[ISTIMEWA ZULKAEDAH] Pembukaan Kota Bisan 13H
Pada zaman pemerintahan Saidina Umar al-Khattab, Islam semakin tersebar ke pelosok dunia. Pertembungan dengan wilayah Rom dan Parsi tidak dapat dielakkan lagi. Kota Bisan menjadi salah satu saksi akan kemaraan tentera Islam.
Pembukaan Kota Bisan, yang terjadi pada bulan Zulkaedah tahun 13H merupakan salah satu peristiwa penting dalam pengembangan Islam di wilayah Syam. Dalam peristiwa ini, tentera Islam telah diketuai oleh Syurahbil bin Hasanah untuk menentang tentara Rom di Bisan.
Bisan merupakan sebuah bandar di Jordan yang terletak di antara Hauran dan Palestin. Pembukaan Kota Bisan bermula setelah tentera Islam berjaya menakluki Damsyiq dan kota Fihl. Syurahbil bin Hasanah segera berangkat untuk menakluki Jordan sebagaimana yang diperintahkan oleh panglima tentera Islam pada waktu tersebut iaitu Abu Ubaidah Al-Jarrah.
Mereka membuat pengepungan yang begitu lama di Kota Bisan sehingga komando angkata bersenjata di bawah Heraklius mengarahkan tenteranya untuk menyerang tentara Islam. Sangkaan tentera musuh bahawa tentera Islam dalam keadaan berehat meleset kerana tentera Islam sentiasa berwaspada terhadap kemunculan tentera musuh.
Dalam peperangan tersebut, tentera Islam berjaya mengalahkan pasukan musuh dalam jumlah yang besar. Kemenangan ini menandakan jatuhnya kota Bisan ke tangan tentera Islam.