Site icon MuslimahHTM News

[1 HARI 1 AYAT – KUMPULAN HADIS] AL-GHURABA

[1 HARI 1 AYAT – KUMPULAN HADIS] AL-GHURABA’
 
Berkata  Rasulullah SAW:  “Islam  itu bermula  dalam  keadaan asing (ghareeb) dan   akan   kembali   asing  sebagaimana  permulaannya.  Maka   beruntunglah orang-orang yang asing itu (ghuraba’).”

(Hadis Riwayat Muslim, Shohih Muslim, Kitabul Iman, 1/350, no. 208  (Dari
Abu  Hurairah).  Ibnu Majah,  Sunan  Ibni Majah,  Kitabul  Fitan,  11/485,  no.
3976  (Dari Abu Harairah). Hadis  Riwayat  Ahmad,  Musnad  Ahmad,  34/25, no. 16094 (Dari ‘Abdurrahman B. Sannah))

——
 
Hadis ini menunjukkan bahawa al-ghurabâ’ di atas bukanlah para sahabat, melainkan mereka yang wujud membela Sunnah Rasulullah saw. pada masa tatkala manusia merosak sunnah tersebut. Adapun para Sahabat ra. tidak merosakkan Sunnah Rasulullah. Sunnah tersebut belum rosak pada zaman para Sahabat.
 
Beruntunglah al-ghurabâ’. Mereka sentiasa aktif memperbaiki kehidupan yang dirosakkan oleh manusia dengan kemungkaran mereka hingga kehidupan kembali sejalan dengan Islam. Beruntunglah al-ghurabâ’. Mereka meraih keberuntungan di dunia dan akhirat dengan menjalani kehidupan dalam keridhaan-Nya, berkah hidupnya di dunia dengan akidah dan syariah, berbahagia selama-lamanya di akhirat di Jannah-Nya. Merekalah permata di tengah gelapnya dunia.
 
(Ustaz Irfan Abu Naveed)

Exit mobile version