“Menyelamatkan Palestin”
Oleh: Ustaz Utsman Zahid as-Sidany
As-Syaikh Taqiyuddin an-Nabhani – rahimahullah – di dalam kitab beliau Inqadz Filasthin (Menyelamatkan Palestin):
“Sesungguhnya bencana Palestin bukanlah bencana yang lalu begitu saja; akan berlalu dan selesai. Dan bahayanya pun tidak berhenti pada batas tertentu. Begitu juga keburukannya, bukan keburukan yang dapat dipikul dalam suatu masa, kemudian berganti dan berubah. Sebaliknya, bencana Palestin adalah bencana yang sangat dalam akarnya, luas dampaknya, dan bahayanya berpanjangan. Keburukannya hari demi hari semakin besar, dan mudarat yang ditimbulkannya pun hari demi hari semakin besar. Jika musibah lainnya lahir dengan skala besar, kemudian mengecil, maka fakta membuktikan bahawa bencana Palestin ini berbeza dengan tabiat bencana pada umumnya. Sebab, bencana ini selain lahir dengan skala besar dan turun bak petir menyambar, ia berkembang dengan kecepatan yang sangat dahsyat dan berkembang menjadi bahaya yang menyapu segalanya”.
———
MasyaAllah. 70 tahu lalu engkau telah pun membaca apa yang kini terjadi. Betapa tajam analisamu wahai Syeikh kami yang mulia. Semoga Allah mengumpulkan engkau bersama para Nabi, Syuhada’ dan Shalihin وحسن أولئك رفيقا . Dan semoga kami – dengan mencintaimu dan mengikuti jalan dakwahmu – dikumpulkan bersamamu, bersama para Nabi, Syuhada’ dan Shalihin. Amin.