita M Noer
Tim Redaksi Fareastern Muslimah & Shariah