[1 HARI 1 AYAT – KUMPULAN HADIS] AL-GHURABA’
Berkata Rasulullah SAW: “Islam itu bermula dalam keadaan asing (ghareeb) dan akan kembali asing sebagaimana permulaannya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu (ghuraba’).”
(Hadis Riwayat Muslim, Shohih Muslim, Kitabul Iman, 1/350, no. 208 (Dari
Abu Hurairah). Ibnu Majah, Sunan Ibni Majah, Kitabul Fitan, 11/485, no.
3976 (Dari Abu Harairah). Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, 34/25, no. 16094 (Dari ‘Abdurrahman B. Sannah))
——
Hadis ini menunjukkan bahawa al-ghurabâ’ di atas bukanlah para sahabat, melainkan mereka yang wujud membela Sunnah Rasulullah saw. pada masa tatkala manusia merosak sunnah tersebut. Adapun para Sahabat ra. tidak merosakkan Sunnah Rasulullah. Sunnah tersebut belum rosak pada zaman para Sahabat.
Beruntunglah al-ghurabâ’. Mereka sentiasa aktif memperbaiki kehidupan yang dirosakkan oleh manusia dengan kemungkaran mereka hingga kehidupan kembali sejalan dengan Islam. Beruntunglah al-ghurabâ’. Mereka meraih keberuntungan di dunia dan akhirat dengan menjalani kehidupan dalam keridhaan-Nya, berkah hidupnya di dunia dengan akidah dan syariah, berbahagia selama-lamanya di akhirat di Jannah-Nya. Merekalah permata di tengah gelapnya dunia.
(Ustaz Irfan Abu Naveed)